.

.

Monday, March 26, 2012

on Sunday

Hari ahad yang amat memenatkan coz hari ahad ni lah hari mencuci semua baju yang telah dipakai selama seminggu! ngeee. Kebiasaannya sabtu aku dah settle semua, tapi memandangkan last saturday aku ader program kat sekolah, maka ahad la masanya.

heheheh..sambil cuci baju sambil siapkan lunch. Kemudian bila selesai aktiviti memasak, sidai baju kat ampaian.

Kerjaku masih belum terhenti pabila aku terpaksa buka laptop dan buku pulak untuk siapkan kerja-kerja berkaitan sekolah. Opps bukan masih bersekolah tapi menjadi cikgu sekolah. Terfikir pula pasal kursus yang bakal dihadiri minggu depan selama 3 hari, maka memikirkan pula kerja akademik yang aku akan beri pada muridku sepanjang ketiadaanku.

Kerja akademik? Cikgu ni tak sporting la! tak datang pun nak bagi kerja! ….hahahha ini lah ayat yang aku terfikir bila guru relief bagi kerja yang aku buat untuk mereka. Cikgu bukan kejam, tapi cikgu taknak dikejami oleh Pengetua mahupun Ibubapa kamu sebab tak habis silibus..hehhehee. Paperpun semua aku buat ikhlas untuk mereka…=)

Bila selesai lunch bersama sang suami, mata mula berat dan bantal memanggil2 untuk dilenyek..ooppss jangan tidur Masz..nanti gemuk! malangnya ayat itu tidak kuat untuk motivate diriku untuk kuruskan badan…so aku pun terlelap buat seketika.

Bangun dari tidur sang suami ajak melawat rumah baru kami.So aku pun setuju. Tak sabarnya nak tunggu dapat kunci coz nak panggil Rizalman deco rumah aku (waahhhh! ko ingat laki ko contractor projek billion2 ker noks? ) hahahhaha…deco sendiri sudah!

111220113885

almost done!

Kemudian kami jejalan cari makan..tapi semalam takder plak tgk JJCM coz sang suami cakap malas nak tengok pengacara control makan takut lipstik habis…hahhaha..lawak pulak sang suami ni.

So aku suggest makan kat Teppayaki, Jaya Jusco kat rumah aku ni. Bab makan aku lah peminat no. 1…

 250320124595 250320124596 the menu

250320124597

our choice ; Beef Teppayaki

 250320124601 250320124602

husband and wife yang tengah kelaparan!

250320124603

We’ve choose GREEN TEA

250320124604250320124605250320124606  

Nyum-nyum…walaupun taugeh membukit, aku masih boleh melicinkannya! heheheh (the way I decided to put on weight )..hahhaha

tak kenyang lagi makan ni, sebelum balik singgah JJ beli sushi pulak! adoi la si gemuk ni.(panggilan sang suami kepada ku) hahahha

Wednesday, March 21, 2012

Hot Air Balloon 2012 at Putrajaya

Hasil jalan-jalan dan click-click kat Putrajaya sempena Pesta Belon Udara Panas 2012, baru-baru ni…jom tgk hasilnya =)

IMG_2718

Pepagi buta aku sampai sini dalam kul 6.50pg untuk melihat macamana balloon ni nak membesar =)

IMG_2729 

Dengan gigihnya mereka bekerja

IMG_2424

Balloon dah start nak terbang…it’s so amazing!

IMG_2727

see, people yang sanggup berdiri, bersesak untuk melihat balloon ni.

IMG_2707before the balloon fly away...

IMG_2437

awesome rite?

IMG_2721DSCN1244

my fav balloon =) 3 tier Cake

IMG_2398

so colourful ..suka sangat

DSCN1282IMG_2487

di langit biru…cuba teka apakah ini?

IMG_2497   sang suami yang act kekonon dia tengah terbang bersama balloon ni..

IMG_2755 antara aktiviti yang ader kat sana..cycling

IMG_2918 Ini game apa ntah..masuk dalam tube ni then akan ditolak masuk dalam tasik..macam best jer kan!

Tapi aku takder plak nak join the game coz aku malas nak pusing2 dalam air tue..

IMG_3022 bila kepenatan berjalan-jalan seluruh kawasan pesta, makan kitorang berahat dulu di tepi tasik Putrajaya…

IMG_3064       last but no least…captured my tired face!

Tuesday, March 20, 2012

Gara-gara Burger Bakar, JJCM

Last sunday bersantai kat rumah sambil tgk tv jer..layan pulak cerita Jalan-jalan Cari Makan musim host baru yang agak janggal sebenarnya.

Cerita pasal JJCM ni aku nak komen skit la..host kali ni takder la nak beri kesan sangat kat aku coz cara dorang tak menunjukkan keghairahan terhadap makanan tue. (ini pendapat peribadi aku..orang lain aku tak tau). Kalau sebelum ni, Maria Tunku Sabri, Serina Ridzuan dan Qi, sangat best cara dorang hostkan JJCM sampai terasa terliur lah tengok dorang makan. Tapi sekarang ni kurang skitlah ummppp nya…sorry TV3..saya hanya bagi pendapat!

Opppsss terlebih sudah..walaupun tak ghairah sangat nak makan, tapi aku tetap nak cuba makan burger bakar kat Wangsa Maju Seksyen 2 yang masuk JJCM tue.

Perghh…tgk gambar burger dalam TV sangat menggiurkan. sebab tue nak try! petang ahad tue trus aku ngan sang suami ke Wangsa Maju nak makan burger bakar ni!..sesampai kat sana jer, tengok queue punyala panjang trus niat nak makan burger bakar ni bantut. Tak tahan aku nak menunggunya…

Trus sang suami ajak makan kat Burger King jer..walaupun tak dapat makan burger bakar, burger king pun jadilah…burger juga. hahahha..next time la rasa burger bakar ni… 180320124577   Whopper Double..sang suami yang punya!

180320124578 aku makan BK Double with Double Cheese  (black pepper)

180320124579

ngeeee….takder la rasa ralat sangat tak dapat makan burger bakar tue coz makan burger king pun puas nak abiskan!

Aku and sang suami lebih sukakan Burger King dari McD

 

Monday, March 19, 2012

Cuti Seminggu!

It’s Over!110320124546

Holla readers (wahh tulis macam ramai sangat pembaca blog aku ni!) hahahha..yang penting yakin uolls…ini yang aku pegang untuk terus maju..=)

Aku menulis mengenai pengisian cuti seorang guru. Erm memula macam2 rancangannya tapi siapalah kita untuk tentukan sesuatu rancangan itu berjaya..so tak semestinya yang dirancang akan berjalan dengan baik!

Cuti aku dimulakan dengan merehatkan diri bersama sang suami, kemudian aku balik kampung selama 4 hari. Alahai sedih pulak rasa tinggalkan sang suami.

Hari keempat dijadualkan balik KL, suddenly dapat berita yang amat menyayat hati nenek (belah sang suami) meninggal dunia akibat Breast Cancer. OMG cancer lagi. Kebetulan aku dah nak balik KL. so esoknya terus meziarah arwah hingga ke tanah perkuburan.

Hari berikutnya, mak aku datang KL dengan adik, makchu dan sepupu aku. Mereka datang pun sebab nak pegi IJN untuk buat check up my cousin tue…Jadual aku menjadi bertambah pack. Walaupun agak sibuk tapi aku gembira dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga. Penat pun tak terasa coz apa yang aku buat adalah untuk mereka yang aku sayang.

Pejam celik pejam celik dah seminggu cuti! sampaikan aku terasa macam cepat sangat masa berlalu. tapi rasanya cuti aku sangat terisi coz dapat jumpa mak abah aku, dapat shopping ngan sang suami dan dapat jejalan ngan sedara.

110320124552 110320124555

lepaking at Marrybrown, LCC Terminal before fly to Kedah

gambar sang suami yang bakal kene tinggal…heahahahha

   110320124558

gambar yang menyerlahkan kegemukkan diri!

hahhahah..asal bahagia =)

 

Tuesday, March 13, 2012

Demam tak sudah!

Ujian tuhan bila kita di berikan sedikit halangan dalam kehidupan kita dengan kesihatan yang kurang baik…ini lah yang aku anggap atas apa yang aku alami.

positifkan diri agar segala musibah yang datang menjadikan kita lebih redha dan kuat!

Last couple of week aku berehat panjang dari bekerja kerana aku di timpa sakit iaitu demam yang agak teruk. bukan sekadar demam yang on off jer, tapi paru-paru aku ader infection kuman juga. batuk aku yang makin teruk membuatkan kahak aku berdarah.

Fuh! ngeri dengan apa yang aku alami. aku off dari ke sekolah selama 4 hari. Kemudian selera makan aku totally out sampaikan berat aku turun 2 kg dalam masa 4 hari!

nak berjalan, solat dan apa saja kerja semua nya aku tak mampu..Ya Allah, masa itu aku hanya fikir nak cepat sembuh jer supaya aku boleh kembali seperti sedia kala.

Syukur sangat bila dapat seorang suami macam suami aku yang sanggup melayan karenah aku, sanggup balik rumah diwaktu tengahari dari pejabatnya nak pastikan aku makan dan makan ubat. Sanggup bawa aku ke klinik untuk buat daily check up! Adoi! sungguh penyabar wahai sang suami…

sampai sekarang batuk aku masih ada. aku berharap sangat batuk aku akan hilang dan aku baik dari segala penyakit! Moga Allah S.W.T kurniakan aku kesihatan yang baik dan berpanjangan..amin

 

Monday, March 12, 2012

Lama dah!

terasa lama sangat tak kuar jejalan tgk movie ni. Last saturday aku and sang suami decided tgk movie setelah sekian lama tak nonton wayang.

Macam biasa aku akan beli ticket via online sebelum keluar rumah, sesak la nak beratur kat cinema nak beli ticket. so aku beli ticket Ghost Rider. Memula aku nak tengok seefood tapi sang suami beriya nak tengok Ghost Rider. so ikutkan jer la.

Destinasi cinema kami adalah Mall yang paling dekat dengan rumah la iaitu IOI Mall, Puchong. Kat sana best juga sebenarnya nak shopping. arghhh lupakan seketika pasal shopping sebab last week dah beribu abis shopping kat Bukit Tinggi.

So sesampai sana kami pekena teh tarik + roti canai dulu before masuk panggung. aku pilih roti pisang dan sang sang suami pula roti canai.

Alkisahnya masuk jer inema aku mula menunjukkan tanda-tanda tido..after a few minutes aku pun z z z z z z z z. hahahhahhaha then sang suami kejutkan aku…’sayang! rugilah masuk sini semata-mata nak tido’

dalam keadaan mamai aku menjawab ‘sayang nak muntah la that y sayang tido’…motif tak der kaitan yang releven sungguh alasan aku! ahahhahah..last2 aku tgk Ghost Rider ni part yang dah nak abis jer..so pasal movie aku tak mau komen!

 100320124529 100320124530

my favourite objek ~ sang  suami

100320124531 100320124534 100320124535

latest ~ toink..makin gemuk la aku ni

100320124541

Lepaking at Teh Tarik sebelum serbu cinema

 

Sunday, March 11, 2012

‘Suka’ to Sad

Kalau over excited..ini lah pula datang nya (sedih)

Memula suka sangat coz dapat balik kampung. Beriya-iya aku book ticket flight tapi bila ticket dah booked hati ini mula rasa sedih coz nak meninggalkan sang suami kat KL.

Alahai…cuti seminggu ni nak happy2 jumpa parent kat kampung..bila sang suami bukan seorang guru dan tak dapat nak bercuti sama

So hari ini aku akan terbang ke Kedah seorang diri..=) moga perjalanan aku dipermudahkan dan berjalan dengan lancar!

Bye Kuala Lumpur

 

Saturday, March 10, 2012

Saya Menang ~ Coklat Selembut Sutera DOVE

Mood sangat happy walaupun sebelum ni demam sampai 4 hari tak ke sekolah..(entry demam saya akan update soon)

sekarang ni hati berbunga-bunga nak cerita yang aku dah menang satu contest kat Mag COSMOPOLITAN. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa lah yang tahu kan!

Last end of February, aku dapat satu sms bgtau yang aku telah menang COSMO DOVE. so memula blurr and trus call semula contact no. yang tertera pada sms yang aku terima. Kemudian aku diminta untuk meninggalkan nama dan no. telefon coz dorang akan call semula.

After a few minutes MTouche who send me the sms call aku semula dan bgtau aku telah menang 2 kotak choc dove sempena contest kat Cosmo Mag edisi Dec 2011. Wah! tak sangkanya aku yang menang!!

Dengan tak sabarnya aku balik rumah check balik Mag Cosmo dan tgk balik contest tue..Oh saya bernasib baik kerana menang contest ni..=) So hati berbunga-bunga nak collect hadiah.

100320124518 100320124519

inilahnya magazine nya

so semalam memandangkan hari jumaat, aku masuk sekolah lambat dari hari biasa, aku ajak la sorang colleague aku teman pi amik hadiah kat Menara Citybank, KL. Pada mulanya plan nak pi ngan kete jer, tetapi memandangkan semalam jammed agak luar biasa ke Kuala Lumpur, maka aku batalkan niat itu dan pg naik LRT sahaja.

Wah lamanya tak naik LRT sejak 2007 sampai semalam baru aku naik LRT ni. nasib baik colleague aku ni selalu naik LRT and dia la tunjukkan aku camner nak naik coz dah lama sangat tak naik kan! 

090320124501

LRT Station Masjed Jamek. Sangat berubah. Kitorang tukar dari LRT star to Putra (skang dah berubah LRT aliran ampang) …sangat la confused skang ni.

So kitaorg punya destinasi adalah kat Ampang Park untuk ke Menara Citybank. ngeee tak sabar nak tidur ngan choclate Dove ni..heheheh

 090320124506 Ini lah tempat aku collected hadiah Chocolate Dove tue. Sempat jer posing maut kat sini!

berbaju kurung pink, coz nak trus ke sekolah =)

090320124508

Ini lah colleague aku yang sanggup menemani aku walaupun dia sedang preggy 4 month

Cikgu Azwin =)..thanks yunk

 090320124513  Taadaa ….my chocolate..2 box of Choc Dove

090320124516

Nyum nyum..sedap! makan sampai lebam..sampai aku bagi jiran sebelah skit la.

Pas ni nak balik bagi my SIL and nak bawak balik kg..hahha punya la banyak kan!

*toink ~ happy