.

.

Monday, April 30, 2012

Bila Hati Mula Cemburu

Happy Monday peeps!

Di hari permulaan minggu ni malas betul kalau nak difikirkan tentang kedukaan atau benda yang tak happy! tapi ini saja boleh aku luahkan perasaan tentang hati yang tak berapa happy dengan tindak tanduk orang ni!

Salahkah kalau dia KELIHATAN cantik?

Salahkah kalau ramai yang PUJI dia ni cantik?

Salahkah kalau pakaian dia BERJENAMA?

Salahkah kalau make up dia nampak GORGEOUS?

Salahkah kalau dia berpenampilan MENARIK?

Semuanya tak salah bagi saya kerana itu cara dia menjaga penampilannya Itu adalah pilihan dia dan itu semua hasil dari usaha dia. Ini adalah cara dia membawa dirinya dalam kehidupan dia.

So, people tak perlu nak buka mulut dengan mencemuh akan kecantikkan orang lain, tak perlu juga nak buat fitnah tentang hasil orang lain. Jangan sesekali mula fikirkan kebencian terhadap orang yang menjadi perhatian orang kerana kamu tidak perolehinya.

Lumrah alam yang tak dapat diubah apabila hati mula cemburu, maka mulut mula membuka sesuatu yang kurang enak untuk telinga mendengar. Sebagai seorang yang mempunyai profession yang Professional, anggaplah cemburu kamu sebagai satu langkah untuk kamu lebih cantik dari dia. Gunakan cemburu itu sebagai satu titik tolak dalam berpenampilan lebih menarik.

Apa salahnya sesekali jadikan orang yang kamu cemburu itu sebagai inspirasi dalam mengubah cara kamu berpenampilan. Tak perlu kutuk atau cemuh dia sebab dia mendapat pujian ramai, kerana dia sendiri tidak minta untuk dipuji. Orang yang memuji dia dengan ikhlas sebab people memang suka kecantikkan.Dan itu adalah cara kehidupan dia yang sukakan kepada kecantikkan dan kehidupan yang menarik!

Ubah sikap, ubah fikiran, ubah segala cara/pemikiran ortodok yang boleh membawa kepada perkara negatif =)
 *kata-kata ini lebih untuk saya sendiri
130420124738
Gambar yang tiada kene mengena dengan entry di atas, sekadar hiasan =)

Wednesday, April 25, 2012

Matured

Bila aku memakai tudung ber’awning’ ni terasa diri ini makin matured atau erti kata lain makin tua? Ntah la..perasaan kot! sebab tue aku lebih selesa menggayakan shawl sebab aku rasa lebih yakin dan sangat muda…(wahh muda ker uolls?)

IMG_3786

am I look old? Tetapi aku sangat suka dengan tudung-tudung Fareeda ni. Buat aku lebih yakin la bila memakainya! heheheh Maybe sebab the colors kot. Warna-warna yang dipadankan sangat ceria dan nampak sangat bertenaga.

IMG_3789

Bila difikir-fikir semula, tua atau muda seseorang bergantung juga dengan penampilan dan fashion yang digayakan. Kalau seorang remaja berpenampilan dengan fashion middle age, maka ia kelihatan seperti middle age juga. Selain itu juga penggunaan warna juga memainkan peranan penting dalam penampilan diri. Ini adalah pendapat aku la yang bukannya memegang profession sebagai imej consultant.

 

Tuesday, April 24, 2012

Demam Burger Bakar

Asyik mengidam burger bakar jer aku ni. Tapi tak pernah dapat merasa Kaw Kaw Burger Bakar kat Wangsa Maju ni.. asal nak makan jer kene beratur punya la panjang + lama.

So aku and sang suami give up. Then sang suami cakap, biar dia jer la yang buat! hehehe..Apalagi si isteri, hanya tersenyum kambing la..

Inilah hasilnya. Ya ampun, memang sedap + semput nak abiskan burger ni..memang superb la Bugs Burger Bakar ni! Mc Donald, Burger King and Wendy's pun tak bleh challenge tau! Thanks darling =)

230420124838 Sebelum diletakkan sos cili

230420124842 230420124853

Sesi menggemukkan badan pabila dinner Bugs Burger Bakar!

 

Tuesday, April 17, 2012

mengumpul Tudung Bawal

Hobi baru aku adalah mengumpul tudung yang cantik. Hehehe ini hobi sejak aku bertudung sepenuh hati.

Sejak ader pelbagai jenis tudung ni, maka hobi aku ialah mengumpul koleksi tudung la. Termasuk lah bawal yang bertona-tona ni..+)

Sangat suka la dengan bawal Aidijuma yang bertona 3 ni. sangant cantik.

150420124772

gaya saya dengan tudung bawal =)

Monday, April 16, 2012

Chocolate Moist Cake ~ versi lepas rindu

Happy Sunday!

Oh, Monday already yeah!

Ok,kisah weekend yang sangat rindu nak baking, about 3 month i left my oven, cooking chocolate, cake flour, sugar, and everything about cake! So meroyan la jiwa ini nak baking. Maklumlah sebelum ni aku dan oven dan diibaratkan aur dan tebing…hahahha (lawak tak)

Bila bukak fridge banyak pula chocolate yang masih tak abis2 makan termasuk chocolate souvenir from overseas yang orang bagi. Aku pun terfikir nak bake choc moist cake dan campurkan dengan chocolates yang ada.

Kebetulan semua bahan nak buat cake, memang dah completed and tunggu tangan jer nak buatkannya. Then tanpa berlengah dan penuh perasaan ghairah nak bake sebiji kek, maka jadilah kek aku yang dinamakan kek lepas rindu! =)

150420124768

Tadaaaa..My Chocolate Moist Cake with Dark Chocolate Melt

Firstly, campakan chocolate yang tak habis makan dalam loyang

140420124750

Kemudian masukkan adunan kek ke dalam loyang tadi. Resepi kek coklat lembab boleh ambil di sini.

Setelah oven sudah panas, masukkan adunan tadi ke dalam oven

140420124752 Keluarkan kek dari oven setelah dipastikan dengan cake tester yang cake sudah cukup masak

150420124754 Saya telah terbalikkan kek ke atas board untuk mendapatkan bahagian chocolate di atas kek

Kemudian, curahkan dark chocolate yang telah dicarikan ke atas kek

150420124757

oleh kerana ketagihan baru saya ialah strawberry, maka saya letakkan strawberry ke atas kek ini untuk menambahkan kesedapan.

 150420124758 150420124762 

Memandangkan kerajinan yang lebih, maka saya telah membuat tag CHOCOLATE MOIST CAKE with DARK CHOCOLATE MELT dan di pacakkan pada kek untuk menampakkan lebih sweet and cute!

150420124765

Hasilnya setelah 3 bulan tak baking =)

Saturday, April 14, 2012

New Addiction

140420124746 140420124744 140420124743

Strawberry and Milk, my new addiction!

Love Love Love Strawberry & Fresh Milk

Friday, April 13, 2012

Central Market since 1888

070420124726

Wah cikgu sejarah ni…mentang2 cikgu sejarah, asyik cerita tentang sejarah jer la kan! hehehe…Oppss!

Alkisah, di hari cuti nan indah lepas aku and sista inlaw + sang suami berjalan-jalan sampai ke Central Market. Bak kata kakak ipar aku, nak tengok apa yang ada kat CM skang ni. (maklumlah dah lama tak datang, termasuklah aku)

Biasalah, CM semua barangan 1 Malaysia ada kat sana, kalau tourist datang Malaysia, kalau dah singgah CM ibarat dah visit seluruh Malaysia la. Barang-barang kat sana best2 juga and harga nya bukan untuk orang Malaysia la (aku rasa la coz agak mahal sedikit). Dari segi kualiti barang pun bagus dan sesuai untuk pelancong yang datang ke Malaysia.

Jejalan, sampai la aku and sis in law tertarik dengan barangan kulit ini especially handbag la. Kemudian, kami berjalan di luar CM dimana terdapat pelbagai stall termasuk stall makanan. Paling happening Ayam Uncle Bob dan Putu Bambu Pak Uda la…

070420124720

Stall sebelah CM, dulu (tahun 2002 last aku datang CM) tempat ni hanya penuh dengan pelukis jalanan, dan bebudak melepak tetapi sekarang dah happening dengan stall2 ni..

070420124721

My sista inlaw’s brother

070420124712

 070420124713 070420124717  

my lovely sista in law

070420124723

  Pasar Seni…memang berseni =)

 

Friday, April 6, 2012

Fareeda…Nyata Jelita

Jelitakah saya?050420124704

heheheh…alkisahnya aku dah mula minat dengan tudung-tudung Fareeda. Sebenarnya dah lama tgk orang pakai, tapi aku masih belum berkeyakinan diri untuk pakai coz tudung-tudung awning ni buat aku kurang yakin.

Sampailah aku pergi kursus kat Melaka dan seorang kawan (peminat setia Fareeda) memberi aku test tudung dia. Tak sangka plak kengkawan yang lain cakap ‘kene’ kalau aku pakai tudung ni. Tanpa buang masa terus aku beli 2 helai tudung from Fareeda.

So semalam aku pun pakai lah untuk nampak lebih jelita (muntah hijau seketika)..hahahha, then aku memang tak sangka semalam merupakan hari puji sedunia untuk aku. Dari student, guru sampailah penyelia petang. Semua puji aku nampak cantik dan comel.

Weeeee! Nyata Jelita okeh! hahahhaha,,maybe sebelum ni aku hanya pakai tudung bawal dan shawls saja and tak pernah pakai tudung ber awning ni. Yang lebih nya tudung Fareeda ni kan nampak exclisive skit, so lain la permandangan mereka yang memandang aku pakai! hehehehe..and maybe dorang tak pernah tengok kot cikgu-cikgu lain pakai tudung Fareeda ni. So aku lah pelopor Fareeda kat sekolah tue (masuk lif tekan naik lah ke tingkat 77)..hahahhaha

Dah-dah…masa untuk perasan dah habis yer cikgu ..so sekarang ni masa untuk tumpukan masa pada P&P. =) daaaa

 

050420124694  Posing before ke sekolah!

 

3 days 2 nights at Melaka

Hi Gaisss!

sekejap jer dah masuk hari jumaat =)…rasa macam baru semalam balik dari Melaka.

Last week aku aku ke Melaka, selama 3 hari 2 malam. Waahhh jejalan ke uoollss? OH! tidak. saya ke sana kerana urusan kerja iaitu kursus orentasi guru baharu 2012.

Memula dengar jer kursus orentasi, mesti fikiran aku fikir kene buli. Adoii stereotype betul la. Orientasi = Buli. Kene ubah pemikiran camni. Hakikatnya kursus ini sangat best bila aku dapat jumpa balik geng DPLI Batch 2010/2011 especially DPLI-ERT, UPM la..

Maka kursus pun bertukar menjadi gathering. heheheheh..sangat best bila kita berjumpa kawan-kawan baru dan pegawai2 dari PPD (seluruh Wilayah) yang sangat friendly.

Paling best boleh jejalan kat Melaka sampil shopping =)

300320124657 Day 3; Setelah selesai kursus, we all jejalan kat Kota Bersejarah sambil shopping. Tetiba ader plak 2 orang tourist from China ni nak bergambar ngan kitaorang.

Hahahahha lawak betul la coz dorang ni macam tak pandai cakap English and memula aku ingat dia nak minta kitorang amikkan gambar dorang, tapi lain pulak jadinya…rupanya dorang nak bergambar dengan kitaorang. heheheheheh

300320124652 290320124630 Day 2 ; Pepagi buta possing dulu sebelum turun hall untuk taklimat seterusnya =)

290320124633 My Roomate 3 of us, Eida Hasrul and Eita Aripin

290320124636 our DPLI-an ERT, UPM

290320124639 with my besties..berjumpa kembali =)

290320124640 ishhh garangnya Cikgu Faiz. hehehe

290320124646

Day 2 : Dinner with Ketua Pengarah JPNWP

with DPLI-an ERT, UPM…di sini kita bertemu kembali

Harap-harap kita akan bertemu semula masa kursus induksi nanti k kawan-kawan.

Kursus yang best dan sangat seronok =)

Wednesday, April 4, 2012

Bila Murid Menilai Guru!

Perkara pertama yang aku gunakan untuk mengetahui tentang respon murid terhadap pengajaran aku ialah meminta mereka menilai diri aku dari segi pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.Murid di minta menulis pendapat tentang guru sejarah (aku ler tue) di atas sehelai kertas tanpa menulis nama mereka.

Penilaian yang aku jalankan ini terhadap murid yang advance pemikiran mereka kerana mereka ini tak jemu-jemu nak menguji kebolehan guru. Dan hasil penilaian mereka ialah;

030420124666040420124689 030420124665  030420124667 030420124668 040420124669  040420124671 040420124672 040420124670040420124673 040420124674 040420124675 040420124676 040420124677 040420124678 040420124679 040420124680 040420124681  040420124683 040420124684   040420124687 040420124688

Sejujurnya aku tak sangka feedback ini yang aku dapat! aku harap mereka jujur dan bukan sekadar membodek aku la…hahahha ..lagipun aku dah bgtau mereka yang aku tak marah atas apa yang mereka tulis kerana aku akan terima dengan hati yang terbuka demi perbaiki diri.

So aku perlu tingkatkan usaha untuk mengajar anak2 didik aku ini dengan lebih baik atas kepercayaan mereka terhadap guru sejarah ini. Penilaian ni buat aku lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru yang ikhlas.

Moga Allah kuatkan semangat aku untuk mengajar kelas-kelas lemah yang lain…Amin.