.

.

Wednesday, January 30, 2013

Ahad bersama si dia dan dia!

Ermmmm tak sangka aku sang suami ader kawan atas pagar!

Ini kisah last sunday aku and sang suami ke Pavilion. Dah lama kot tak ke sana. Almost 2 yrs kalau tak salah aku. Hahahahhah. Sebenarnya malas nak ke sana coz jammed kat jalan and parking! Sebab tue we all suka tempat yang senang nak pergi n park.

Memandangkan sang suami ni dah lama tak jumpa kawan sekelas and sekolejnya, dia pun menjemput seseorang untuk berjumpa kat sana. Sangat tak sangka rupanya kawan yang dimaksudkan adalah atas pagar. Tapi aku takder la kisah pun. Kawannya ni masa kat kolej dulu takder la sebegini, tapi bila dah abis belajar baru berubah abis dari sejati kepada sejoli.

So we all dengar ceritanya dan sangat fun. We all ni takder diskriminasi jantina untuk berkawan. So we all anggap dia macam kawan yang lain. Tak salah kan berkawan?

Tapi memang dia macam pompuan habis. Serius kalah perempuan, package yang dia ada.

Anyway had fun juga la. =)

C360_2013-01-27-13-27-23_org

Kat Pavilion we all had lunch kat Pepper Lunch! Sama sedap macam kat Sunway Piramid.

Masa lunch, aku and sang suami ni macam biasa tamak haloba siap order sampai 3 meals.Hahhahahah…tapi memandangkan sang suami yang kuat makan, maka habis juga

photo(23)

cam whoring depan Restaurant

20130127_152850

This is mine =)

20130127_153444 Sang suami punya sampai 2 meals

photo(25) Tadaaaaa…she’s

photo(26)   20130127_162027 Nasib baik kalau ader air sembahyang pun tak batal. Kalau tak mau kene flying kick ngan aku! hehehehehehe

20130127_162248 Coffee moffee after lunch

20130127_181617 Meriah tul dengan tanglung

Happy Chinese New Year (oooppss lagi seminggu ma)

20130127_181725 20130127_183314 aku paling suka pict ni =)

Tuesday, January 29, 2013

Sofa on Saturday

Kembali selepas weekend yang panjang =)

photo(7)

Ok last weekend aku and sang suami meneruskan misi kami untuk persiapan rumah baru. Ngeee =) tak sabar sebenarnya tapi kene sabar sebab banyak benda kene settle.

Misi minggu ini ialah mencari sofa. Wahhh mentanglah nak masuk rumah baru, semua nak baru la kan! opppps bukan semua tapi sesetengah jer la yang baru. Sofa kami sekarang ni masih elok 40% jer tapi masih boleh digunakan. Memandangkan sang suami ader budget lebih skit, maka kami decided untuk beli sofa baru. Maklumlah sofa sekarang dah 4 tahun pakai.

Dah banyak kedai kami singgah and usha…tapi kali ni nak tengok a.k.a survey kat IKEA plak. Sang suami dah survey kat website IKEA and ader a few yang berkenan. So last weekend nak merasa sendiri material and kesedapan dan keselesaannya.

Sebelum ke IKEA, kami jejalan dulu kat The Curve sambil cari makan. We all round dulu Curve and we all choose BUMBU DESA, makanan Indonesia. Teringin nak makan makanan Sunda iaitu Timble Complete. Waaaaa rindu Bandung!

Memandangkan kat Bumbu Desa tak ader set timble, maka waiter kat sana suggested ala carte la. Aku and sang suami ok jer bab makan ni! Yummy =)

20130126_160951 20130126_161111

Sang suami semenjak 2 menjak ni bz jer ngan GAME!

20130126_161558 Si Isteri plak bz ngan cam whoring

photo(9)20130126_161026   20130126_16102220130126_161601 Jus Semangka

20130126_161958 Tadaaaaaa…Timble Complete

Makanan Sunda

20130126_162017Tempe (sedap sangat), Cumi Goreng

20130126_162021Sambal belacan and Ayam goreng

20130126_171609Tauhu goreng and Tempe lagi.

Sedap sangat and total of our food around RM70++.

Takder la murah sangat macam makan kat Bandung. hehehehe

Kemudian teruskan pencarian ke IKEA untuk mencari Sofa.Rambang mata dibuatnya coz so many sofa yang berkenan. Tepuk dada tanya poket jer la. Bak kata sang suami ukur sofa dengan poket la yunk! hahahhaha

Mana satu pilihan anda?

20130126_171655 20130126_171705 20130126_171958 20130126_172001  photo(8)  photo(12) photo(13) photo(14)  photo(18) photo(15)photo(22)

Next mission will be curtain!

 

Friday, January 25, 2013

Crinkle shawl murah!

Entry pasal shawl ni pasti mengingatkan aku kepada tempat yang femes ames tue iaitu JALAN TUNKU ABD RAHMAN. Memang kat sana syurga soping tudung murah bagi aku.

Tapi almost setengah tahun aku tak ke sana. Last pergi sana bulan 8 yang lepas masa raya. Ermmmm apakah kemajuan JALAN TAR kan sekarang ni? Rindunya nak shopping kat sana.

Ok back to entry tittle. Aku jumpa crinkle shawl and tribal shawl murah weh! Pagi tadi before ke sekolah singgah kejap kat IOI Mall. Mulanya nak beli subway jer tapi jejalan satu mall dulu. Pastu mata aku ni terpana pada ruang legar shopping mall ni berhampiran Wendy's and Little Pantry ader macam outdoor sale. Then ternampak plak crinkle shawl and tribal shawl dengan harga RM30 untuk 2 helai. Trus sambar la memandangkan kalau online shop jual shawls ni harga dalam lingkungan RM29-RM35. So kira murah la kan?

Tapi firasat aku mengatakan kalau kat Jalan TAR sure lagi murah. Heheheheh

Apapun ok la puas hati dapat crinkle printed shawl and tribal shawl ni.

Wednesday, January 23, 2013

Finally iPhone 5 in my hand!

Phewiittt…finally dapat juga beli iPhone 5.

Sebenarnya nak beli iPhone 5 ni last December sempena birthday sang suami, tapi stock plak dah abis. So terpaksa booking dulu and finally Januari came with a big smile =)

Hampir setengah tahun (since iPhone5 diwar2kan nak keluar) aku menabung untuk membeli iPhone 5 ni semata-mata untuk hadiahkan kepada sang suami. He’s very happy. Wah bahagia rasa dapat happy kan orang yang paling kita sayang!

Cakap pasal hadiah ni, aku sebenarnya tengah tunggu jer masanya nak terima hadiah hari lahirku. tapi masih sabar menanti. hehehehhe. Sangat teruja sebenarnya. Hahahha tapi masih tak tahu apa hadiahnya.

Apapun iPhone 5 ni memang best and sesuai dengan sang suami yang suka gadget and game!

1

Taaadaaa.. Mr iPhone 5.

3

Wah sang suami dengan phone barunya =)

4 Si isteri hanya dengan kaset lamanya sahaja =)

2   hasil tangan aku mengedit gambar yang diambil sendiri pada hari tersebut!

Tuesday, January 22, 2013

Chandelier oh Chandelier!

Fuhhh  almost bersawang dibuatnya blog aku ni. Lama sungguh tak update. bukan aper sebab terlalu sibuk dengan kerja dan proses renovation rumah. So many things kene fikir dan buat!

Update pasal rumah sekarang ni masih dalam proses baiki defect and aku n sang suami plak masih aktif survey barang. Buat masa ni kami sibuk dengan lampu. Macam2 lampu nak kene beli. dari lampu chandelier, light wall, down light sampaila lampu dalam toilet, Fuh!

Dari segi kewangan pulak, mesti rancang dengan betul dan teliti. Kalau tak sure tak cukup (bagi aku la yang tak berapa banyak budget ni). Kan best kalau duit tue jatuh dari langit trus kat atas katil aku ni. Hahahhaha =)

Ermmm mana satu pilihan hati?

Tuesday, January 8, 2013

Motivasi 2013

IMG_20130101_170812

New year calling for motivated for me. Kerja keras tapi ikhlas adalah azam aku tahun ni. Wah dah ader azam aku tahun ni! Bila dah ada harta sendiri dan perlukan lebih usaha untuk menjaganya sebaik mungkin. Alhamdulillah.

2013 memang mencabar dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Tahun kedua bergelar pendidik dan tahun penuh sibuk menguruskan hal rumah baru, Apapun aku akan cuba bertenang dan uruskan dengan relax and tidak terburu-buru.

Kerja, macam2 kene buat. Bila dah naik tahun berikutnya, tiada alasan ‘tak tahu, tak pernah dan tak biasa’. So kentalkan fizikal dan minda untuk hadapi dan timba pengalaman sebanyak mungkin! Motivasi dari sang suami ‘ Kalau sayang tahu buat semua benda senang lah sayang nak jadi pengetua nanti’. Hahahahhaahahha

Kehidupan peribadi aku, inginkan keluarga bahagia bersama sang suami dan anak-anak. InsyaAllah cuba dan terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah kalau kita terus berusaha, kejayaan pasti akan capai. Cuma kejayaan itu datang dalam pelbagai bentuk yang kita tak duga kan. Aku bernasib baik kerana sang suami tak pernah bagi aku tekanan untuk dapat baby. Cuma kekadang aku jer la yang meroyan! hehehehe. Apa pun aku hanya berdoa agar dikurnia seorang cahaya mata pun jadi la…tapi kalau lebih pun aku terima dan lagi suka!

Dear 2013, my promise is I will stop wishing and start doing!

IMG_20130104_131041 face of 2013