.

.

Tuesday, November 19, 2013

Online Shopping - Bad Experience

Assalamualaikum,

Aku, memang suka shopping! tak kira la online ker, realiti ker, memang habit membeli. Oppsss that is bad habit kot. Kalau stress mesti nak shopping. Tak dapat shopping kat Mall, aku shopping jer online. So memang banyak sangat pengalaman samada yang indah dan pahit yang aku lalui.

Entry kali ni aku nak cerita yang pahit yang pernah aku lalui.

1. Kene Tipu
Yess, aku pernah kene tipu. Hahahha bukan kene tipu barang tak sampai, tapi kene tipu dengan status barang. Tulis kat gambar baju tu 'READY STOCK'. So aku tanya la baju ni ada lagi tak? Tokey cakap 'ADA'..... so bila dah buat payment and dah bagi details, tokey tu cuma cakap ok jer. Tunggu esok punya esok tiada tracking number. Bila ditanya dah hantar belum barang saya? tokey tu jawab ini 'PRE ORDER'. Sakit hati tak bila kene tipu camtu? Pernah juga aku kene tipu beli barang lain, dapat barang lain. Sakit hati kita. Tapi aku masih redha. Fikir positive bukan rezeki.

2. Barang Tak Sampai
Kes barang tak sampai ni pernah jadi juga. Aku ada beli shawl from satu butik online ni. Cantik sangat shawl ni bila tengok kat picture butik ni. So aku pun beli la dengan harganya RM89 + postage RM7. Payment made and tokey butik kasi tracking number. Ok sabar menanti. Menanti dan menanti tapi shawl yg diidamkan tak kunjung tiba. Bila check tracking number rupanya posmen salah hantar ke rumah orang lain. So macam biasa aku mengadu dengan tokey butik. Jawapan yang sangat kecewa, 'itu barang u, so u kene buat report kat shipping company' . Oh macam tu eak. Bila jual barang, and barang tak sampai kat costumer, maka bukan tanggungjawab tokey la eak? So simple kan buat duit. Janji dapat duit dan lepas pos barang sudah, settlekan keje peniaga online ni. Haishhhh

3. Bad Service
Hahhahah... cakap pasal bad service ni, aku sampai penah ugut la dengan sorang peniaga online ni. Alkisahnya aku ni kalau nak membeli memang banyak soklan akan ditanyakan. Maklumlah skrg ni kalau nak purchase, whatsapp jer kan. So masa whatsapp macam2 soalan la aku tanya. Kang kalau tak memenuhi kehendak takkan nak beli juga kan. Ada peniaga ni macam mendesak aku kalau aku tak beli aku ni akan dikira 'BACKOUT BUYER'. Hello, aku baru bertanya tentang produk, bukan aku order and tak bayar and senyap jer. Tak ke hangin satu badan? Kelakar plak kekadang tu. Nasib baik produk dia tu bagus. So aku beli juga. Ada juga online butik ni yang jenis layan costumers pun tak pandai. Bila reply email, sms, pm or whatsapp macam aku ni tak mampu jer nak beli barang dia. Aku pun fikirkan positif, mungkin online shop ni banyak sangat backout buyer kot. Hahahhaah

4. Defect 
Bila kita tengok sesuatu produk dalam gambar, homagad....i have to get it! Means punya la lawa, tapi bila depan mata MashaAllah, kenapa buruk benar? hahhahahah... itu biasa, dalam gambar edit baik punya. Contohnya aku ada beli satu dress ni. Malangnya aku terima dress yang ada defect like benang tertarik sana sini? What do you expect? Aku nak pakai? Beli beratus, tapi dapat macam beli kat pasar malam...eh Pasar Malam punya produk lagi cantik kot! Bila diberitahu pada tokey dia, macam biasa feedback nya ' kita dah hantar barang seperti di dalam gambar'. OK! My fault coz i terperdaya. Bukan tu jer, ada juga kes aku beli accessory ni, tengok dalam gambar cantik giler, tapi bila dapat dah 'PATAH'. Huissshhh lagi sakit hati. Semua kes ni bila aku bgtau tokey dia, masing2 tak mengaku kesalahan masing2. Ok lah. Aku pulak jenis malas nak bergaduh and panjang cerita, redha jer la. Aku anggap kalau dorang betul2 ihklas berniaga, sure dorang lama la dalam biznes ni.

5. Silent Reason
Aku pernah beli 2 helai peplum blouse ni. Masa tu peplum tengah in orang kata. maka aku order. Bila dapat hanya sehelai jer dan ada cash untuk sehelai lagi. Pernah juga aku beli shawl, kat gambar tulis in stock. So aku pun order 2 helai shawl yang cantik. Bila dapat, hanya sehelai jer beserta wang bagi sehelai lagi. Appreciate dorang pulangkan duit, tapi be honest la kan. Bgtau, reason ada defect ke tak bleh nak pos, habis ker, takder la aku sakit hati. Aku dah mengharap barang tu ada, skali dapat barang tak cukup. Sumpah bengang!

6. Slow snow
Purchased date; 01.01.2013, delivery date 20.01.2013. Ini barang in stock ok! Adoiii. Sakit hati betul aku bila dah purchased baru bgtau yang barang lambat pos sebab tokey pegi holiday. Masa email tu napa tak cakap awal2 nak pi holiday la, lambat pos barang and etc. Ermm geleng kepala aku ni. Ada juga bila purchased semalam, lusa baru nak post. Katanya jadual pengeposan. Kalau ada jadual pengeposan, lain kali state kat depan website, FB, blog or etc supaya costumer alert! Ini kes macam nak aniaya costumer jer aku rasa. Sakit hati kan!

7. Packaging Hampeh
Korang yang pernah shopping online pernah tak dapat barang yang dibeli dah terburai? Yes, maybe defect from courier tapi kalau dah tokey tu tau barang dia akan dicampak2 oleh courier, maka pack la dengan betul2 dan kemas. pastikan packaging yang akan diterima costumer dalam keadaan baik.  Aku pernah beli barang online ni harga dengan ratus2 juga la.. tapi bila sampai kat tangan aku, hanya tuhan yang tahu...betapa teruknya packaging dia sampai dah nampak barang yg dibeli. Hangin gak masa tu, mana tak nya sebab barang harga kemain mahal, tapi packaging macam harga seringgit!

Bagi aku bila aku dah alami aku akan belajar dan memang itu pertama dan terakhir la aku berurusan dengan shop online tu. Prinsip aku, kalau rasa dia adalah shop online yang hampeh, tak yah beli lagi kat dia. Kalau betul2 dorang ikhlas dan jujur dalam business, maka dia akan bertahan lama, tapi kalau setakat mengaut keuntungan tapi services sangat teruk maka pandai2 la fikir sendiri. Cukup la setakat ini aku berkongsi pengalaman shopping online. =)



2 comments:

LuN@_aiDi said...

teruk gak ek beli online seller neh.. seb baek dok dkt Nz
so mmg jarang ler beli online Msia punya.
klu ada yg beli sume ok ler..hiihi
naseb jugakkkan yunk..
tapi aper2 pun online seller sepatutnyer lebih bertanggungjawab lerkan dengan product derang.
yealer kte beli dgn dwet bukan daun kering..muahahah
sepatutnyer kena pastikan sampai dekat customer dengan selamat dan dalam keadaan baik.
kata berniaga..hihi
nak share experience beli online dekat Nz ler, barang sampai tiptop punya.
and klu ada complain boleh return barang tuh dan dapat dwet balik or boleh exchange dengan yg lain.
Jujurkan walaupun bukan muslim..hehe..

Reflisia said...

Bagus la kalau seller macam tu, tapi i cerita ni based on true story yg i pernah alami. Most of them semua tak nak bertanggung jawab!