.

.

Friday, December 20, 2013

Hadiah Pusing Kuala Lumpur

'Sayang, hari ini abang hadiahkan sayang dengan bawa sayang keliling Kuala Lumpur'

Haaa... kan dah keliling satu kolumpo. Birthday aku yang lepas, we all lunch kat KL Tower. Ala sambut biasa-biasa jer coz on that day, sang suami keje half day. Aku tak kisah sangat pun kalau hanya lunch kat luar jer. Bab nak blow the candles and kek memang aku takder kisah sebab aku memang kurang dah nak makan benda manis ni.

Alhmadulillah, sang suami masih ingat birthday aku. Lunch kat Restoran Atmosphere 360 atau restoran berpusing KL Tower. Best juga kat sana. Makanan dia best and sedap. Sampai kembung la perut aku makan. Shushi, nasi minyak, mee rebus, and macam2 la aku makan! Tengah2 syok makan tetiba dengar lagu happy birthday! Wahhh terujanya. Walaupun aku sendiri tak tahu lagu tu tuju kat saper tapi aku tetap happy. Hahahah =)

Apa pun bersyukur sangat aku masih panjang umur hingga hari ni. Walaupun umur dah cecah 3 series tapi aku masih enjoy masa muda ku. Ahaks. Pengalaman 1st time makan sambil tgk view satu Kolumpo memang best. Memula aku ingat aku akan pening tapi, sebenarnya tak rasa pun ia berpusing. Alih2 cuma tgk tempat duduk dah ubah kedudukan. So masa makan kat sana kene ingat no meja kalau tak kita akan ke meja orang lain sebab seat akan berpusing. Ahahaha.

Package lunch ni, RM88 seorang termasuk lunch, observation deck dan Coral Blue Aquarium. Kira ok la kan! package ni beli kat Groupon. Rasa berbaloi sangat bila makanan best, hospitality bagus dan lokasinya cantik dan selesa sangat. So tak rugi rasa.

Next year mana pula aku nak pergi kan! 2014 will come and hope i can see u =)


Post wajib
Before lunch, we all jejalan kan Coral Blue Aquarium kat bawah KL Tower
Love is in the air

1st view

view betul2 bawah KL Tower

2nd View

3rd View


my lullaby

KLCC

Happy Birthday Masz



No comments: