.

.

Thursday, December 27, 2012

Terlebih Rajin

Sepanjang cuti sekolah ni, aku selalu masak kat rumah. Maklumlah cuti and tak perlu fikir pasal kerja kan. Kemudian ader banyak masa nak mencuba masakan la.

Erm masakan musim cuti sekolah ni kekadang aku rasa berbeza dengan masakan masa berkerja. Bila bekerja, masak yang simple2 jer coz nak cepat and senang di makan. Bila musim cuti ni, sanggup jer masak yang complicated skit sampai boleh hias2 masakan bagai.

Apapun sememangnya aku akui, aku memang terlebih rajin skit masa cuti ni. Tapi hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi yang akan membuatkan rutin harianku berubah.

Tapi sejujurnya juga aku tak sabar nak masuk sekolah nak jumpa student baru and nak ajar anak-anak aku ni. Lama rasanya tak bergurau senda, dan stress dengan anak-anak aku =)

Semalam terlebih rajin masak nasi goreng dan sambal udang harimau untuk dinner. Siap hias atas pinggan lagi tue. Sesakali present benda lain pulak untuk sang suami dinner kan! takder la jemu sangat.

photo(2) Nasi Goreng Udang Maszmerah

 

No comments: