.

.

Wednesday, November 20, 2013

KVERT Fashion Show at Flamingo Hotel

Holla Guys...

Senyum di pagi hari sebelum memulakan hari.

Sempena hari Rabu yang indah ni, dah 3 hari cuti sekolah. Tapi aku, masih bekerja kerana aku dilantik menjadi pengawas SPM. Selagi exam SPM tak habis lagi, maka aku punya kerja belum selesai. Masih bekerja. Tak sabar nak cuti ni.

Bergambar di Red Carpet gitewww..

Ok, cerita last sunday, aku menghadiri satu event iaitu KVERT Fashion show. KVERT tu apa? Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga. Kvert ni lokasi nya di Setapak.

Fashion show ini berlokasi di Flamingo Hotel, Ampang. Ini macam 1st time kot aku ke Fashion Show. Maklumlah aku ni bukan retis yang selalu dapat jemputan untuk ke fashion show ni kan. Tapi bagi aku fashion show ni sangat sesuai buat aku as a ERT Teacher. Sekurangnya pengalaman yang aku ada ni boleh berkongsi dengan student.

Fashion show ni mempamerkan collection dari designer Malaysia seperti Syomir Izwa, Sazzy Falak, Rasta Rashid, Hazzerwan, Zen Chi, Arena Butik, Bon Zainal dan Datuk Zainuri. Seorang designer dari Thailand iaitu Whimsical juga turut mempamerkan koleksinya. Bukan calang-calang kan designer yang ada. Memandangkan penganjurnya KVERT maka kebanyakkan model-model adalah student KVERT sendiri.


List of designer 
The itinerary of event 

Salute la bebudak KVERT ni coz dorang ni dah macam model sebenar. Inilah kelebihan dorang yang belajar kat KVERT ni. Boleh berjumpa dengan designer, boleh bekerja dengan designer tersohor dan mendapat pendedahan yg awal dengan bidang peragaan. Best kan!

Aku jeles ngan kawan2 aku yang dapat posting kat KVERT ni. Macam2 dorang tahu. Dari yang zero pasal make up sampai la sekarang ni stylo milo ok. Sampai dah jadi MUA. Rezeki masing-masing kan! Apa pun advantage kat aku juga boleh belajar dengan dorang, free jer kan! Hehehheh

Jom tengok gambar aku dan girlfriends sekitar event tersebut =)

Bersama lecturers KVERT..dorang ni semua dulu DPLI ngan aku kat UPM.
Tahun lepas posting dorang dapat posting kat KVERT. 

Bersama BFF aku, Eida Hasrul. Ini cikgu ERT macam aku.

Tuan empunya blog

Our table

The Stage

The table

Buku Program

Syomir Izwa Collection...ampun gambar kurang best sebab guna hp jer.


Sazzy Falak Collection
Upacara Penutup

My Ladies...love them so much.

My crime partner, Hanis

Kak Tina, my best PR person

Personal pict with Syomir Izwa. He's very humble and aku tak sabar nak serbu Boutique dia ni.


Rupanya Syomir Izwa ni memang rapat dengan kengkawan aku ni dr KVERT. Almaklumlah Syomir ni dulu belajar kat KVERT kan.


Berpeluang bekenalan dengan Acik Rohayah yang sangat baik and friendly. 


Ini pula bersama Owner Shiseido Beauty kat Setapak.
Untungkan bila dapat tambah kenalan.


No comments: