.

.

Wednesday, August 14, 2013

Tesco Delivery

Salam Rabu uolls…

Ok ini entry fresh from oven kot! Aku nak share yang sekarang ni Tesco ada buat delivery groceries. Senang bukan!

Alkisahnya begini ~

Semalam, aku dok belek dapur and terfikir nak masak, godek punya godek dapur aku ni rupanya banyak barang yang dah habis. Maklumlah balik dari kampung kan! So barang dapur pun last kopek sebelum raya kan!

Tetiba aku terfikir masa kat kampung dulu aku ader ternampak iklan TESCO DELIVERY untuk sekitar Lembah Klang! So trus aku capai iPad and terus buka Tesco Website! Bila check jer website TESCO ni kawasan rumah aku adalah kawasan yang dorang buat delivery! Wahhhhhh, senang nya hidup.

So apa lagi aku pun pilih la barang apa yang aku nak then purchase! Ok payment bayar masa dorang hantar barang. Bukan bayar online la. Lepas tu cara pembayarannya, mereka hanya terima kad sahaja. Mean credit card, debit card. So easy kan!

Lagi satu kita bole pilih waktu bila nak TESCO hantar barang tu kat kita. Macam aku aku beli semalam, hantar hari ini dan aku pilih pukul 10 am- 12 pm. So tepat pukul 10 tadi trus rumah aku di din dng bell! hehehehehe punctual kan?

Alhamdulillah semua barang yang aku nak, aku dapat! Kena check dulu la masa dorang hantar tu! Bila dah check barang tu, maka boleh buat payment.

 DSC_0314 Cenggini la lori TESCO yang datang hantar barang

DSC_0315 Ini barang yang aku beli

DSC_0316 Pisang yang aku order pun cantik jer…takder la masak ranum sangat and aku masih bole simpan untuk 2 3 hari lagi la kan!

DSC_0317 even buah yang dihantar pun masih fresh n cantik. Tak ader la busuk ker or almost busuk ke kan! Sangat puas hati la..

DSC_0320

Paling puas hati ikan kembung ni! Saje la try order ikan coz nak tgk ikan yang dihantar segar ke tak! Tapi Alhamdulillah puas hati giler when tgk ikan ni mata dia masih segar bugar !

So far, good job TESCO and keep it up!

Jangan susahkan diri nak keluar rumah, cari parking and habiskan duit minyak! Just click at home and pay at your door!

http://www.tesco.com.my/

 

1 comment:

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Hehhh!!! Syiok la shopping groceries cenggini... Puas hati... Sambil baring leh shopping groceries... Wwweeeeeee!!! Selamat Hari Raya!!! ::.