.

.

Thursday, July 11, 2013

Busy on Offday

20130707_103432

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan untuk menyambut bulan yang baik ini Bulan Ramadhan.

Kesempatan ini, aku mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh penulis blog ni secara sengaja atau tanpa sedar. Sekiranya penulisan di blog ini berbaur kemarahan, sakit hati, keangkuhan dan takbur pada pandangan pembacaku, ku mohon ampun dan maaf sebab tak pernah terniat untuk membuat pembaca blog ku ini terasa begitu. Ia hanya sebuah diary dari hati.

Bersempana bulan yang mulia ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Moga bulan ini memberi kita penuh keberkatan. Insha Allah.

Ok entry 2nd ramadhan ni aku nak cerita pasal hari sukan sekolah pada minggu lepas. Ya ampun busy sungguh bila hari sukan, macam biasa akulah cikgu yang sama macam tahun lepas in charge perbarisan rumah. Tapi tahun ni ada cikgu lain yang khusus untuk perbarisan rumah sukan. Walaupun aku hanya membantu, tapi ia juga masih dibawah tanggungjawab aku juga. Maklumlah penolong ketua rumah sukan kan!

So hari sabtu lepas aktiviti penuh kat sekolah jer lah, then balik rumah dah letih sangat dah! Ok let have some pict of my sport day. 

20130706_080243

cikgu rumah kuning dan merah!

20130706_07411220130706_091833 Ini lah perbarisan rumah sukan aku. Rumah Merah. Kalau tahun lepas rumah merah dapat tempat kedua perbarisan, tahun ni…errrmmm dapat tempat terakhir iaitu 4. Aku pun tak tau mana silapnya!

……………………………………………………………………………………………………….

Permulaan Ahad, dengan bangun solat Subuh kemudian terus kemas rumah and sediakan breakfast. Sang suami cakap kalau nak shopping hari ini kene keluar rumah seawal pagi. Adoiii, penat semalam tak habis lagi tapi ku gagahi juga sebab nak shopping baju raya kan.

20130707_105622

Setelah selesai semua kerja rumah, dalam pukul 10pg aku dah siap lengkap dan bersedia untuk keluar. Wah awal juga la tu aku rasa. Destinasi pertama kami ialah Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur. Wah shopping kat hotel nok?

Kami ke sana sebab Hatta Dolmat launch baju raya kat sana. So nak tengok and beli baju raya yang awesome tu kat sana la. Sampai jer sana jalan ke Jalan TAR masih clear. Sampai jer Sheraton, aku jadi macam rambang mata kot…Bukan aku jer, laki aku pun sama. Katanya semua cantik jer design nyer.

So pilih punya pilih maka decided amik sepasang jer! ahahahhahaha. Amik ko! takper, bukan baju Hatta jer nak pakai kan…opsss yang dah tempah pun belum collect lagi..ngeee

20130707_12111520130707_164644

Sepasang dah cukup buat masa ni coz masih memikirkan baju yang ditempah. Tapi baju sang suami belum tempah lagi. =) Heheheh..baju suami takper later pun boleh! Tak pun pakai jer baju tahun2 lepas. Hahahahahah

Ok lepas keluar Sheraton nak menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman pulak coz nak jejalan sambil cari baju raya kat sana. Malangnya jammed yang amat teruk nak ke sana, sampaikan nak parking pun susah! maka kami teruskan perjalanan ke Mid Valley.

Pada asalnya destinasi ketiga adalah Mid Valley, memandangkan destinasi kedua cancel makan teruskan dengan destinasi ketiga. Kami ke Mid Valley sebenarnya nak redeem points credit card aku ni.

Tahun ni banyak juga la point yang aku dapat, maklumlah dah 2 tahun kumpul point and now time to redeem. Sampai jer kat Maybank Treats Fair, aku dah macam blur and tak tau nak redeem apa. Ikutkan hati nak redeem jer semua. Hamboi bajet points yang aku ada ni berjuta. Hehehehe

Last2 dapat pulak jumpa Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah kat sana. Dorang buat show time aku ngah fikir nak redeem apa tu. 

20130707_14560120130707_145556

1st time jumpa Faizal Tahir in real. Not bad and ok2 la…Suara dia memang power habis!

………………………………………………………………………………………………………………

Lepas jer selesai kat Mid Valley, ikutkan perancangan akan ke Tesco pulak coz nak beli groceries untuk keperluan puasa ni. Tapi plan ke sana terpaksa batal coz kene balik rumah. Sebabnya ada orang dan datang hantar Kufi yang di tempah.

Last 2 week aku ada menempah kufi Ayatul Qursi, so last sunday dah siap and dorang buat penghantaran lagi. Alhamdulillah, aku sangat suka dengan kufi ni. Kalau korang berkenan bole ke sini Kufi On Canvas . Sangat cantik dan sangat puas hati.

Apa lagi aku dan sang suami bersusah payah pasangkan kat dinding petang tu juga. Tak sabar punya pasal. =)

20130707_18394120130707_190959

Tadaaaaa…cantik kan kufi ni? Me loike it!

Sesudah Maghrib, aku dan sang suami meneruskan perjalan ke Tesco untuk beli barang dapur. Balik rumah masing2 dah penat and kebabom.

………………………………………………………………………………………………………………

20130708_141840

Yeahaaa, senin aku cuti peristiwa sempena hari sukan. So Senin aktiviti teman sahabat a.k.a BFF shopping pulak. Ke mana destinasi kami? Kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Memandangkan senin kan hari bekerja, maka jumlah manusia kat sana tidak la begitu ramai dan parking pun sonang. Kat sana we all jejalan sambil kuarkan duit dari wallet memasing. Hahhaha.

Yang paling best we all jumpa Butik Yatt Hamzah! Suci by Yatt Hamzah ni terletak di Tingkat 4, MARAkesh Busana Mara. Erm masa we all datang ni Yatt baru habis shooting ngan utusan Malaysia.

MasyaAllah sungguh cantik Yatt Hamzah in the real life. Apatah lagi bertudung manissss sungguh. Dah la cantik peramah pulak tu! Baik sangat layanan dia dengan kami, Siap dia buatkan tutorial tudung lagi. Best sangat dapat beramah mesra dengan selebriti yang ramah mesra macam ni.

20130708_142159

Ini lah tudung yang dipakai oleh Yatt kepada kami… hehehehe Muslimah sejati tak aku? heheheheh. Cantikkan Yatt Hamzah?

Ok la sampai sini untuk kali ini. Nanti next entry plak k pasal Ramadhan Challenge.

No comments: