.

.

Monday, April 29, 2013

Cinta Menyala dengan Carnelian

Salam dolly!

Haishhh bila hati gundah gulana, mula la rasa nak hiburkan hati kan! Sekarang ini fikiran aku sangat serabut! Sumpah serabut giler macam benang bersimpul dan susah nak leraikan mana satu pangkal dan mana satu hujungnya!

Macam2 nak kene buat and semuanya nak action immediately! Gosh! I am not a robot! I am not a doll! So i need some space to think, to choose and to decide  Huissssshhh semak!

Tapi sekarang hatiku dan jiwaku tenang sedikit bila dapat apa yang dihajati! Hasil kumpul duit selama 4 bulan, maka dapat juga aku memilikinya! Adoi seksa menahan nafsu membeli selama 4 bulan berhasil dengan reward untuk diri sendiri ini.

13

Tadaaaaaaaa my new collection of COACH handbag Coach Legacy Leather Duffle. OMG OMG OMG! I love her so muccccchhh muccchhh la. Berbaloi sungguh aku menabung. Tak sia2 sang suami bebel kat aku. Katanya kalau nak beli handbag ribu2, sila menabung! So start Januari, aku pun mula la menabung dan impian aku by April aku akan dapatkan si idaman kalbu ni. Tak sabar nak pakai ni!

Alhamdulillah target dah tercapai. So pasni aku nak menabung untuk Louis Vuitton BB Alma Vernis. Target aku nak capai dalam bulan December 2013 (hopefully tercapailah). Sekarang ni konsep aku menabung untuk dapatkan sesuatu. Heheheh back to basic! =)

 

pssstttt : Nantikan entry bergambar bersama si jantung hati Carnelian :) Mommyyyyy, tak sabarnya!

 

No comments: