.

.

Monday, July 22, 2013

Indahnya Iftar

Salam guys, 

Hari ini dah hari ke 14 kita berpuasa, Alhamdulillah... 

Kelmarin (ahad), dalam sejarah aku masak seorang diri untuk tujuh hidangan masakan dalam 4 jam! Terasa hebat sangat, hehehhe.

Kelmarin, adalah hari dimana aku menjemput adik lelaki aku dan sepupu sepapat aku yg tinggal kat KL ni berbuka puasa kat rumah baru aku. Sepanjang perpindahan kami, ini lah pertama kali aku menjemput orang datang rumah. Sebelum ni ada juga jemputan, tapi takder la masak bagai! 

So last sunday, aku pun masak. Antara menu yang dimasak 

1. Rendang Daging
2. Lala masak cili
3. Udang masak lemak cili api dengan nenas
4. Siakap 3 rasa
5. Ayam goreng
6. Buah melaka @ onde-onde
7. Tiramisu cake
8. Nasi putih

Semua ni aku masak dari pukul 3 ptg sampai lah 7 malam. Aku sendiri pun tak menyangka yang aku boleh masak sebanyak ni. waaahhh! Dan paling tak sangka semua masakan aku mendapat sambutan dari guest. Sedap dan licin. Itu yang paling buat aku gembira dan hilang rasa penat masak.

Alhamdulillah majlis iftar kat rumah aku berjalan dengan lancar dan bertambah meriah lagi apabila sang suami menjemput seorang kawannya. Sangat seronok bila iftar bersama adik beradik dan sedara mara. Lepas ni sudah pasti ahli keluarga mertua aku pulak yg akan datang untuk memeriahkan rumah aku. Seronoknya.

Gambar yang sempat snap :)




1 comment:

HaFizaH aYu said...

Tudiaa tiramisu mngugat imam ptg2 ni hehe