.

.

Saturday, November 9, 2013

Yes, Pavlova itu Manis!


Ini yang latest Pavlova aku buat


Kalau cakap pasal pavlova jer mesti ramai fikir manisnya makanan ni!

Tapi aku plak tak fikir lansung pasal manis. Bukan sebab aku suka manis tapi sebab pavlova yang aku suka tu adalah pavlova buatan tangan sendiri. Hehehehe.

Pavlova favorite sang suami ialah Pavlova from Cupie Cupie Cake. Pavlova aku la tu. Pertama kali makan kat Serai Cafe, Empire Shopping Mall. Lepas tu mula bake sendiri and ikut citarasa sendiri.

Kalau pavlova ini present kemanisan, tapi aku punya pavlova memang tak rasa manis sangat and just nice masuk mulut jer. Sebenarnya bila base dah manis, jangan buat cream dia pun manis. Kalau base and cream manis maka kencing manis jadinya! Ini pendapat aku la. Mungkin lain orang lain pendapat.

Ok, kat sini aku nak bagi pavlova resepi aku sendiri.

Resepi Pavlova Masmerah

4 biji telur size A (ambil putih telur sahaja)
1 camca besar tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising

Cara membuatnya
1. Panaskan oven 10 minit dalam suhu 120 darjah Celsius
2. Pukul putih telur sampai kembang atau dah jadi meringue . Nak pastikan kembang, kalau terbalikkan adunan bowl tu, adunan tak jatuh memang dah betul2 kembang la meringue tu.
3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga meringue menjadi kilat.
4. Pastikan meringue tersebut juga dah jadi tanduk. Maksudnya bila angkat mixer tu, meringue tu bertanduk.
5. Masukkan esen, cuka dan jepung jagung kemudian gaul hingga sebati.
6. Bentukkan meringue tersebut diatas kertas minyak sebelum. Aku suka buat macam mangkuk gitew. Boleh bentukkan meringue mengikut citarasa. Seeloknya gunakan spatula untuk membentuk.
7. Last skali masukkan dalam oven selama 60 minit. aku suka 1 jam 30 minit sebab pavlova akan rangup.
8. Bila dah masak ikut citarasa maka keluarkan dari oven.

Cream
Aku guna non dairy cream jer. Pukul sampai kembang then letak atas pavlova. Ok non dairy cream ni dtg dengan macam2 brand, malangnya aku dah lupa brand apa yang aku pakai. Kalau nak non dairy cream ni, korang bole ke kedai jual brg buat cake then tanya orang kedai tu. pasti dia akan tunjukkan. Maaf maklumat tak lengkap.

Non dairy cream yang aku pakai ni dah manis2 buah so tak perlu nak tambah gula. Dah memang sedap!

Hiasan
Buah-buahan. Ikut suka hati buah apa korang nak letak atas pavlova tu. Aku suka berries la. =)

Dah siap...so boleh makan! Senang kan. Harap resepi aku ni membantu korang yang nak try buat pavlova tak manis sangat la.

Ini yang bulan lepas punya version =)



1 comment:

Elyn Sani said...

Tq masz! Nnt i nk cubalah....