.

.

Thursday, October 17, 2013

Stop Wishing & Start Doing

Salam blogger,

Wahhh kita dah sampai pertengahan Oktober 2013 kan! Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Esoknya dah masuk 2014.

Sekarang ni kat sekolah aku tengah final exam. PMR baru jer habis minggu lepas. So cikgu2 kat sekolah aku masing2 busy dengan marking exam paper and marking PBS paper. bukan marking jer kerja kitorang ni, malah kene berebut nak masukkan markah budak dalam sistem. Rutin setiap tahun (padahal baru 2 tahun kan). Sekarang pun aku sambil key in markah budak dan sambil menulis blog.

Tetiba malam ni rasa perut sangat la sendat coz makan nasi goreng pukul 8.30 malam bersama sang suami. Malam  ni aku masak nasi goreng jer. Nasi pun amik nasi semalam yang tak habis aku simpan jer dalam fridge pastu hari ni panaskan dan goreng. Simple kan makan laki bini ni.

Ok, aku terasa diriku dah makin berat semula. Sejak lepas raya Aidilfitri ni, aku ni asyik makan nasi jer. Dulu masa dok rancak diet tu nasi ni ku pandang sepi jer. Smoothie la peneman perutku. Tapi sekarang, smoothie dah jadi kadang kala pulak. Hadoiiiiii

Sekarang berat aku masih maintain, tapi badan aku dah rasa ada 2 3 4 lapis kot! Dah macam kek lapis dah ni. Sudah! ini dah rasa kes berat ni. Dah kene kuatkan azam kurus balik ni. Mungkin pemakanan aku yang buat perut berlapis kot. Walaupun berat maintain tapi makan banyak karbo dan protein ni buat perut jadi kek lapis kan!

So how to start again?Stop wishing and start doing babeh. Kalau dok berangan jer badan cantik tapi tak der effort nak kuruskan badan, mana dapat badan cantik dik oi! Maka dengan niat nak mula, bermula esok Jumaat 18 Oct 2013 akan ku mulakan misi menurunkan berat badan sehingga menjadi 55kg sahaja berat aku. Skit jer lagi nak capai target ni. Go baby go!

Perasan tak perut dah jadi kek lapis? Euwwwwwww




1 comment:

Elyn Sani said...

I tgk u menten je beb!!