.

.

Thursday, September 26, 2013

Pizza & Services

Hi there,

Mood rajin sangat nak update blog since aku depan Lappy memanjang ni! Ngeeee

Ok sekadar berkongsi cerita kan! Semalam 25th Sept, timing kene sangat aku nak belanja anak-anak makan besar! Huh? Makan besar mana agaknya. Tapi kalau 60 org anak tu makan besar pun sekadar kacang tanah sorang 2 biji jer la kot aku mampu. Heheheh

Since aku sayang dorang and pernah berjanji nak blanja dorg makan, maka aku tunaikan pada 25th Sept 2013. Aku tak nak dikata mungkir janji! Sebab bebudak ni kalau berjanji dorang ingat sampai mati. So nak tak nak kalau dah berjanji baik tunai kan!

Seawal pagi bangun semalam trus order Pizza dari Domino's. nasib baik la dorang terima order seawal jam 10 pg. Good services! So by 11am dorg dah bleh anta ke rumah aku. Happy sebab aku malas nak pergi outlet and order.

Jam ditangan menunjukkan jam 11.15am, tetiba bell rumah aku ringging. So jangkaan aku memang benar belaka (mcm tajuk lagu tak?), delivery boy da terpacak depan gate!

'kak, banyak beli pizza?'.... 'akak nak buat kenduri dik oi!'

So aku bayar 10 regular pizza + set chicken dengan harga RM230. So after that boy gerak jer dari rumah aku, aku pun check 1 by 1 all the pizza. Unfortunately, 8 dari 10 pizza tu semua dah tunggang terbalik. OMG aku sangat sedih. takkan nak bagi anak2 aku makan pizza yang macam TETTTTTTT ni...aku sendiri tgk pun tak lalu. Inikan pula nak bagi org makan, rasa macam tak ikhlas pulak kan!

Aku mula rasa nak nangis masa tu, terasa sangat sedih dan terkilan. Aku trus kuar kereta dari porch nak ke sekolah dengan perasaan sedih sangat! Masa nak kuar simpang rumah, aku terfikir nak complain and trus call Domino's.

Aku dengan rasa sedih and habis polite la complain. Alhamdulillah complain accepted. Domino's was giving me the best service when they sent the new pizza to my sekolah. Wahhhhhh! Masa tu aku rasa happy sangat. Aku rasa service dorang memang tip top la. Erm....aku fikir kalau kita complain dengan cara baik, maka layanan yang diberikan juga akan baik kan! Cuba complain siap dengan maki hamun skali, sure dorang pun malas nak layan kan! So apa pun terjadi, cuba fikirkan positif dulu and jangan cepat melatah atau marah. Ceeeewaaaahhhh. Good Job Domino's Pizza. I love u la and i will support u! heheheheheh

Paling buat aku happy, bila anak2 aku happy dapat makan pizza free semalam kat sekolah. Walaupun sorang dapat sekeping jer, tapi perasaan makan bersama cikgu and kengkawan yg buatkan mereka happy, i guess.

Nak tengok tak rupa pizza yang memula aku dapat?

Dah tak nampak rupa pizza kan...




Tapi aku pulangkan 8 pack regular pizza ni dan digantikan dengan yang baru. Bak kata delivery boy yang hantar ke sekolah tu, maybe laju sangat kot delivery boy yang 1st tu bawa motor. Takper la. aku tak salahkan sesapa pun, asalkan aku dapat pizza yang baru. =)

Yeay...makan pizza. See tangan my son yang tak menyempat nak makan!

Mommy love u....muka happy dapat makan!



No comments: