.

.

Sunday, July 29, 2012

Sangat terduga…

Alhamdulillah seminggu sudah kita berpuasa, rasanya seminggu juga aku tak update blog. Bukan malas, tapi masa yang sesuai untuk mereka ayat dan cerita tak kena. ye la kan..bila bulan puasa ni macam2 perkara perlu dilaksanakan.

Bukan sahaja duniawi malah akhirat juga tak ketinggalan. so yang mana rasa lebih penting baik dahulukan. betul tak? my 1st experience being a teacher di bulan puasa.Ya Allah hanya tuhan sahaja yang tahu. Apatah lagi waktu mengajar di waktu petang. Al maklumlah waktu tengahari sampai ke petang tue dah waktu L E M A U kan..hahahha. So aku rasa sangat terduga. Lagi terduga pabila terpaksa bercakap kuat + nak meninggikan suara menyampai kan ilmu untuk anak-anak aku.

Tidak cukup dengan banyak bercakap tambah pula aku terpaksa naik turun dari bilik guru ke kelas dan kelas ke bilik guru ( bilik guru tingkat 2 dan kelas semua tingklat 4). tercabar tak? OMG hanya tuhan sahaja yang tahu. Cuaca sekarang ini pula sangat menguji aku ( panas dan tak hujan). Sejujurnya aku katakan tekak sangat kering + sangat haus. Tapi itu bukan alasan untuk aku tidak berpuasa..

Karenah anak-anak pula tidak kurang menduga aku. Ada yang nak belanja makan la (saja menduga cikgu), ader pula yang minum chatime depan2 aku la..ader juga tonggak air depan cikgu ni..hahahha maklum la dorang ni kebanyakkan berbangsa cina dan india. So cikgu ni la kene ajar supaya mereka menghormati kaum Melayu yang berpuasa. Alhamdulillah aku berjaya mendidik mereka. Kesannya mereka sudah pandai mencari tempat tersembunyi untuk minum air di dalam kelas seperti memaling ke belakang supaya cikgu muslim tak nampak dorang minum air. ader juga yang duduk bawah meja nak minum air. hehehehe..

Syukur sangat didikan ku berjaya menjadikan anak-anak bermoral. Saya sayang anak-anak saya.

Alhamdulillah kini aku sudah boleh adapt dan kini aku menjadi makin kuat ..bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.

No comments: