.

.

Monday, March 11, 2013

Lambakkan!

Mesti uolls semua kenal kan tudung Fareeda? Of coz la sebab tu sangat femes emes sampaikan siap ader klon2 lagi.

Sekarang ni ramai dah yang jual tudung ala-ala Fareeda. Sampaikan kat sekolah aku pun ader ejen nya! Opppss bukan ejen Fareeda tapi tudung ala2 fareeda la. Dan yang paling banyak ialah design 3 layer color paddle pop and brooch depan. Cantikkan kan!

Menurut wardrobe tudung aku, aku ader 9 helai tudung Fareeda ni. Opps aku tekankan kat sini ialah Original Fareeda. Hahahhah motif menunjukkan! Sebenarnya tudung Fareeda ni aku beli masa Fareeda baru buat design berlayer ni. So time tue tudung ni macam lain dari yang lain, kene plak dengan color yang gojes membuatkan aku memang tak nak ketinggalan memilikinya.

Boleh dikatakan setiap tudung tu aku pakai dalam sekali dua jer. Ada juga yang tak pernah pakai lagi. (tau kat laki aku sure bising). Hahahhah. Masa aku beli tue takder la beli terus 9 helai. Kalau trus beli 9 helai sure sayang nak abiskan duit almost RM2k kan…

Masa memula beli tue memang teruja nak pakai and bila dah pakai beberapa kali, tetiba sang suami tegur aku, ‘sayang ni tak sesuaila pakai tudung macam ni. Abang tengok macam pakai topi plak!’ Terus sentap sehingga ke lubuk hati. Selama ini kurasakan diriku ini jelita dengan Fareeda, tapi tidak dimata sang suami. Ahaaaaa…

So skang ni aku sangat jarang pakai tudung berawning ni. Kalau pakai pun ke sekolah je lah. Bila ke sekolah sang suami tak de la nampakkan so takder la nak komen aku tak cantik! ahahahhaha. Apapun sekarang ni aku sangat selesa dengan memakai tudung bawal dan shawl sahaja.

Tapi sejujurnya tudung2 Fareeda memang cantik and awesome! =)

Psssstttt : ada tak yang nak beli tudung Fareeda kalau saya buat preloved?

IMG_20130309_110711 Shawl ; Elyncreation

Brooch ; Stylista Talk

 

1 comment:

missina said...

Wohaa..original tu..aku tk penah ada lg kut stok mcm ala2 fareeda tu..:)