.

.

Thursday, June 6, 2013

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum …..

Lamanya tak update blog. Bukan niat dihati nak melupakan blog ini, tapi keadaan dan masa yang tidak pernah izinkan aku untuk menulis dan mencoretkan cerita di sini. Wah berbunga pulak ayat!.

Ok entry yang aku nak update sangat ialah tentang perpindahan aku dari rumah sewa ke rumah sendiri. Alhamdulillah, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa syukurnya aku pada yang Esa kerana diberi rezeki untuk mendiami rumah sendiri. Biarpun kecik dan sederhana, namun aku bersyukur sangat.

Hari ini dah genap 18 hari aku menduduki kawasan perumahan baru ini. Tempat tidur baru, tempat mandi baru, tempat makan baru, dan tempat parking pun baru. Pendek kata semua baru bagi aku sebab pindah dirumah baru.

Tapi penat pindah rumah, packed and unpack barang masih belum habis ok. Fuhhhh. Bukan senang ok nak pindah ni. Macam2 nak kene settle. Proses sebelum, semasa dan selepas pindah sangatlah memeningkan aku. Dapat pulak husband yang cerewet lagi la pening. Adoiii

Proses sebelum, penat dan pening fikirkan pasal rumah baru, nak pack every single thing, nak settlekan dengan owner rumah, and etc. Ini tak termasuk stress kerja lagi. Memang penat uoll. Semasa pindah memang sah2 dah penat sampai seminggu. hehehhe. Selepas pindah pulak nak kene fikirkan kemas rumah, unpack all those things and macam2 la..

Apakan daya kan! aku rasa orang lain yang pindah rumah pun alami pengalaman yang sama macam aku kot. Lainlah kalau semua aku tak perlu fikir dan ada orang lain yang buatkan dan aku hanya perlu masuk rumah baru macam tu jer. =)

Sekarang aku dah pun berada di dalam rumah baru di mana aku anggap ia adalah syurga duniaku. Harap ia adalah syurga dunia sehingga akhir hayatku. Amin.

20130512_184334Hope this place will create more lovely life =)

20130529_100639 Terima kasih wahai syurga sewaku kerana memberi service yang sangat baik.

20130519_10511820130519_124318  Kengkawan yang tak jemu membantu kami20130519_105123 A big thanks to them who always help us. Banyak giler barang we all sampai 2 round Lori and Van besar.

1 comment:

HaFizaH aYu said...

Sis cntik umh tu klau dh stat deco2 msti best