.

.

Tuesday, February 19, 2013

Demam mengidam!

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, hari ini 19 Feb 2013, masih berkesempatan hidup di bumi Allah dengan kesihatan yang kurang sihat sedikit. Syukur sangat dengan apa yang diberikan olehNYa.

Hari ini pertama kali aku terpaksa mengambil cuti sakit dan tidak dapat bekerja walaupun hati ini meronta untuk bekerja dan berjumpa dengan anak2 di sekolah. Mungkin ada hikmahnya sakit ini.

Aku mula merasa bibit demam ini bermula hari Ahad. Tapi aku cuba abaikan dan tidak endahkannya. Aku tidak la mengambil tindakan untuk mencegah sebaliknya abaikan. Dan semalam keadaan semakin teruk apabila semasa aku ke kelas aku rasa seperti aku tengah terbang di awangan.Rupanya kepala aku sedang pening.

Bukan kepala sahaja pening tapi seluruh badan aku rasa sakit. Seperti ditumbuk bertalu-talu. Aku gagahi juga demi anak-anak. Aku berkongsi rasa dengan rakan guru yang lain, mereka pun mula membuat tanggapan yang aku ni demam sendila, ada yang kata tekanan darah rendah la..so macam2 spekulasi yang keluar.

Aku iakan sahaja kerana aku sendiri dapat rasakan yang aku ni demam biasa jer. So hari ini, bangun pagi dengan kepala yang bagai dihempap dengan lesung batu. Hanya Allah sahaja yang tahu beratnya kepala ini dan sakit. Aku gagahi untuk ke klinik.

Sang suami telah meng ‘offer’ diri untuk bawa aku ke klinik, but aku suruh dia pergi kerja juga. Bagi aku, aku masih boleh ke klinik sendiri.

Then selepas berjumpa doktor, laporsan kesihatan aku mengatakan aku ni demam dan mengalami tekanan darah rendah..Oh my! Dari dulu sampai sekarang ni mengalami masalah yang sama. So aku tahu kalau sakit kepala sangat tue sure tekanan darh rendah!

Yang paling best sang suami plak tanya aku camner nak buat tekanan darah tinggi? Hooiii lagi hilang akal ker! orang lain semua taknak kene darah tinggi la…heheheh. Aku hanya berharapkan kesihatan yang baik berpanjangan.

Ok since demam2 ni. Selera makan memang la takder, tetapi rasa nak makan macam2 tue sangat la ada. Memalam buta aku request nak makan homemade nasi ayam, nasi lemak Kg Baru la, Double Cheese Burger la, Laksam la… Mengalahkan orang mengandung mengidam kan!

Apa2 pun sampai hari ini satu menu pun tak dapat aku rasa. Hahah coz rasa nak makan tue jer ader tapi selera takder, Yang terpaksa makan ubat yang pahit jer. Hahahha.

Alhamdulillah, demam biasa sahaja dan selepas telan ubat and habiskan duit kat klinik berpuluh ringgit, maka sihatla daku. Memang peel aku kot, kalau sakit, bila dah jumpa doktor and dah keluarkan duit tuk ubat , sure sakit akan baik =) (hahah psiko)

Tak sabar rasanya nak update entry pasal vacation ke Pulau Langkawi. InsyaAllah next entry will update soon =)

P1040242

No comments: