.

.

Thursday, August 22, 2013

Anugerah Syawal Kami

Alhamdulillah laptop aku dah ok and now nak update entry raya! Fuhhh dah beberapa entry sebelum ni aku taip guna iPad and phone jer.  Tapi malangnya menaip kat laptop lagi best dan feeling dia tu lain skit kan!

Ok, sebelum ni asyik baca entry orang jer pasal hari raya, aku plak masih belum update lagi. Sementara masih ada kelapangan sebelum aku sibuk nak siapkan kerja sekolah, ni nak cerita lah pengalaman raya aku kat kampung!

Sememangnya sangat seronok bila beraya di kampung bila semua adik beradik aku balik  beraya bersama. Yang paling best bila kami mendapat Anugerah Syawal iaitu adanya anak buah aku raya kali ni. Dah besar pun! Umor si kecik tu sekarang dah setahun lebih…

Ya Allah rumah jadi meriah sangat dengan gelak tawa anak buah aku ni. Walaupun dalam hati terdetik mesti lagi meriah rumah aku andai anak buah aku ni ada sepupunya iaitu anak aku, tapi keletahnya buat aku mula lupakan kesedihan hati ini.

Alhamdulillah, raya kali ni dah tak ramai nak sibuk tepi kain aku yang stylo milo dengan sequin ini. Hahahhaha! mungkin ramai yang mendoakan agar aku cepat dikurniakan cahaya mata dari bertanyakan dengan aku.

Selain itu juga, keluarga besar kami makin besar, bila sepupu sepapat aku yang dah berkahwin masing2 balik beraya kat kampung tahun ni. Maka lagi meriah la kat kampung.. =)

Ok kat sini ada a few moment pict raya pertama. Untuk raya kedua, ketiga dan seterusnya akan aku update k.

IMG_0132

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Suami Isteri….Hope next year, pict bertiga plak la! Doakan yer

mmexport1376065156350

Setiap tahun, pelita akan dipasang dihalaman rumah aku and nenda!

DSC_0138

rutin setiap tahun! Tak pernah miss buat ketupat

DSC_0126

Chef of the day! So rendang untuk raya di masak oleh sang suami.

DSC_0165

Mula berkumpul sepupu sepapat aku!

DSC_0168

Jemput makan yer.

Menu of the day

Red Valvet (aku baked), Nasi Beriani by Chef Bugs, Ketupat, Rendang, Kuih Raya

DSC_0161

Rumah aku ni rumah tempat saudara mara berkumpul, malah tempat org kampung jua bramai yang suka datang…maklumlah bapak aku ni PENGHULU kampung…hahahha joking pasal penghulu! So kat luar juga ada dihidangkan ketupat rendang n kuih raya

DSC_0156 Ini la buah hati pengarang jantung

IMG_0140

Alahai…

DSC_0213

Mama, Papa and Arrisa

IMG_0089IMG_0133 2 beradik yang dah berkahwin

IMG_0119 Sibling

IMG_0122   DSC_0186

Mak bonda, Mak ngah and sepupu sepapat!

IMG_0063          Sepupu sepapat…semua pipi telurrrrr!

DSC_0190

Ini sepupu sepapt lelaki and ayanda and pakngah!

DSC_0205  Bersama nenda

DSC_0226 Bergambar bersama jiran sebelah

DSC_0234 DSC_0251

Ok pict terakhir 1st day raya, bunga api malam raya pertama!

 

No comments: