.

.

Friday, March 15, 2013

Hobi Baru!

Since dah ‘paused’ untuk baking ni, start pulak minat baru. Adoi ada ada jer peel aku ni kan. Because i love something colorful, something yang funky munky ni, so tak dapat nak luahkan kat kek, maka aku ceburkan diri dengan making brooch pulak =)

Alkisahnya bermula aku suka memakai brooch bunga ke tempat kerja. Lepas tu, semua colleague asyik tegur jer brooch aku. Cantik lah, Besarnya Bunga, Sejambak Bunga la, Cikgu Bunga la, dan macam2 teguran yang aku dapat. Tak kurang juga dari murid2. Ada pulak bertanya mana beli bunga lawa2 ni.

Maka aku amik keputusan untuk buat business bunga ni. Niat sebenar ialah nak share la dengan kengkawan yang nak try pakai brooch bunga ni. Bila aku start buat business ni tak sangka la pulak mendapat sambutan ramai. Ramai pulak yang minta buat yang Glamorous pulak. So tidak mahu menghampakan costumer, maka aku mula buat sesuatu yang baru.

Sehingga la hari ini, aku sudah mula mengembangkan bakat dalam mencipta sesuatu yang baru untuk Brooch. Saban hari aku menjadi suka dan cintakan seni craft ini. Sehinggakan aku boleh membuat brooch sendiri mengikut citarasa dan outfit yang aku nak pakai.

I love that evendo aku terpaksa keluar mencari barang, stone and etc. Once aku start and aku akan mula jatuh cinta and aku akan terus mencipta. Melainkan masa sahaja yang boleh membuatkan aku terbatas dalam mengembangkan bakatku…ceeewaaaahhh.

Tapi sangat fun bila buat benda ni. Rasa release jer stress kat tempat kerja, rasa happy bila boleh ber fashion, rasa seronok and enjoy dengan apa yang aku buat ni dan hasilnya cantik dan mendapat sambutan dari costumer. Sangat suka =). Aku harap aku akan senantiasa mendapat sokongan sang suami, family, kawan2 dan costumer ku.

123

Taaadaaa… my latest design Glamcandy Brooch

stone6

Ini pun antara latest collection aku , Glamnista Flower Brooch

 

1 comment:

LuN@_aiDi said...

chantek3 yunk brooch u buat!
tertarik ^___^
go..go.. girl!