.

.

Friday, July 5, 2013

Orked yang indah!

Oh la la….Semekom Jumaat!

Hari ini aktiviti aku penuh dari pagi sampai petang. Sebelum ke sekolah aku kene pg shopping dulu (as always my fav things). oppss bukan shopping barang aku tapi barang anak-anakku sebab esok ada hari sukan. So si ibu la yang gementar and sibuk dengan persiapan untuk acara perbarisan. Seperti tahun lepas, juga masih handle perbarisan utk tahun ni bersama guru lain.

Ok sebelum aku nak pergi shopping ni, aku nak cerita skit pasal aku shopping kat Tesco. uoll semua mesti tau kan pasal Jovian Mandagie? Mestila kan coz uolls semuakan fashionista and setakat fashion designer Malaysia celah gigi jer kan.. hehehe

Last month JM ada kuarkan rekaannya yang akan dijual di Tesco. Rekaan yang dijual di Tesco ni namanya ORKED by JM. Orked ini pulak harganya murah dari rekaan JM yang lain. Wahhh tengok jer iklan tu, aku ni meronta2 la nak beli… Apa lagi buat pre order terus kat Tesco Website. Bila dah buat preorder so aku rasa memang secure la kan and aku akan dapat.

Sepatutnya sesiapa yang buat pre order boleh collect kat Tesco pada 22 Jun 2013, tetapi ditanggunhkan sebanyak 2 kali sehingga lah ke satu tarikh iaitu 1st July 2013. Penangguhan utk collect ni aku tak berapa nak kisah sangat coz aku tak perlukan baju tu dengan kadar segera. So 1st July tu penuh semangat nak collect and sebelum ke sekolah terus ke Tesco Puchong (aku select tempat ini untuk collect)

Sesampai jer kat sana, bayang2 baju pun tak nampak! yang aku nampak hanya signboard Orked by JM jer. Aku pun tanya la org Tesco and dorang suruh aku tunggu. After 15 minit baru la Tesco staff tu datang tanya aku macam2 pasal item yg aku nak collect and aku tunjukkan preorder form yg aku buat online tu. Afterthat they asked me to wait.

Selepas sejam aku tunggu, tetiba datang bagitau aku kene tunggu Manager dia masuk dulu baru boleh release barang….Allo! aku ni habiskan masa kat sana without nothing and ko suruh aku tunggu Manager ko plak. Manager dia masuk petang! Hangin la aku seketika masa tu..

Ermm,pastu aku dah malas and terus ke sekolah. Aku dapat update tentang store kat Puchong pun dari IG. So hari selasa malam, ajak sang suami teman utk pg amik la baju ni. Akhirnya dah boleh collect dan masa aku nak collect tue aku nak juga try kot2 tak muat ke kan size yang aku pilih. Umangai ramai pulak beratur nak fitting baju Jovian ni. Masing 2-3 pasang baju. Sure lama menunggu. Aku pun dengan sabar menunggu.

Akhirnya aku dapat juga Orked by JM ni.Hanya 2 pasang jer suit dengan aku. Pastu yang paling best dapat shawls free dari Jovian dengan pembelian Orked ni. =) Thanks JM for the complimentary shawl. Apapun aku suka dengan Orked ni.

20130702_233238

over kan!

20130703_000313

20130702_234320 OreenaPinkCover   

Tadaaaaa…Ini lah baju yang aku sambar dari koleksi kali ni. So next nantikan Fabeena from Falling Feather Collection by Jovian Mandagie =)

Ok bye! Menyampah tengok lelama coz baju ni nampak cantik sangat dengan model ni tapi bila aku pakai tak secantik dalam gambar!

1 comment:

Elyn Sani said...

Wah dh ado bj raya!! Jelesss