.

.

Sunday, May 13, 2012

Untung Kejer Half Day

Weee..best juga dapat kejer half day ni. Maklumla kejer cikgu kan half day, apatah lagi kalau mengajar sesi petang, so masa pagi tue senang la nak berurusan dengan bank, post office dan pejabat-pejabat yang sewaktu dengannya!

Heeee…last week, memandangkan dah lama tak jumpa ex-colleague, so we had a date kat Alamanda la. Pukul 10.00am dah masuk mall and we had breakfast kat Old Town White Coffee.

Wah, terasa macam tak kejer plak aku bila dihari bekerja boleh jejalan kat mall dipagi buta. tetapi paling best sempat shopping tue..hahahha untungkan,kejer half day, so macam2 boleh buat tanpa risau kalau boss cari ker, ada meeting tergempar ker or kejer tak siap sebab kuar waktu opis….heheheh

Apa apapun rezeki masing-masing kan, tak kira la kejer half day ker, kejer full day ker, yang penting kerja adalah amanah dan tanggungjawab kita sebab disebalik tanggungjawab itu kita mendapat habuan untuk apa yang kita pikul…Selamat Hari Pekerja (walaupun lambat tetap nak wish juga)

040520125054 040520125053

captured at Old Town White Coffee, Alamanda

 

No comments: