.

.

Tuesday, January 31, 2012

Seafood at Tanjung Lumpur From Teluk Chempedak

Jauh datang ni..dari Kuala Lumpur ke Teluk Chempedak kemudian ke Tanjung Lumpur. Semata-mata nak makan seafood yang sedap. Ini semua my sis in law yang suggest coz dia dah pg makan seafood kat sana.

On Chinese New Year Day, 23th Jan, aku and my 2nd sil family and my single sis in law ( coz her family going back to Melaka except her…terpaksa kerja on 22nd) pun telah berjalan2 ke Kuantan. Planning asal nak tengok East Cost Mall, kat Kuantan, suddenly my sang suami teringin pulak nak ke Teluk Chempedak.

Alang-alang dah sampai Kuantan maka teluk Chempedak menjadi satu destinasi kami.

3

Bila dah sampai TC, mestilah amik gambar kenang-kenangan kan! (perkara wajib bagi seorang photogenist) hahahhaha..

Sampai my bro in law berlari-lari la coz nak masuk dalam gambar (timing set kat camera namanya)

P1010555

Tadaa..our small family

P1010564 Antara objek yang terpaksa dan dipaksa menjadi model bercapture ni ialah 2 budak kecik ni la

see Nana Sara dah bosan di capture wajah comelnya…hahhahaha

P1010579  aku juga antara objek feveret sang suami…hehehhehe

Bila dah letih berjalan-jalan di persisiran pantai dan menghirup udara segar bugar kat TC, kami mula bergerak ke Tanjung Lumpur untuk having dinner

and our destination is Ana Ikan Bakar Petai

P1010624

P1010622 Inilah kedainya,

P1010627

Kitorang order

i. Ikan Siakap Tiga Rasa 1 ekor

ii. Ikan Pari Bakar Petai 1 ekor

iii. Ikan Siakap Masak Steam 1 ekor

iv. Lala masak pedas

y. Sotong Goreng Tepung

Vi. Udang Goreng Tepung (nak butter prawn but takder )

vii. Kailan Goreng Ikan Masin

viii. Kerabu Mangga

x. Ayam Goreng Kunyit

xi. Keropok Lekor

last but least nasi putih

heaven giler makan, sampai rasa nak pecah perut la..sangat best makan bersama keluarga and makanan nya juga sedap. Tak sia2 datang dari jauh nak makan seafood sedap. and Total of our meal is RM206 sahaja.

Harga agak reasonable la coz kitaorg order stock gedabak-gedabak besar punya. Ikan pun agak besar and dont know how kg is!

Kat kedai ni sangat ramai pelanggan ok.

P1010614

afta math…ini pun dah kene angkut dah coz penuh sangat meja.

sayang sangat coz aku terlupa nak amik pict every ‘lauk’ that we had..lapar sangat plus keterujaan nak makan seafood namanya ni. =) 

Lepas perut kenyang kami mula bergerak ke East Cost Mall…malangnya kami salah masuk Mall la..hahhaha kitaorg ingat East Cost Mall tapi mall yang kitorg masuk tue megamall …hahahhahhaha lawak tak ingat!

 

Monday, January 30, 2012

Cuti-cuti CNY

Holla Gorgeous!

Wahhh cuti panjang nampak uolls? Ehem..aku pun tak kurang panjang juga cutinya! Seminggu uolls…panjang la tue kan? mengalahkan cuti Raya aku..hehhehe

So cuti panjang sure ader plan punya! kalau setakat lepak kat rumah tue maknanya sang suami kerja la tue…tapi bila sang suami cuti, si isteri juga off, for sure garage umah aku kosong punya la..hehhee

last Friday 20th Jan 2012, ramai dah mula bergerak ke destinasi memasing, ader yang balik kampung, ader yang plan untuk bercuti dan aku pulak ikut plan my sista in law iaitu panjat Genting Higland.

Tak menyompat aku nak relax, sesampai jer rumah dari sekolah, trus tukar baju (mandi pun tak sompek)  and pack baju semua then trus pergi mendaki bukit ke Genting Highland. . My sista in law dah check in awal lagi dan dorang juga la yang tolong check in kan kitaorg kat Hotel First World, The largest Hotel in Malaysia (if not mistaken, kindly right me if I’m wrong)

Kat sana lah baru aku dpt mandi and manjakan diri setelah siangnya berhempas pulas dengan student2 yang ‘baik’ sangat!…terasa macam selesanya dapat berendam dalam bath tab (maklumlah kat umah takder..siannn) and bathroom plak diwangikan dengan bau2 lavender sebagai aromatherapy..perghh rindunya saat tue..(macam memula honeymoon dulu)

Oppsss meleret plak aku rasa entry ni…tapi dipendekkan cerita Sabtu lepas 21st Jan 2012, the whole day aku kat Genting Hoghland bergembira bersama keluarga disamping melepaskan segala kusut masai dalam kepala aku ni…ngeee

A few picha yang di ambil oleh aku, sang suami and my bro in law…check it out guys..

210120124254

When we arrived the destination..First World Hotel, Genting Highland

210120124256

Jam 8.30pagi, sebelum check out! sompek jer aku amik picha depan cermin..feveret ni!

Opppss merah is my Color

210120124262 

Our Hotel..so colourful

P1010218

Our Big Family

P1010221  Uncle Bob with his lullaby niece

P1010222 Sara, Maksu and Mama

 

P1010239 Ana and Papa

Ana was so cool and a bit pale when the buaian of getting fast

P1010243

Mama and Iman

Iman is a ‘hati kering’ boy! hahaha tak takut and rasa nak main lagi buaian laju ni

P1010449 Maksu and Ana

P1010270 Maksu and Sofea

P1010312

Anpen, Papa and Sofea

P1010296 Abang and Adik

Irdian have fun with this!

P1010300 Si Jejaka Perasan ~ Iman Zafri

Kecik-kecik dah pandai posing maut!

P1010304  me and my sista and kiddos

P1010341 the happiest kids

P1010344 Anpen and mama yang tak sejuk lansung!

 

P1010353 Our Family

P1010362

Maksu with Turban style …=)

210120124273

Nana Sara is her nick name!

si mata bulat like barbie doll!

 

Sunday, January 29, 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu, AJL 26 – Tahniah!

image

Persembahan Terbaik – Aliyah, Kisah Hati

Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano

Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma

Tempat Kedua – 3 Suara, Ning Baizura, Shila Amzah and Jac, Beribu Sesalan

Juara Lagu 26 – Hafiz, Awan Nano

Congrats to all contestant for the best performance! love AJL 26

 

Terkejut kat Klinik!

Terkejut! bukan perkara yang boleh dibuat-buat. Salah terkejut boleh mati tau..So ada masanya kita perlu berhati-hati kalau nak terkejut ni.

Kisah aku terkejut ni, agak kelakar! last thursday, aku ke klinik nak buat follow up check up dengan masalah kesihatan aku ni (bukan masalah sangat la sekadar check jer la). Sesampai aku kat klinik dalam pukul 9.00pg cam tue..aku pun amik nombor seperti semua orang buat bila sampai ke klinik.

Ok, aku tgk nombor aku 6593, so aku masuk ke tempat menunngu dan dah mind setting tak ramai orang hari ini. Memula aku tgk tempat menunggu giliran penuh dan aku perlu berdiri buat seketika, pastu mata aku mencari papan nombor giliran. Terpana aku seketika bila melihat nombor sekarang ialah 6070. 

‘OMG..should i go home???’ umangai..lagi 500 orang tue baru sampai ke nombor aku!

itu lah ayat pertama yang terlintas dihatiku. aku trus call sang suami dan bgtau keadaan itu. jawapan sang suami ‘ Tunggu jer la sekejap’…ermmm sekejap la sangat! aku pun mendengar kata sang suami, tunggu la kejap, kalau rasa tak bleh blah…blah jer la..

Baru hatiku berdetik , ‘let’s get Alamanda’..tetiba aku terdengar panggilan untuk Enam Lima Tujuh Tiga….Huh ! Eh! ader nombor yang bermula dengan 65++ rupanya…dan nombor yang aku dapat tidak la sejauh 500 orang…

hahhahahah..tergelak aku sendiri dalam hati…hehehhehe..so aku pun amik keputusan untuk stay and dapatkan rawatan lanjut. Alhamdulillah ujian darah yang aku buat semuanya ok dan takder masalah. aku juga mengharapkan ultrasound yang bakal aku jalani nanti juga menunjukkan keputusan yang negetif mean aku seorang yang sihat walafiat!

260120124280 Peneman aku dikala menunggu giliran untuk berjumpa doktor!

 

Thursday, January 26, 2012

Ini betul-betul punya!

Bukan lagi dalam ‘probation period’ atau praktikal  tau!

ini lah ayat yang aku cuba tanamkan dalam diri aku supaya aku menajdi lebih kuat untuk memikul tanggungjawab seorang yang bernama GURU.

sekarang ni kerjaya aku adalah sebagai seorang guru.

Chronology of My New Career

13th January 2012 ( 4.45pm)

keputusan posting keluar. Alhamdulillah aku dapat posting kat Kuala Lumpur. tetapi masih belum tahu sekolah mana!

Terpaksa resign 24 hours! Boss maafkan saya…

posting...

16th January 2012

Sepatutnya ader taklimat kat Jabatan Pelajaran Negeri W.Persekutuan Kuala Lumpur jam 9 pagi. Tetapi aku tiba ke destinasi yang terletak di Jalan Duta tue around 9.30am.heheheh ampun tuan, jalan JAMMED!

So saat yang dinantikan sangat mendebarkan! bila nama dipanggil untuk terima surat penempatan aku masih tertanya2 sekolah mana yang bakal aku berkhidmat!

Alhamdulillah..hanya tuhan sahaja yang tahu bagaiamana perasaan aku masa tue bila dapat tau aku dapat sekolah dekat area Bukit Jalil..dengan skit ngan rumah aku!

Semua guru di minta melaporkan diri pada hari tersebut juga kat sekolah memasing..terkedek2 aku bergerak dari Jalan Duta ke Bukit Jalil…jauhhh tue

Sesampai jer kat sana Pengetua sekolah minta aku terus mengajar kat sana coz aku di arahkan untuk mengajar sesi petang! OMG…dengan badan aku yang berengas peluh berlari2 dari Jalan Duta ke Bukit Jalil (ooopppss saya drive ok), muka pun dah menunjukkan penat, make up pun cair sudah!..memang tak lalu la aku nak masuk kelas and mengajar.

So setelah di bawa berbincang, aku bermula tittle sebagai seorang guru pada 17th January 2012…Nasib baik boleh nego2..

17th January 2012

Thanks God coz my dream come true. Now I am teacher. hehehhe..speechless when I’m in new world! ngeeee

200120124243 No baking, no decorating, no typing, no FB..but i have to speak loudly and my best friend is Buku Rekod Mengajar…ngeee

200120124244 no lipstick, no compact powder, no mascara, no eyeliner and no make up bag!

 

Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk menjadi seorang Guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada anak bangsa ku!

 

Wednesday, January 25, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina peeps… =)

210120124261

aura of CNY~ Red color

what ur plan on ur holiday guys? aku banyak giler program (nanti aku update)! fuhh, paling best dapat cuti SEMINGGU…jangan jeles keh!

250120124279

and tak sangka pulak bila dapat Angpaw..

Thanks Boss …oopppss ex-Boss

Thursday, January 19, 2012

It’s New Babeh!

FUHH..with more challenge with new phase!

New career, new place, new uniform and new responsibility!

Oh my, seriously I’m not in my world but I fell like I am still under probation or still in practical session! Unfortunately i have to switch my mind to a real life..not for 3 or 4 month but it’s forever until I get year 60th ok!

Ok I will describe my career later but now I wanna introduce a new friend! =)

190120124230

Tadaaaa.. my new friend who will ‘teman’ me to finish my work at late nite!

190120124232

Have u try this! it’s smell like chocolate and it’s taste like latte (from my tongue).

Nescafe Latte Style, really love it

new product of Nescafe! Good Job =)

Friday, January 13, 2012

Moga Dia Tenang di Sana

AL-Fatihah..

Nafasnya terhenti pada Malam Jumaat

Tanggal 12.01.2012, jam 7.50pm (khamis malam jumaat), aku menerima panggilan dari adik mengatakan TOK JAH sudah pergi…pergi meninggalkan kami semua!

Pergi…pergi meninggalkan segala hartanya di dunia.

Pergi…meninggalkan semua anak-anaknya.

Pergi…pergi meninggalkan seluruh cucu cicit kesayangannya!

dan

Pergi…pergi meninggalkan hajatnya yang tak kesampaian iaitu menunaikan fardu HAJI.

aku seperti sudah dapat menjangkakan keadaan ini kerana last week aku and semua adik beradik, saudara mara balik kampung untuk melihat arwah yang sedang sakit.

‘Tok, Masz balik ni…tok kenai masz dak?’ sempat juga aku peluk cium dia di saat dia masih bernafas walaupun pada ketika itu aku sendiri pun tak tahu samada dia sedar atau tak kehadiranku.

Kini, dia telah pergi. Pergi buat selamanya dan aku pula tak dapat nak balik kampung (atas sebab yang tak dapat dielakkan) untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.

Hanya bacaan Surah Yassin yang dapat kuhadiahkan dari sini. Aku redha dan terima segala ketentuan ini, walaupun hajatku untuk hadiahkan baju raya tahun ni tak tercapai!

Ya Allah tabahkan hatiku ini dan aku doakan moga DIA TENANG DI SANA dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).

Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik. Amin Ya Robb.

 

Friday, January 6, 2012

Bahagia?

Kalau tak berani rasa kecewa macamana nak rasa bahagia? persoalan ini aku dapat setelah aku FB walking ok..bukan blogwalking..

Benarkah setiap kebahagiaan yang kita kecapi akan bermula dengan derita atau kecewa terlebih dahulu? Aku terdetik seketika berfikir..adakah segala kebahagiaan yang aku miliki kini bermula dengan derita atau kekecewaan!

Owh…susahnya memikirkan perkara yang aku pernah alami dan kini kita di dalam kancah kebahagiaan…Bahagiakah aku sekarang? Derita kah aku sebelum ini? Kecewakah aku sekarang atau semalam? persoalan yang penuh tanda tanya!

Jangan berfikir penderitaan atau kebahagiaan yang dialami sebaliknya fikirlah ia sebahagian ujian atau dugaan hidup yang perlu ditempuhi. Bahagia, atau kecewa bukan persoalan tapi cara kita hadapi bahagia dan kecewa itu perlu kita nikmati, kerana manisnya tak ada siapa yang tahu kecuali kita sendiri.

Persoalan yang aku jumpa tue ada betulnya juga…kalau kita tak rasa susah macamana nak rasa senang. Sebab tue munculnya pantun ini,

Berakit-rakit ke hulu,

Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-senang kemudian.

So renung-renungkan dan selamat beramal =)

DSC-5426 Thank You Allah S.W.T

 

Langkah Bijak!

Bijak kah makan Subway supaya tidak gemuk?

291220114071291220114072291220114073

Bread: Parmesan Oregano

Which Sub : Roasted Chicken

Cheese : Double

Veggie : Salad, Tomato and Onion

Sauce  : Chilli Sos, Mayonnaise and Thousand Island 

Tepuk perut tanya la selera! =)