.

.

Saturday, September 21, 2013

Pavlova on Saturday

Pepagi jom layan pavlova. Alkisah pavlova ni baked tuk seorang tetamu istimewa, tapi malangnya tuan rumah pulak ada hal yg tak dapat dielakkan!

Maafkan saya wahai Puan Memey. Special for u. Bangun pepagi finish kan pavlova ni.

Base dia dah baked mlm tadi. Pagi ini bangun siapkan fresh cream n decorate.

Resepi pavlova aku sangat la senang;

Bahan-Bahan
4 biji putih telur size A
1/2 cawan gula castor (resepi asal 1& 1/2 cawan gula)
1 sudu kecil cuka masakan 
1 sudu besar tepung jagung
sedikit esen Vanilla
Fresh Cream
Buah-buahan
Chocolate

Cara membuatnya;
1. Pukul putih telur sampai kembang. Kalau nak tau dah kembang ke belum, pastikan telangkupkan bowl tu. Kalau putih telur tu tak jatuh, maka confirm dah kembang
2. pastu masukkan gula dan pukul hingga bertanduk  dan berkilat adunan tu.
3. Kemudian masukkan tepung, cuka dan esen vanila dan kaupkan dengan spatula
4. Panaskan oven dalam suhu 120 darjah, selama 10 minit.
5. Adunan tadi diletakkan di atas dulang oven yg dilapik baking paper. Bentuk boleh ikut suka hati =)
6. Kemudian adunan tadi dibakar sehingga 1 jam 30 minit sebab aku suka pavlova yang garing n rangup! 
7. Bila dah keluar dari oven biarkan dia sejuk, kemudian sediakan fresh cream dan buah-buahan ikut kesukaan masing-masing.
8. Bila dah sejuk letakkan fresh cream kat atas pavlova tersebut dan hiaskan dengan buah-buahan yg berwarna-warni.

Kalau korang tak faham resepi ni boleh google la resepi Pavlova lain k =). 



2 comments:

yaya said...

Teringin rasa nya nk menjamah desert dr si pembuat desert ni..hehhe.. sumenya mcm sedap2..jehe

Reflisia said...

Sayang Yaya, jemput datang KL k and i blanja u makan desert =)