.

.

Friday, June 21, 2013

Jalan-jalan cari makan di Johor Bahru

Bismillah…

Salam Jumaat kengkawan semua. Sekejap jer kan dan hamir penghujung minggu ini. Syukur Alhamdulillah masih diberi rezeki dan usia yang panjang serta kesihatan yang baik.  Sama-samalah kita mulakan hari Jumaat ini dengan penuh keberkatan.

Entry kali ini aku nak cerita pengalaman aku lagi masa nak cari makan kat JB last time. Sungguh aku nak cerita yang aku memang tak berapa nak bersemangat pergi JB kan masa tu sebab tu aku tak survey lansung pasal kat mana nak pergi, kat mana nak makan and kat mana tempat yang best kat JB.Sampai hotel pun aku tak amik tau! Nasib baik colleague sang suami yang buat semuanya.

We all stayed at Paragon Hotel, JB. Boleh tahan hotelnya! Dapat view yang cantik bilik kami. Memang best and selesa. Breakfast pepagi pun not bad makanannya.

Ok berbalik cerita jalan-jalan cari makan kat JB ni,kawan sang suami la yang punya idea. Malam pertama kami ke Senibong. Kat sana banyak sangat Seafood restaurant. we all pilih 6 Corner Seafood.

936733_10200795660270414_1356772774_n Tadaaaaaa…. Makanan yang kitorang order. Meriah tak? boleh masuk JJCM tak?

20130524_224229 20130524_224249 Ini namanya ketam apa ntah!

20130524_224338 Pilih ikan apa yang korang suka..

20130524_224705 lobster…udang kara

20130524_224709 sotong

20130524_224959 ketam

20130524_225313

acara sebelum makan ialah bergambar dulu…ini lah kawan sang suami and family yang survey semua tempat best. Thanks =)

20130524_225336  pasangan yang asyik ber ‘honeymoon’ jer

20130524_230615 sotong masak sambal

20130524_230652 kailan goreng biasa

20130524_230656 ketam blackpaper

20130524_230707udang butter

20130525_082846

Siakap Steam Limau

We all having semua ni 4 orang tau and harga semua makanan ni RM245. Ok ker? Bagi kitaorang ok kot sebab makan berempat kan!

…………………………………………………………………………..

Malam kedua pulak, kami dibawa makan di Restoran Singgah Selalu. restoren ni kat tepi jalan jer otw to Danga Bay. Wah meriah la kat sini. Macam2 ada. Cakap jer nak makan apa semua ada. Masakan Arab pun ada.

Kat sini we all pilih nak makan ala thai pulak.

20130525_233431

lagi gambar pasangan yang berangan nak masuk JJCM. ehehehehe

20130525_232627 20130525_232706Kerabu mangga

20130525_233034 taufo masak apa ntah..oppss lupa la

20130525_233110Butter prawn lagi 

20130525_233153

Daging rusa masak black paper

20130525_233148

Kailan ikan masin..ok satu lagi hidangan aku tertinggal iaitu tomyam seafood. Tomyam dia memang best la bagi lidah and tekak kitorang la.

Oh kat sini harganya ok la. Macam we all makan ni semua RM145 sahaja.  Mahal ke murah tepuk dada tanya wallet memasing la. Heheheh

Malam ketiga makan kat rumah sendiri. Heheheh. Apa2 pun memang pengalaman yang menyeronokkan apabila dapat bercuti. Sangat best bersama orang yang kita sayang and selesa.

In sha Allah pas ni akan ku review pasal rumah baru. =)

No comments: