.

.

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan 2013 Review

Sedih dan rasa ingin bersama Ramadhan lagi. Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita akan meninggalkan Ramadhan ini. Oh Syawal, datang lagi!

Indahnya Ramadhan kali ini. Ada ujian dari Allah untuk aku Ramadhan ini. Aku hanya merancang dan Allah tentukan semuanya! Ku pegang kata2 ini yang ku dengar dari seorang ustaz ‘ org yang beriman, pasti akan diuji olah Allah’. Aku redha dan terima ujianNYA, dan bersyukur sangat sebab aku masih dibawah lindunganNya.

Ramadhan yang penuh dengan ujian untuk ku dan sesungguhnya aku bersyukur sangat atas ujian ini kerana sekarang aku rasa aku lebih kuat dan tabah! Apa ujiannya hanya Dia yang tahu. Cukuplah aku berkongsi sekadar ujian. Ujian yang aku terima pada mulanya aku rasa kenapa aku? Why me? Tetapi kata2 di atas buat aku redha dan terima ujian ini dengan hati yang ikhlas. Keadaan ini juga buat aku lebih dekat denganNya. Alhamdulillah, ku rasa kasih sayangNya. Syukur Alhamdulillah!

Disebalik ujian Allah, rezeki Allah juga mencurah2 untuk aku dan sang suami. Alhamdulillah. Semua yang berlaku dirancang dengan begitu indah dan baik sekali untuk hambanya. Aku belajar sesuatu dalam Ramdhan kali ini. Janganlah sentiasa mengeluh andai apa yang dihajati dan dirancang tidak menjadi, sebaliknya bersabar dan terima dengan hati yang penuh redha sebab rancangan kita tak sehebat rancangan Allah S.W.T. Aturannya sangat indah buat hambanya! Yess aku belajar semua ini! Syukur sangat.

Kini aku hanya mengharap ini bukan Ramadhan terakhir buatku. Di kesematan ini aku ingin mohon ampun dan maaf atas segala ketidak sengaja aku menyakiti atau membuat pembaca blog aku ni terasa hati secara lansung ataupun tidak lansung. Memang tiada niat lansung tau nak sakitkan hati orang ni. Di sini juga aku ingin nyatakan aku maafkan semua kesalahan dan kesilapan korang semua kat aku samada secara lansung atau tak. Tapi be honest aku rasa korang semua takder salah lansung dengan aku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin =)

 

Love

No comments: