.

.

Monday, June 17, 2013

Dah Muat OK!

Morning semua…

Ini adalah entry ketiga mengenai sepupu aku kawen ok. Setelah akad nikah, bersanding dan ini kali bertandang pulak. Tapi kisah kali ni bukan sebab aku nak bercerita panjang pasal sepupu aku lah, tapi lebih show off diri sendiri. Ahaks!

Ok semasa majlis bertandang ni kat Jerantut, Pahang. Majlisnya dibuat pada hari Sabtu. Aku and family inlaw semua bertolak ke Pahang pada hari Jumaat. Kali ni family aku tak pergi coz abah aku tak sihat so emak balik Kedah cepat2 after Majlis Bersanding kat KL tu.

Sebenarnya aku nak cerita skit pasal baju Jovian Mandagie ni. Last raya Aidilfitri, aku ader beli dari Zalora, satu baju raya dari designer terkenal Jovian Mandagie. Cantik dan sumpah workmanship dia cantik. Bukan cincai mincai macam sesetengah tukang jahit yang aku dok tempah tu.

Baju ni namanya aku dah lupa sebab beli tahun lepas. Masa beli baju ni, aku boleh pakai tapi dah macam sarung nangka pulak aku tengok badan aku. Ya Allah time tu rasa ruginya beli mahal2 tapi salah size. Fuhhhhhh menyesal tak sudah. Kene pulak aku ni yang jenis bukan pandai nak jual kat sesapa kan? Alih2 simpan jer la. Dalam pada yang sama aku hanya fikirkan aku perlu kurus untuk bole pakai baju ni.

Sampai lah pada hari jumaat sebelum bertolak ke Pahang, aku memikirkan baju yang bakal di bawa dan dipakai untuk Majlis Bertandang sepupu aku ni. Cari punya cari dalam wardrobe baju aku ni sampai lah aku terpegang baju si jovian ni. So aku try dulu la ok ke tak kan!

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku bila aku dapat pakai baju Jovian ni. Hahahaha…bila aku sarungkan jer, tetiba rasa selesa sangat dan nampak nice jer baju ni kat badan aku! Ya Allah macam tak percaya ok….mana tak nyer sebelum ni bila pakai nak zip belakang pun nyawa2 ikan dah… see how gemuk am i? Huhhuhuhu…

Sangat tak sangka bila misi menjadi nyata. Azam aku nak pakai baju Jovian tercapai. Heheehehhe… eeee tak sabarnya nak collect koleksi OrkedJM pulak. part yang paling best sedara mara yang dok puji cantik la baju aku dan aku nampak kurus la..hahhahaha itu yang best tu.

Buat masa ni azam aku kuruskan badan ialah nak dapatkan baby. Update penurunan berat aku sekarang dah 4.5 kg dalam masa 2 bulan setengah ni. Aku kene workhard lagi untuk capai penurunan 10kg. So boleh berangan la kalau dah turun berat badan sebanyak 10 kg dah boleh tukar size baju =)

20130608_110241-1

Posing ni, bajet aku ni preggy la kan! Membonjolkan perut. Moga impian aku tercapai..aminnn

20130608_131746 Sekitar majlis di Jerantut, Pahang

20130608_140145

Bersama pengantin. Masa ni make up cousin aku ni lain macam skit la aku rasa, tak macam make up kat KL yang super duper cun gilehhh. Apapun cousin, u tetap cun gilehhh juga!

20130608_135920 Pengantin ni dah lama kahwen yer! tapi kat sekolah makcik kantin dok ingat aku ni cikgu praktikal yang baru abis sekolah… sentap tak?

Makcik, wa kenal mak lu…Betul ke Bohong ? (hahahha takder kaitan)

20130608_140024 Kakak pengantin, a.k.a cousin aku yang paling rapat selepas pengantin

20130608_140037

Ini semua cucu Tok Jam dan Wan Teh. Alfatihah buat arwah atuk aku tok wan Teh!

No comments: