.

.

Tuesday, January 8, 2013

Motivasi 2013

IMG_20130101_170812

New year calling for motivated for me. Kerja keras tapi ikhlas adalah azam aku tahun ni. Wah dah ader azam aku tahun ni! Bila dah ada harta sendiri dan perlukan lebih usaha untuk menjaganya sebaik mungkin. Alhamdulillah.

2013 memang mencabar dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Tahun kedua bergelar pendidik dan tahun penuh sibuk menguruskan hal rumah baru, Apapun aku akan cuba bertenang dan uruskan dengan relax and tidak terburu-buru.

Kerja, macam2 kene buat. Bila dah naik tahun berikutnya, tiada alasan ‘tak tahu, tak pernah dan tak biasa’. So kentalkan fizikal dan minda untuk hadapi dan timba pengalaman sebanyak mungkin! Motivasi dari sang suami ‘ Kalau sayang tahu buat semua benda senang lah sayang nak jadi pengetua nanti’. Hahahahhaahahha

Kehidupan peribadi aku, inginkan keluarga bahagia bersama sang suami dan anak-anak. InsyaAllah cuba dan terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah kalau kita terus berusaha, kejayaan pasti akan capai. Cuma kejayaan itu datang dalam pelbagai bentuk yang kita tak duga kan. Aku bernasib baik kerana sang suami tak pernah bagi aku tekanan untuk dapat baby. Cuma kekadang aku jer la yang meroyan! hehehehe. Apa pun aku hanya berdoa agar dikurnia seorang cahaya mata pun jadi la…tapi kalau lebih pun aku terima dan lagi suka!

Dear 2013, my promise is I will stop wishing and start doing!

IMG_20130104_131041 face of 2013

 

 

No comments: