.

.

Tuesday, August 14, 2012

Jalan-jalan pusing Shah Alam

Hi bloggies,

Eh lagi beberapa hari jer kan Ramadhan akan meninggalkan kita. Syawal pula akan menjelma. dah pasti skang ni memasing bz ngan persiapan dan sambut Syawal kan. Sama la aku juga, sampaikan aku lupa bahawa Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ni akan meninggalkan kita.

Kali ini aku berubah angin. Biasannya Jalan TAR merupakan destinasi paling aku teruja untuk shopping kalau dah dekat2 raya ni. Tapi kali ini aku memilih untuk ke Shah Alam pulak. Aku dan bff Ida, keluar rumah seawal 9 pagi hokey untuk shopping kat Shah Alam last Saturday.

Destinasi kami yang pertama ialah ke Seksyen 7 (Pintu belakang UiTM dan dekat JAKEL Shah Alam), di mana kat sana sangat banyak butik. Kat sana aku jumpa banyak sangat butik yang mana aku slalu jumpa kat online contohnya Radiusite, Sugarscarf, Fareeda, Pearl Haya D’Haja, Qish Qish Butique, Cala Qisya, Cala Man, Fuchsia dan banyak lagi la.

110820125929

aku di hadapan deretan boutique yang best

OMG, kat sini sangat banyak boutique. Kalau datang sini bawa duit dan kumpul tenaga banyak-banyak keh untuk berjalan. Sangat seronok aku rasa coz semua butik2 ni best and item yang dijual sangat gojes kot.

Masa kami datang tue keadaan masih terkawal mean tak sesak sangat la area Sek 7 ni. tapi bila tengahari dalam pukul 11 pagi kereta mula bertambah dan kesesakkan pun bermula dan macam JALAN TAR. 

Pencarian baju raya kami tak berakhir di situ, kami meneruskan perjalan ke SACC Mall,. Ya ampun kat sana lagi la susah nak masuk. Kami mencari parking almost 1 hr kot. pusing punya pusing penuh jer. Finally dapat juga.

Kat SACC Mall pun cantik2 baju raya kat sana. Sumpah rambang mata. adoii! dasyat tul kan pencarian barangan raya ni kan. Boleh kata semua tempat la ramai orang. Paperpun baju raya aku tahun ni agak banyak juga la compared to raya tahun lepas. Hehehehe..

Bab baju raya review next entry….Jom layan picha aku semasa kami shopping =)

………………………………………………………………………………………………………………

@ S U G A R S C A R F

110820125930sesi mencuba

110820125932

kene tak dengan saya?

110820125931  pilih jangan tak pilih

110820125933Jom bayar =)

………………………………………………………………………………………………………………

@ R A D I U S I T E

110820125934kat sini adalah destinasi kedua kami. Sangat ramai orang dan item yang dijual sangat laris bagai pisang goreng ok.

………………………………………………………………………………………………………………

@ F U C H S I A Boutique

110820125935

with Sharifah, owner of this boutique. Sangat cantik and friendly. Sangat gojes and stylo baju2 yang dijual kat sini. Accessories yang dijual pun cantik and unik.

Aku shopping baju raya kat sini.

……………………………………………………………………………………………………………

@ C A L A  Q I S Y A & C A L A M A N

110820125937 110820125936Ini merupakan butik yang terakhir kami singgah sebelum ke SACC Mall. kat sini pun banyak item yang best untuk diborong coz collectionnya sangat cute. Kalau nak baju kurung fishtail boleh datang beli kat sini. Sangat cantik.

……………………………………………………………………………………………………………

hasil terperangkap kat jammed nak masuk parking SACC Mall, maka inilah hasilnya.

picha bersama =)

 

3 comments:

Hanis Azla said...

wah.. syoknya shopping2.. lagi banyak pilihan butik yg menarik.. lagi banyaklah memborong kan..

Noli@Ibu Wafa said...

banyaknye shopimm..hehe...selamat ari raya in advance ;)

LuN@_aiDi said...

Yunk sakan uolls bershopping raya yea(: hihhihih
teringin nyer nk p butik2 neh,
kat seky 7 jer yea. aduhhhh dah blk penang
klu tak boleh pegi jugak(: