.

.

Monday, April 22, 2013

First try & will be a favourite

Holla Bloggers!

Sihat ke uolls? Alhamdulillah, aku sihat hari ni. terasa makin sihat bila aku amalkan makanan lebihkan sayur dan buah! Sakit2 kepala pun dah takder. Syukur sangat.

Part paling best dalam masa 2 minggu aku dapat kurangkan 2 KG. Bangga kot! Hahahhaha.. Semalam la aku timbang, sebab last timbang selasa minggu lepas masa aku pergi klinik. Syukur sangat sebab amalan pemakanan aku kini makin ok. Aku dah tak pernah skip breakfast sekarang ni, dan aku sangat suka dengan amalan pemakanan sihat ni.

Semalam aku ada la beli 2 biji buah avacado. Teringin sangat bila aku dah baca tentang khasiat buah ni. Nak tau khasiat avacado? Check it out;

  1. ''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.
  2. Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
  3. Hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.
  4. Buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.
  5. Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta
  6. Buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_06.htm#ixzz2R7843dnQ
    © Utusan Melayu (M) Bhd

Ya Allah, sungguh sedap buah ni. Ini lah pertama kali aku makan. Rasanya lemak sangat. Tak manis tak masam dan tak masin. Sampai aku boleh habiskan 2 biji sekali la dalam satu pagi. Aku beli semalam, dan sangat tak sabar nak makan pagi tadi. Aku makan bersama roti wholegrain dan peanut butter (cholesterol free). Memang layan habis!

20130421_101912 Avocado bersama Wholegrain bread and peanut butter

Sampai sekarang aku masih terbayang2 kesedapan buah avacado dan hati ini tak sabar nak beli lagi. Memandangkan itu adalah buah import maka kene terima hakikat sebiji RM5.00. heheheh. Tapi memang berbaloi la dengan kesedapan dan khasiat yang dimilikinya. Bak kata sang suami duit bole cari, kesihatan yang baik sukar dicari!

So u guys boleh try and 100% recommended tuk amalkan buah ni. =) Buah ni juga boleh makan begitu sahaja dan boleh dimakan bersama roti dan boleh dipelbagaikan.

http://ricekernel.files.wordpress.com/2011/05/savory-french-toast.jpg

Pictures from google. So yummeh and healthy!

 

2 comments:

julia abu anuar said...

Mas, try avocado dgn madu sket...lg sdap. Time preggy aku gile mkn ni jgk.

missina said...

Woww..nmpk sedap..tetiba terliur plak..huhu