.

.

Thursday, August 30, 2012

Hadiah Hari Raya

Salam merdeka Malaysian.

Hadiah hari raya? Mengingatkan aku pada hari natal plak bagi hadiah ni. Heheheh.
Semalam, ader sorang student aku letak KFC kat atas meja. Dia nak belanja cikgu rupanya. Aku pun apa lagi lunch KFC la semalam.

Pastu masuk kelas, sorang student lagi bagi aku bantal The Smurfs. Hadiah hari raya katanya. Oh sudah pasti pemberi hadiah ni adalah murid saya yang berbangsa cina. (maklumlah aku ni cikgu moral and KH mereka).

Aku terima setiap pemberian ikhlas mereka terhadap guru mereka. Aku juga pernah terima gula-gula dari pelajar india juga tanda terima kasih katanya. Oh how sweet my student.

Alhamdulillah, anugerah Allah kepada ku membuatkan mereka dapat menerima aku sebagai pendidik mereka.




Hari Raya di Kuala Lumpur

Tahun ni aku raya kat Kuala Lumpur. So entry kali ni adalah entry kemeriahan raya yang aku alami sepanjang hari raya pertama dan kedua di Kuala Lumpur.

Sesekali raya kat KL, syok juga, Tapi memang tak sama dengan kemeriahan raya dikampung. =). yang penting tetap meriah.

20120819_13405820120819_141707

our first Instanx picture 

20120819_141526

our cousin who own the instanx camera

 20120819_141754 20120819_142004

at our paksu’s house

Attire Raya Pertama

Shawl; Sakura half moon from Radiusite

Baju ; Kebaya Peplum from The Lace Tale20120819_14221920120819_095458    ini kat rumah jiran sebelah

……………………………………………………………………………………………………………

Raya Kedua

20120820_133004   my niece

20120820_141629

our theme ; merah biru ( ‘color superman’ bak kata sang suami) heheheh

Attire Raya Ke 2

Shawl ; Sakura half moon from Radiusite

Baju ; Kurung Moden yang ditempah jahit (beads and roses jahit sendiri)

20120820_14150820120820_133534 20120820_141707  My sista in law’s family theme; Pink Color

20120820_161059 Kat rumah paklong’s house

Wednesday, August 29, 2012

Samsung SIII & New Ipad

Hisshh…semua orang cakap pasal samsung vs apple. Semalam news kat TV bagitau Apple menang fight dengan Samsung kat court. So today aku ader terbaca kat sini Samsung  membayar $ 1000000000 dolar dengan menghantar 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen ke ibu pejabat Apple di California.

OMG pertama kali dalam sejarah aku dengar orang bayar saman guna syiling. Adoi jenuh nak mengira syiling 5 sen tue. kalau setakat RM3 boleh la tahan kan..tapi kalau $1.05 Billion, aku tak terfikir lagi camner nak kira.Tapi aku rasa Apple mesti ader solution macamana nak kira duit yang mereka terima kan.

Lepas ni sesiapa yang nak fail saman mesti buat agreement juga cara pembayaran saman kan. Heheheh..kang tak pasal-pasal nak kene kira syiling pula lepas menang saman kan!

Apapun both product bagi aku ok jer. Sekarang ni aku pakai handpone Samsung SIII dan guna New Ipad juga. So takder la susah sangat aku nak adapt dengan gadget baru ni.. Paperpun masing-masing ader kekuatan memasing. Pendek kata aku suka both product. Samsung pun best Apple pun best jugak. =) 

photo(1)

New Baby Boo…mine

photo(2)

Almost a month I’m using this and feel so hot! hahahha

Entry Raya ; Photoshoot Raya

Alhamdulillah dah masuk minggu ke 2 Syawal. Erm banyak tak undangan open house uolls? hehehe..so far aku setakat ni banyak la juga. Cuma takut tak tertunai jemputan jer.

Ya ampun, since start keje dari cuti ni, sangat banyak kejer. Start sunday malam isnin tue, aku dah start tido pukul 3 pagi untuk siapkan kejer yang tertangguh. Alahai cikgu.

Eh mesti dah ramai yang update entry blog raya dorang kan. aku jer baru ader kesempatan nak upload ni. Tapi gambar yang aku nak upload ni gambar sesi photoshoot di pagi hari raya pertama.Tahun ni aku raya kat KL. so photoshoot bersama family inlaw la.

Semua gambar ini adalah gambar yang masih belum di edit oleh editor professional . Heheheh

Raya 3RayaRaya 2    Somi Isteri

raya 4shayang makshu dan uncle bob…hehehe

Raya 5 dengan anak-anak

Raya 6 Raya 7 Dalam gambar ni, aku pakai shawl Sakura dari Radiusite. Selalu tengok pakai shawl half moon ni, all the beads ni kat atas kepala kan…tapi aku ubah skit supaya beads terletak kat tepi. heheheh

Raya 10

With lovely niece

Raya 8 My 2nd Sista inlaw family

Raya 9 My 1st Sista inlaw..

Oppsss gambar mom and dad in law aku takder plak kat disk aku sebab masa photoshoot ni guna 2 camera. 1 camera Nikon D3000 dan satu lagi Nikon D500.

So aku pun dah lupa memory kad mana yang aku amik ni. Godek punya godek tak masuk pulak pict satu family.

So next entry aku akan update kisah raya lagi k. =)

 

Sunday, August 26, 2012

Salam Lebaran

Baru berkesempatan nak buat entry raya. Sibuk sangat beraya. Raya ke 7 ni jer free skit when dah balik KL ni. Heehehhehe

Di kesempatan ni saya dengan rendah hati ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kata-kata atau perkataan di blog ini andai menyakiti atau menyentuh hati pembacanya. Segala perkataan atau kata-kata yang terkandung dalam blog ini bukan berhasrat untuk menyakiti hati sesiapa sebaliknya hanya untuk luahan isi hati penulisnya sahaja,

Peluang ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.

20120819_141707

Wednesday, August 15, 2012

Raya Preparation

OMG..today my last day kejer before start cuti raya. Waweeee esok dah cuti. Mode nak kemas rumah dah membuak-buak ni, (macam raya kat rumah sendiri plak kan!) heheheh

Yang penting before balik umah mom in law, umah mesti cantik macam beraya kat rumah. So before cuti ni nak update skit entry preparation raya.

Raya preparation list;

1. Baju Raya  ~ checked

2. Tudung ~ checked

3. Handbag ~ checked

4. Kasut ~ pending

5. Duit Raya ~ checked

6. Kuih raya ~ checked

7. Ticket flight ~ checked

8.  Accessory ~ checked

Almost done =)

Bila hati dah senang, baru boleh raya dengan gembira..

120820125938 Audrey by Sugarscarf

120820125941 half moon Sakura from Radiusite

120820125942 Kebaya Chiffon Collection by Fuchsia

270720125797

Jovita by Jovian Mandagie

130820125945

Rekaan sendiri and jahit sendiri

130820125946paste and jahit sendiri

130820125948

all of this are mine

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya. Hati-hati drive balik kampung

 

.

Tuesday, August 14, 2012

Jalan-jalan pusing Shah Alam

Hi bloggies,

Eh lagi beberapa hari jer kan Ramadhan akan meninggalkan kita. Syawal pula akan menjelma. dah pasti skang ni memasing bz ngan persiapan dan sambut Syawal kan. Sama la aku juga, sampaikan aku lupa bahawa Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ni akan meninggalkan kita.

Kali ini aku berubah angin. Biasannya Jalan TAR merupakan destinasi paling aku teruja untuk shopping kalau dah dekat2 raya ni. Tapi kali ini aku memilih untuk ke Shah Alam pulak. Aku dan bff Ida, keluar rumah seawal 9 pagi hokey untuk shopping kat Shah Alam last Saturday.

Destinasi kami yang pertama ialah ke Seksyen 7 (Pintu belakang UiTM dan dekat JAKEL Shah Alam), di mana kat sana sangat banyak butik. Kat sana aku jumpa banyak sangat butik yang mana aku slalu jumpa kat online contohnya Radiusite, Sugarscarf, Fareeda, Pearl Haya D’Haja, Qish Qish Butique, Cala Qisya, Cala Man, Fuchsia dan banyak lagi la.

110820125929

aku di hadapan deretan boutique yang best

OMG, kat sini sangat banyak boutique. Kalau datang sini bawa duit dan kumpul tenaga banyak-banyak keh untuk berjalan. Sangat seronok aku rasa coz semua butik2 ni best and item yang dijual sangat gojes kot.

Masa kami datang tue keadaan masih terkawal mean tak sesak sangat la area Sek 7 ni. tapi bila tengahari dalam pukul 11 pagi kereta mula bertambah dan kesesakkan pun bermula dan macam JALAN TAR. 

Pencarian baju raya kami tak berakhir di situ, kami meneruskan perjalan ke SACC Mall,. Ya ampun kat sana lagi la susah nak masuk. Kami mencari parking almost 1 hr kot. pusing punya pusing penuh jer. Finally dapat juga.

Kat SACC Mall pun cantik2 baju raya kat sana. Sumpah rambang mata. adoii! dasyat tul kan pencarian barangan raya ni kan. Boleh kata semua tempat la ramai orang. Paperpun baju raya aku tahun ni agak banyak juga la compared to raya tahun lepas. Hehehehe..

Bab baju raya review next entry….Jom layan picha aku semasa kami shopping =)

………………………………………………………………………………………………………………

@ S U G A R S C A R F

110820125930sesi mencuba

110820125932

kene tak dengan saya?

110820125931  pilih jangan tak pilih

110820125933Jom bayar =)

………………………………………………………………………………………………………………

@ R A D I U S I T E

110820125934kat sini adalah destinasi kedua kami. Sangat ramai orang dan item yang dijual sangat laris bagai pisang goreng ok.

………………………………………………………………………………………………………………

@ F U C H S I A Boutique

110820125935

with Sharifah, owner of this boutique. Sangat cantik and friendly. Sangat gojes and stylo baju2 yang dijual kat sini. Accessories yang dijual pun cantik and unik.

Aku shopping baju raya kat sini.

……………………………………………………………………………………………………………

@ C A L A  Q I S Y A & C A L A M A N

110820125937 110820125936Ini merupakan butik yang terakhir kami singgah sebelum ke SACC Mall. kat sini pun banyak item yang best untuk diborong coz collectionnya sangat cute. Kalau nak baju kurung fishtail boleh datang beli kat sini. Sangat cantik.

……………………………………………………………………………………………………………

hasil terperangkap kat jammed nak masuk parking SACC Mall, maka inilah hasilnya.

picha bersama =)