.

.

Tuesday, April 16, 2013

Sakit itu ujian!

Salam Semua…

Uhuk uhuk…haaaaaaacccccccuuuuuiiiimmmmmm! Banyak sangat habuk kat blog ni! Almaklumlah dah lama tak update! Heheheheh

Ok sekarang baru ader rasa nak update blog. Bukan malas tapi sangat takder masa nak update. Sangat banyak kerja nak kene settle kan sampai SAKIT aku dibuatnya! (tapi tak juga kurus).

Seminggu dah aku rasa weng2. Ntah! memang tak tahu punca. Kepala asyik pusing jer! maybe sebab stress kot. Jumpa doktor and apa doktor cakap?

Doktor; Puan, blood pressure puan rendah ni!

Aku : Oh yer ker?

Doktor : Sebab tu selalu pening, lagi satu puan kene banyak makan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan buah buahan, Puan kene kurangkan berat badan juga untuk stabilkan hormon puan. Sekurang-kurangnya 30 minit exercises 2 kali seminggu.

Aku : Ergghhhh? Blurrrr

Doktor : Puan dah berapa lama kahwin?

Aku : 4 tahun.

Doktor : Cuba puan kurangkan berat badan dan stabilkan hormon supaya puan dapat mengandung! Saya minta puan cuba kurangkan berat badan dalam masa 6 bulan ni. Buat lah puan semasa di usia muda. Puan masih ada harapan untuk dapatkan cahaya mata. Tak salah kalau kurangkan berat badan dan amalkan pemakanan yang sihat.

Aku : (terkedu….)… baiklah doktor. Saya akan kurangkan berat badan dah amalkan pemakanan yang sihat.

Doktor : Puan, harini (selasa 9 April) saya beri puan MC. Puan kene ingat, kurangkan makanan berlemak, santan, dan berminyak. Banyakkan makan sayur sayuran dan buah. JGN minum manis yer puan. Elakkan ambil minuman MANIS (ditekankan perkataan dengan nada yg sangat mendalam) yer puan.

Aku : Baik doktor. terima kasih banyak2 doktor. Saya akan ikut cakap doktor dan akan kuruskan badan saya doktor.

Doktor : Ingat puan, kurang MANIS, SANTAN, MINYAK, LEMAK dan GARAM! Lebihkan sayur, buah dan puan jgn lupa buat exercise k.!

Aku : Ok doktor. Terima kasih banyak2.

Ini lah doktor yang sangat perihatin dengan pesakitnya. Jarang sebenarnya aku jumpa doktor yang banyak bebel kat aku. Seingat aku conversation kat atas ini hanya 1/3 sahaja daripada conversation aku ngan doktor tu. Sebenarnya banyak giler doktor ni bebel kat aku sampai aku memang timbul kesedaran la nak kuruskan berat badan secara sihat.

Start from that day, aku memang dah tak ambil minuman manis. Kalau makan kat luar pun, akan minta mineral water atau minta jus buah takde gula. Dan aku rasa sangat sihat dengan diri aku kini. Alhamdulillah, pening2 pun dah makin kurang.

Hari ini genap 7 hari tak amik minuman manis. dan menu favourite aku sekarang ni ialah fruits and vege smoothie. Malas nak kunyah, maka aku blend semua and telan jer. Maka bermula la episode makan makanan yang sihat. Tapi tak tahu la berapa lama aku boleh bertahan. Harap kali ni usaha mengurangkan berat badan berhasil la.

20130413_195335IMG_20130414_113555   Fruits and Vegetables Smoothie

Blend mangga, plum, saderi, pisang, apple dan bayam. Nak sedap masukkan sesudu madu and ais batu. Memang sedap dan berkhasiat

20130415_092117 20130415_093119  Ini Berry Oatmeal Smoothie

Blend Oat, Strawberry, Raspberry, Susu, Yogurt, and Sesudu madu. Tambah beberap ketul ais batu, memang layan habis.

IMG_20130412_083220 Memula aku makan and kunyah biasa. Tapi bila malas menguasai diri, maka aku blend jer jadi smoothie. Heheheheh.

Those yang nak try smoothie ni boleh la buat untuk breakfast or dinner! Memang sedap dan berkhasiat.

 

2 comments:

LuN@_aiDi said...

wahhh yunk cedapnyer nampak..hhihihi
keep it up oke? minuman berkhasiat neh=)
i pun tak amek minuman bergula dah, dah dekat 3 months..hehe nak kurus punye pasal..hihii
tapi amek ler jugak kadang-kadang, kalau tak amek lgsng minuman bergula nnt, rasa mcm pitam lak..huhuhu

memula mmg susah, (sebab dah terbiasa) tapi lama-lama nanti dah rasa ok..
gud luck oke yunk=) mudah-mudahan ada rezeki^^_
ingat "BREAKFAST LIKE A KING, LUNCH LIKE A PRINCE, DINE LIKE A PAUPER"
tapi jgn langsung tak amek nasik, nanti sakit pulak..huhuhu
i try dapat turun 5 kilo. tapi lamabt ler..hihihi

panjangnyer i membebel!hhuhuhu take care n gud luck k ^____^

chow,

Shakila Hashim said...

Kakku syg..doc ckp tu btul..kwn sy...die xdele tembm sgt tp, nsht doc sama mcm akk..Die pegi KPJ Damansara...die diet n turun 2 kg je..then trus lekat... Bdn kite ni lain2... Moga usaha sdikit ni..membuahkan hasil..insyaallah... Ketentuan Allah xde sape tau..lov u kak..