.

.

Tuesday, June 25, 2013

Tahap Hazardous Kot!

Entry Memalam!

Hari ini sekolah seperti biasa… keluar jer dari rumah aku rasa aku tak bermaya nak tempuh jerebu ke sekolah.

Sesi persekolahn seperti biasa. Murid pulak almost 50% dari jumlahnya yang hadir. Untuk kelas aku hari ini hanya ada 3 kelas sahaja dan setiap kelas hanya ada 6-7 orang murid sahaja. How bad a number of my student!

Aku tahu faktor jerebu buat anak-anakku tak dapat hadir ke sekolah.

Semua murid dan guru di sarankan memakai mask. dan jerebu seolah2 tak tahu erti mahu pergi malah ingin mendiami bersama kami. Jarak penglihatan makin kabur dan mata mulai pedih. Aku sangat kesian tengok anak-anakku yang mengadu sesak nafas, pedih mata, sakit kepala and macam2 hal lagi!

Sekolah seperti biasa dan pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu bila cikgu sendiri yang tak mampu nak mengajar dek kerana mata pedih dan sakit tekak.

Masa senggang yang ada aku cuba tgk update terkini IPU tetapi tiada yang terkini dan hanya yang aku jumpa status pagi tadi. Rasa dah tahap hazardous kot kat sekolah aku ni.

Aku mulai rasa lega bila mendengar guruh berdentum, tapi malangnya kawasan sekolah aku tiada hujan yang turun!

Alhamdulillah bila hujan turun dengan lebatnya di kawasan lain berdasarkan laporan FB. Bila balik rumah juga aku dapat bau hujan yang baru berhenti. Syukur sangat!

Tapi kini, kepala aku dah start sakit dan mata dah merah. mungkin akibat jerebu. Aku berharap mentari akan muncul esok dan jerebu akan pergi meninggalkan kita. Amin.

 

No comments: