.

.

Sunday, March 24, 2013

Kongsi Food & Drink

Romantik kan kalau makan dan minum kita berkongsi. Segelas air kita minum bersama pasangan hidup kita, kemudian sepinggan makanan juga dikongsi bersama. Orang yang tengok pun sure akan cakap ‘mcm dorang jer la yang bercinta’… Hahhahaha

Romantik tak romantik sangat la kan. Tapi hakikatnya itu yang aku buat malam tadi. Aku dan sang suami dinner kat Williams, Kelana Jaya. Dah lama tak ke sana. Almost 3 years tak ke sana and tempat pun dah berubah. Kalau dulu dekat depan deretan kedai, kini Williams kat dalam deretan kedai.

Aku dan sang suami ordered Spaghetti Seafoods without Crab dengan harga RM30 sepinggan, dan Ribena Laici segelah RM8. Sepinggan spaghetti tue sangatlah banyak sampai sendat perut aku untuk habiskan. Walaupun we all ni kaki makan, tapi memang surrender la nak abiskan sebab banyak sangat. Sama juga dengan airnya, portion dia sangat besar sampaikan kongsi 2 orang pun mengah la nak abiskan.

20130324_200009 20130324_195747 

Apapun, makananya masih sesedap seperti dulu dan harganya pun ada yang naik juga. Aku ada tapaukan nasi goreng ketam sebab itu favourite aku selamanya kat Williams. Dulu kalau tak salah aku harganya RM18 jer, tapi kini dah RM25. Kalau sedap sanggup jer bayar mahal kan!.

20130324_191854  Hari yang sangat malas. No make up, no shawl cantik! Sila abaikan background kat belakang yang serabut (maklumlah rumah sekarang dah macam tongkang pecah ni, kat luar rumah pun terasa pecahannya =)

 

No comments: