.

.

Monday, December 3, 2012

Holiday ~ Sabah Part 2

Selamat Hari Isnin semua.

Hari ni entry kedua tentang holiday saya ke Sabah. Sebelum ni ke Sabah untuk oustation dan kali ni ke sana untuk bercuti dan menikmati keindahan Negeri di Bawah Bayu.

Okay, day 2 kami bangun seawal pukul 4.45 am. Kat sana solat subuh lebih kurang 4.48 am.So bangun and sembahyang subuh kemudian terus bersiap siaga untuk mulakan perjalanan kami mengelilingi 1/10 dari negeri dibawah bayu ini.

Day 2, punya iternerary ialah bertolak ke Kundasang. Terasa awal sangat apabila pukul 6.45 am dah nak mulakan perjalanan. Kalau kat Semenanjung ni sure masih gelap, tapi kat Sabah sudah terang benderang ok!

P1030417

20121123_075803

Ok perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kundasang sangat tenang. Kami singgah di Putera Jaya untuk breakfast. Oppppsss bukan Semenanjung je ader Putrajaya, Sabah pun ader. Boleh bah kalau kau! hehehehe

  20121123_075810 aku order Mihun Sup campur (ader daging, perut dan usus lembu). Sedap tapi ader satu jer yang kurang iaitu tidak pedas. Heheheh. Biasanya kalau kat Semenanjung kalau mihun sup pasti ader cili kicapnya kan. Tapi kat sana tiada, so aku dengan sendiri minta kicap and cili potong. heheheheh. Mana puas makan kalau tak pedas.

20121123_081239

lagi satu perbezaan mihun sup Sabah dan Semenanjung ialah mihunnya sendiri. Mihun kita halus2 uratnya kan, tapi kalau kat sana, besar2 ok. Erm yang pasti sedap juga.

20121123_081406

Sang suami plak order mee goreng kosong. So dapatlah mee goreng dengan telur sahaja. Hehehehe. Kat sini kalau kita order mee goreng ker, nasi goreng ker, nasi campur ker, mesti akan diberi semangkuk sup kosong. Ini la uniknya Sabah. Jgn terkejut tau u oll, minta mihun goreng dapat sup semangkuk. =)

Rumah Terbalik, Tamparuli

Perjalanan kami ke Kundasang, melalui Tamparuli. So destinasi pertama kami ialah Rumah Terbalik. Sumpah aku terpegun dengan rumah ni.

Semua yang terdapat di dalam dan berkaitan rumah ni, semua terbalik. Sayangnya dalam rumah terbalik ni tak boleh amik gambar, Tapi serius kalau korang dapat masuk ke rumah terbalik ni, sure kagum macam aku. Mana tak nya, dapur terbalik, katil terbalik, semuanya terbalik kecuali 3 benda jer tak terbalik iaitu, aircond, feng sui dan alamak lupa la…sorry! hehehe

Ticket masuk ke Rumah Terbalik RM 10 sorang (adult)

DSC_4839

Gong akan dibunyikan menandakan ader pelawat datang

DSC_4833 DSC_4856

DSC_4852 

P1030433

Parking pun terbalik

DSC_4835DSC_4842

Unik sungguh =)

P1030450

Oppss jumpa Cik Tet (teddy bear Ain Hawani dalam Adam & Hawa)

20121123_092338

Ini kat Souvenir Shop

P1030452

laki bini kene sawan cermin.. heheheh

DSC_4861

Ini kat cafe nya. Berehat sebentar bersama coklat ais.

 

Kundasang, Sabah

20121123_103528_1P1030463

Ini kami berhenti seketika untuk capture view Gunung Kinabalu yang cantik. Alhamdulillah cuaca baik dan gunung jelas kelihatan.

20121123_105942

Ini view dari Pekan Nabalu. Cantik kan ciptaan Allah? SubhanaAllah

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Kami sampai di Kundasang jam 11.30 am dan trus ke J Residence. Malam kedua kami adalah di J Residence, Kundasang.

Memandangkan waktu yang kami sampai masih belum check in, maka kami trus ke Kinabalu Park di mana kat sana boleh trus ke Timpohon untuk daki Gunung Kinabalu. Tapi kami takder la nak daki. Memandangkan nak masuk ke sana pada waktu tue sangat ramai sampai kene q, maka kami amik keputusan untuk ke Poring, Hot Sring, Ranau.

So we all trus ke pekan Ranau untuk lunch kat foodcourtnya..Jangan terkejut tau kalau lunch kat sana harga mahal. Ala kat Sabah Sarawak kan harga tak sama dengan Semenanjung. So jgn la expect lagi pedalaman kita pergi lagi murah. Aku makan nasi putih + ayam + daging +sayur = RM10.20. haaaaaa ada berani?

Lepas lunch we all trus ke Poring Hot Spring. Jauh juga sebenarnya ke Poring ni. Kalau tak jammed lebih kurang dalam 30 minit dirve. Tapi masa aku pg tue disebabkan oleh jammed coz jalan sedang si perbaiki dan berhenti lunch maka lebih kurang 2 jam 45 minit perjalanan kami.

Dalam pukul 2.30pm kami sampai kat Hot Spring ni. Memula aku ingatkan setakat nak rendam kaki jer, maka aku pun tukar kasut kepada sliper jer, tetapi tidak ok apabila kami semua teringin nak naik ke canopy walk yang memerlukan pendakian lebih kurang 400 meter. Nak naik ke canopy walk ni RM3 seorang (kalau tak silap la coz bukan aku yang beli ticket nya)

Poring Hot Spring, Ranau

P1030486P1030488P1030495P1030497

Air yang panas.. Sedap jer berendam kaki. Sangat relax jer dok kat sini.

P1030487

meneruskan perjalanan untuk naik canopy walk

DSC_494420121123_152355 Ya ampun, nak naik ke Pondok Manggas sejauh 300 meter. 300 meter jalan lain tau dengan 300 meter daki. OMG tinggi giler kene daki pastu aku plak mendaki guna slipper kan! adoii. Time tue rasa kurus seketika. hahhaha. Hampir putus asa sebenarnya, tapi digagahi juga sampai ke check point canopy walk.

Kalau tak sure menyesal + rugi jer rasa tak naik sampai atas,

20121122_134819 20121123_154524P1030549 P1030515

Nasib baik aku ni bukan jenis gayat, so aku dengan rasa kagum SubhanaAllah melihat ciptaan NYA di bawah dan di atas semasa berjalan di atas canopy walk.

Sangat cantik dan terbaekk ciptaan ALLAH S.W.T

P1030517DSC_4913DSC_4887P1030540P1030534

Ya Allah rindunya aku di Bumi Sabah ni. Sugguh segar dan nyaman jer rasa

P1030558

view dari atas jambatan

P1030555

Selepas azab nak daki bukit, kini giliran untuk turun plak. Ya ampun turun plak lebih kurang 300 meter juga. adoiiii! menggeletar lutu ok. Memang menggigil giler lutut bila nak turun ni.

20121123_160513 DSC_4931DSC_4933

Mesti and wajib posing ok =)

We all keluar dari Hot Spring ni lebih kurang kul 4.15 pm dan trus balik ke Kundasang.

P1030581 Ini jer dinner kami =)

Pengalaman yang sangat best dan yang tak pernah aku alami sebelum ni. Memang best!

Next entry will be day 3 at Sabah.

 

No comments: