.

.

Friday, November 30, 2012

Holiday ~ Sabah Part 1

Salam Jumaat Blogger

Dah 4 hari aku balik dari bercuti dan hari ini baru dapat tenaga nak buat entry holiday aku ni.

Last week on Thursday, 22 Nov 2012, aku, sang suami dan my sista in law n her husband bercuti bersama ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Kami planned holiday ni on last September. Cheked ticket flight and dapat yang paling murah masa tu (Sept) Malaysia Airlines dengan harga RM494 seorang compare to Airasia iaitu RM652 seorang. So memasing tak nak tunggu lagi and we all trus book MAS. (pssstt after two week we all beli ticket ni Airasia buat promo dengan RM1400 shj untuk 4 orang)

Pada hari Khamis lepas seawal pukul 5 pagi kitaorang dah bergerak ke KLIA. Walaupun flight kitorg pukul 8.30, tapi we’re decided untuk solat Subuh di sana sahaja. Alhamdulillah flight we all tak delay and sampai seperti yang dijadualkan.

20121122_075431

candid at airport =)

20121122_071808   20121122_090156

Sesampai jer kat Kota Kinabalu International Airport, kereta sewa yang aku dah book telah menunggu kami. Memandangkan kami di Sabah selama 5 hari 4 malam maka charged kereta sewa hanya RM400 sahaja. Kereta sewa we all tue Kereta Saga BLM 1.3. Ok la kan..Setakat aku dok survey, ini lah kereta sewa yang aku dapat paling murah. Kalau korang rasa nak bercuti ke sana and nak cari kereta sewa boleh contact seperti dibawah.

Kereta Sewa di Kota Kinabalu (murah) ~ Mr. Brandon contact no. 0138999242

20121122_110810 

Setelah menghantar Leon (org yang hantar kereta sewa) ke tempat yang ingin dituju, kami trus kuarkan PAPAGO, MAPS and sebagainya untuk dapatkan direction ke hotel kami di Kota Kinabalu. Destinasi hari pertama kami ialah Kota Kinabalu (KK). Aku booking hotel D’Borneo Hotel untuk hari pertama (22.11.12) dan hari ketiga & keempat (24, 25.11.12). Hotel ni sangat best & strategik kerana

1. Hotel ni terletak bersebelahan dengan Le Meridien

2. Hotel ini berada di belakang pasar malam sinuran

3. Hotel ini dekat dengan Pasar Philippine, Pasar Besar KK, SAFMA (tempat beli ikan n seafood segar) dan dekat dengan semua tempat. Tak perlu bawak keter sebaliknya jalan kaki jer.

4. Hotel ni bersih dan staf nya sangat peramah serta sangat membantu.

5. Hotel ni dekat dengan tempat makan (senang nak bfast, lunch and dinner)

6. Oh harganya? aku amik bilik standart (2 katil single) dengan harga RM110 sahaja satu malam. Ini bilik paling murah la. Paling mahal pun bilik deluxe (katil king) RM130 satu malam.

6. Pendek kata highly recommended untuk mereka yang mencari hotel murah and sangat selesa.

Kalau nak booking, u all boleh trus call no. ni 088266999 Hotel D’Borneo

20121122_125147 

20121123_164258 20121122_110822 20121122_122945 20121122_122954

dalam toilet pun sempat snap!

20121122_125049

 

After check in, we all mulakan perjalanan ke tempat yang berdekatan dengan KK. 1st place yang we all pg ialah Pasar Philippine. Saja usha2 dulu. Pastu trus drive ke Masjid Terapung di Likas. Dan alang2 round KK tue trus ke Puncak Kebanggaan Sabah, iaiatu Yayasan Sabah. Destinasi terakhir kami pada hari pertama ialah di melihat sunset di Tanjung Aru.

20121122_140827

Ambil mood shopping jap kat Pasar Philippine

Rambang mata ngan Pearl yang cantik sangat tue.

DSC_4781

Masjid Terapung Likas

DSC_4795

Yayasan Sabah

DSC_4830

Sunset at Tanjung Aru (muka pun dah berminyak tahap boleh masak telur dah ni)

Lapes we all balik hotel n bersihkan diri, we all turun hotel dan berjalan kaki ke belakang pasar philipine untuk makan. So takder masalah la bagi kami untuk mencari makan coz aku tau sikit2 tempat makan best kat KK ni. So malam pertama aku bawa rombongan cik kiah ke tempat makan bakar-bakar ni.

Kat Sabah ni, nak makan pun kene bargain. Bukan setakat nak beli mutiara jer kene bargain, tapi nak makan pun kene bargain juga kalau tak, bayar la dengan harga foreigner. heheheh

20121122_080932    Terliur tak?

Seafood ini telah dibakar dan bila kita pilih, penjual ni akan panaskan semula lauk yang kita pilih ni sebelum dihidangkan kepada costumer nya

20121122_203322 aku pilih rumpai laut, mangga dan umai untuk sayur pada malam tue

20121122_204039 Tadaaa….ini makanan kami pada malam pertama dengan harga RM88 semuanya untuk 4 orang makan. Kami pilih, ketam sekor RM25, udang 5 ekor RM15, udang 4 ekor RM10 dan Ikan suling seekor RM30.

Lepas jer makan, rasa macam insaf seketika nak makan seafood coz giler kenyang makan seafood time tu. Fuhhhh memang nak makan lagi la kalau skang ni!

Kemudian, kami balik ke hotel dan sebelum sampai ke hotel kami tue, akan jumpa pasar malam. Apa lagi kami pun menjamu mata la dengan survey dulu barang2 yang bakal dibeli nanti buat souvenir.

Barang kat pasar malam ni sama jer yang ader kat pasar Philippine ni tapi kat pasar malam ni harganya lebih murah. Opppsss jgn lupa bargain kalau dah betul2 berkenan.

20121122_213340  Kat makcik ni aku borong butang baju melayu untuk dibawa balik ke Semenanjung.

Bila sampai hotel, dah pukul 10 malam. rasa awal jer lagi kan! Tapi kat sana pukul 6 petang tue dah macam pukul 8 malam tau.

Ok, next entry aku akan cerita untuk day 2 plak kitaorg kat Sabah.

 

No comments: