.

.

Wednesday, June 19, 2013

Legoland, Johor

Alhamdulillah…

Syukur dah masuk pertengahan minggu hari ini. Hari Rabu 19 Jun 2013, dalam diary aku penuh hari ini dengan meeting. Adoi la…meeting memanjang!

Ok hari ini sebelum memulakan kerja dan meeting, aku nak update skit dalam blog aku pasal bercuti ke Legoland, Johor. Aku pasti sekiranya terdapat pembaca blog aku ni, mesti uoll dah pernah sampai ke sanakan. Cuma aku jer ot yang baru nak pegi.

Maklumlah orang masih belum ada anak, so takder la teruja sangat nak ke sana, lain lah dah ader anak and nak bawak anak2 jalan sambil bermain kan..(Hope my dream will come true)

Pengalaman aku ke Legoland, sangat tak teruja lansung. Mungkin mind set aku biasa2 jer legoland tu, maka biasa2 lah terjadi kepada aku kat sana. Aku and rombongan sampai di sana sekitar 10.30 pagi. Kitorang breakfast kat hotel dulu, then baru gerak ke Legoland.

Sampai jer kat sana, ya ampun ramainya manusia! beratur nak masuk pun amik masa lebih kurang 15 minit la. Pastu que untuk amik stroller utk anak kawan suami aku dah 15minit lagi. Kat dalam tu tak yah cerita la sangat ramai.

Kami memulakan perjalanan ikut map. sampai stesen Project X aku dan sang suami mula beratur coz nak naik roller coaster laju katanya. we all start beratur pukul 11.50 sampailah pukul 1.35 baru dpt naik! lama tak we all beratur? Haddddoiiiii menyesal tak ingat dunia la time tu… punya la ramai.

Habis jer kat bahagian tu we all pun start berjalan lagi. Bila nak main jer game yang ada kat sana, we all rasa menyampah bila terpaksa beratur panjang. Kesudahannya we all hanya jalan2 sambil bergambar jer la. Dah la panas terik satu hal..

Makanan dan minuman kat sana tak usah la tanya harganya. Memang berkali ganda mahal la kan! Aku beli coke and mineral water botol kecil RM7.00 ok. Hahhahaha…tapi nak makan pun beratur panjang juga..nak cari seat pun susah! See, how many people there?

Apa boleh buat dah datang masa cuti sekolah kan! What do u expect? Sebenarnya aku teringin nak main semua game yang ada kat sana, tapi memandangkan tak sanggup beratur tengah panas,dan lama menunggu maka ku biarkan niat dihati ini.

Maybe len kali kalau nak datang jangan cari waktu cuti sekolah yang semua orang nak bercuti kan! ok la…bas sekolah dah hon! (rumah sebelah anak dia nak gi sekolah). So aku tinggalkan entry ini dengan sekeping dua kenangan gambar aku at Legoland!

20130525_08504020130525_084632

get ready for Saturday!

P1040962

when this kid also have ‘sawan cermin’

20130525_104835P1040976

ramainya! eeee serik kot rasa

20130525_111245

pose wajib setiap yang datang =)

P1040973

my monster … i love u la!

P1040982P1040989

mommy and daddy

P1040986

baby Queensya

20130525_124511

menelaah map! Ya ampun besarnya Legoland

P1040997   P1050002

Ini lah satu-satunya game yang aku main kat sana…

P1050009

Beratur panjang yang amat!

P1050058 P1050059            P1050019 P1050022 P1050030 P1050034P1050033  P1050038 P1050044 P1050050 P1050055 P1050057P1050087       All objects were made from Lego20130525_131956

last skali beli souvenir. Sumpah mahal giler kot! Key chain pun paling murah aku jumpa RM12 kot! itu pun kecik jer… adoiii tapi aku beli keychain besar skit dengan harga RM19.90 satu. Fuhhh

No comments: