.

.

Tuesday, April 16, 2013

Marin Bikes California

Krrriiiiinnnggg kringgg! Ingat tak bunyi loceng basikal dedulu?

Aku ingat lagi basikal pertama aku dulu! Sangat nostalgia. Rindu sangat nak patah balik zaman kanak2. Aku adalah kanak2 yang paling happy time tu bila teringat masa abah aku bawa balik basikal untuk aku. Walaupun basikal yang abah beli untuk aku hanya la basikal second hand, tapi time tu aku tak pandang punya second hand ke, 1st hand ke, yang penting aku ada basikal sendiri. Masa tu umur aku baru 7 tahun.

Dari dalam rumah aku dengar bunyi loceng krrriiiing krrrriiiiinnnngggg…aku sangkakan orang jual aiskrem, tapi bila aku keluar, kelihatan abah dan basikal. yeayyyyyyyy! memang malam tu tersenyum lebar dan aku memang tak sabar nak tunggu esok untuk tunggang basikal. Kisah aku dengan basikal hanyalah tinggal kenangan.

Kini aku tak pernah terfikir untuk memiliki sebuah basikal diusia ini. Tapi baru2 ni sang suami belikan sepasang basikal untuk aku dan dirinya! Wahhhhhh so sweeet. Katanya mengisi masa lapang bersama isteri. Daripada asyik shopping di hari minggu, baik kita cycling katanya! Huh….

Alhamdulillah aku memiliki sebuah basikal lagi. Kali ni bukan basikal second hand tau tapi yang baru dan masih dalam kotak! dan aku sangat suka basikal yang dibeli oleh sang suami. Memula aku agak terperanjat dengan harga basikal ni. Ye la kan, kalau dulu basikal ni harganya beberapa ratus jer. Takder la sampai riban2. Tapi kini dengar harga basikal pun kalah harga kereta.

Masa sang suami beli ni kat LERUN Warehouse Sale. So dapat la murah. Murah pun takder la murah sangat. Marin Bike California ni untuk perempuan 15’ dan untuk lelaki 17’ dengan harga RM1700. Mahal kan! bagi aku memang mahal. But sang suami cakap nak bagi motivasi kat isterinya untuk kurus dan buat exercise, maka dibelinya juga.

Katanya duit boleh dicari, tapi kesihatan yang baik susah nak jumpa kalau kita tak kekalkan apa yang kita ada.So sejuk hati si isteri yang asyik fikirkan baik beli handbagnya! hahahahhahah. Sayang sang suami banyak2. Terima kasih wahai monster ku!

20130407_092515 

First time on the road

20130413_214319 20130413_214859we were cycling at Putrajaya last weekend!

 

No comments: