.

.

Wednesday, December 19, 2012

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah 19.12.2012 genaplah empat tahun aku berumah tangga. Biar pun aku dan sang suami masih belum menerima cahaya mata, tetapi aku bersyukur atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.

Jauh disudut hati ini mengharapkan aku juga akan dapat menimang cahaya mata dan menjadi ibu kepada anak-anak aku nanti. Aku yakin aku berkongsi harap dengan sang suami.

Walaupun kami masih belum mendapat rezeki untuk punya zuriat buat masa ni, Alhamdulillah kami dapat rezeki lain. Hari ini juga 19.12.2012 kami mendapat kunci rumah kami sendiri. Biarpun rumah kami hanya teratak tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Aku rasa inilah hadiah yang paling besar yang aku terima sepanjang perkahwinan kami. Terima kasih Allah dan terima kasih suamiku.

Bak kata sang suami, kita mesti selalu fikir positif baru aura positif sentiasa bersama kita.

5 comments:

Wan Afzan said...

Allah nk bg rezki lain dlu.. :)) btw, cgrts

BabyIntan com said...

Happy 4th Anniversary! In shaa Allah one day doa Masz akan termakbul utk menimang cahaya mata sendiri :)

BTW congrats on ur new teratak too, nampak lawo tu walaupon npk sipi2 je :)

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Alhamdulillah... Dah selesai bab rumah...
Insya-Allah, lepas nie bab zuriat pula... Sama-sama la kita usaha ye... Chaiyoookkkkk!!! ;) ::.

LuN@_aiDi said...

Hepi anniversary masz n mr bugs!
insyaAllah rezeki tuh tak lama lagi dapat ler, ^^_
kter sentiasa doakan mudah-mudahan masz di kurnikan rezeki (chy mata)
eh, congrats umah baru uols!
beshhhnyer^___^

sakura040582 said...

Welcome to Ivory Residence :-)

Ntah2 ko dlu buat house warming kot... hahaha...

btw Happy Anniversarry to both of u