.

.

Sunday, March 31, 2013

Small and Simple

Happy sunday peeps.Seminggu sudah aku bercuti dan esok perlu mulakan sesi persekolahan. Ikutkan hati ni memang malas….malas memanjang! tapi ikutkan akal fikiran, aku perlu ke sekolah untuk memberi ilmu kepada anak-anakku.

Entry kali ni aku nak bercerita peristiwa yang maybe aku takder rasa apa2 tapi ia bermakna buat adik lelaki ku.

Pada mulanya macam nak datang merisik jer girlfren adik aku ni. Kekonon nak jumpa family and family la katakan. Tapi dah alang alang sampai, maka diteruskan dengan sesi pertunangan sekali. Walaupun majlisnya tak seberapa tapi syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Now my 2nd brother dan menjadi tunangan orang.

Masa yang ditetapkan untuk bertunang paling singkat pun setahun. Bak kata bapak aku, adik aku ni macam budak2 lagi dan perlu bekerja keras untuk cari duit. Ahaks! Apapun, berkerja keras la wahai adikku kalau nak kawen!

20130330_091725   

Aku hanya sekadar dengan baju raya yang lepas jer coz tak plan pun nak buat majlis pertunangan ni so aku ingat unformal event la memula..so takder la nak beriya dengan baju baru. heheheheh (bajet aku plak yang bertunang kan)

20130330_124905

Majlis yang ringkas di rumah pihak perempuan

Tahniah Fizi and Linda for your engagement

20130330_091427

Last but not least with Stylista Talk Brooch =)

Can u spot my brooch? Please abaikan muka bulat + tembam =)

Ok bye

Sunday, March 24, 2013

Kongsi Food & Drink

Romantik kan kalau makan dan minum kita berkongsi. Segelas air kita minum bersama pasangan hidup kita, kemudian sepinggan makanan juga dikongsi bersama. Orang yang tengok pun sure akan cakap ‘mcm dorang jer la yang bercinta’… Hahhahaha

Romantik tak romantik sangat la kan. Tapi hakikatnya itu yang aku buat malam tadi. Aku dan sang suami dinner kat Williams, Kelana Jaya. Dah lama tak ke sana. Almost 3 years tak ke sana and tempat pun dah berubah. Kalau dulu dekat depan deretan kedai, kini Williams kat dalam deretan kedai.

Aku dan sang suami ordered Spaghetti Seafoods without Crab dengan harga RM30 sepinggan, dan Ribena Laici segelah RM8. Sepinggan spaghetti tue sangatlah banyak sampai sendat perut aku untuk habiskan. Walaupun we all ni kaki makan, tapi memang surrender la nak abiskan sebab banyak sangat. Sama juga dengan airnya, portion dia sangat besar sampaikan kongsi 2 orang pun mengah la nak abiskan.

20130324_200009 20130324_195747 

Apapun, makananya masih sesedap seperti dulu dan harganya pun ada yang naik juga. Aku ada tapaukan nasi goreng ketam sebab itu favourite aku selamanya kat Williams. Dulu kalau tak salah aku harganya RM18 jer, tapi kini dah RM25. Kalau sedap sanggup jer bayar mahal kan!.

20130324_191854  Hari yang sangat malas. No make up, no shawl cantik! Sila abaikan background kat belakang yang serabut (maklumlah rumah sekarang dah macam tongkang pecah ni, kat luar rumah pun terasa pecahannya =)

 

Thursday, March 21, 2013

Jepun & Paris

Kalau tengok title kat atas, rasa macam jauh sangat kan nak sampai ke sana! tambah pulak untuk orang macam aku yang berpendapatan sederhana ni. Tapi tak mustahil suatu hari nanti kalau aku boleh sampai ke sana juga. Zaman sekarang everything is impossible. Hehehe

Sebenarnya aku nak cerita pasal ‘kata orang tua-tua’. Kalau bergambar bertiga, salah seorang mesti akan terpisah. Betul ker? Tapi aku jarang mempercayainya. Sampai kini memang aku masih kurang mempercayainya. Ntah la, maybe memang aku tak didedahkan benda2 macam ini sejak kecil kot! So bila dah besar, baru dengar orang cakap2 ni, mungkin sebab itu yang aku kurang percaya tu.

Di malam yang indah ini, sedang aku belek2 gambar lelama tetiba aku terjumpa gambar aku ngan BFF aku ni. Sesungguhnya aku rindu sangat dorang and rasa macam nak jumpa and hugs kuat2. Pastu nak bercerita panjang sambil lepak and ketawa kuat-kuat. Best kan!

Tapi memasing dah berjauhan dari aku. Bila dah kahwin and memasing ader life sendiri.  Sorang ke Jepun dan sorang ke Paris. Memasing ikut husband memasing. So rinduku ini ku simpan dalam lubuk hatiku.

Ermmmm bila difikirkan kembali soal gambar tu, betul kah? Sebab we all pernah bergambar bertiga. Hakikatnya memasing jauh antara satu sama lain. Aku yakin bukan sebab bergambar bertiga, tapi memasing ada life sendiri kan dan dah takdirkan rezeki memasing kan.

576660_3913206768652_1617557258_n

My Milo….AmmyLo sekarang ni tinggal di Jepun bersama suaminya. Dear In sha Allah nanti Masz datang visit Ammy k. Mwaaahhhh & Hugs

IMG_5636

My Pretty Lady, Eira sekarang menetap di Paris bersama suaminya. Darling, 1 day i akan ke sana juga nak jumpa u and Eiffel Tower. Kiss n Hugs

31

Aku masih di tanah air tumpah darahku…ceeewaaaah!

 DSC01082[3] Kami bertiga suatu masa dulu. Miss them so much!

Psssstttt; sorry girls, i amik pict u letak kat blog i! Bole kan? coz I miss u xoxo

Friday, March 15, 2013

Hobi Baru!

Since dah ‘paused’ untuk baking ni, start pulak minat baru. Adoi ada ada jer peel aku ni kan. Because i love something colorful, something yang funky munky ni, so tak dapat nak luahkan kat kek, maka aku ceburkan diri dengan making brooch pulak =)

Alkisahnya bermula aku suka memakai brooch bunga ke tempat kerja. Lepas tu, semua colleague asyik tegur jer brooch aku. Cantik lah, Besarnya Bunga, Sejambak Bunga la, Cikgu Bunga la, dan macam2 teguran yang aku dapat. Tak kurang juga dari murid2. Ada pulak bertanya mana beli bunga lawa2 ni.

Maka aku amik keputusan untuk buat business bunga ni. Niat sebenar ialah nak share la dengan kengkawan yang nak try pakai brooch bunga ni. Bila aku start buat business ni tak sangka la pulak mendapat sambutan ramai. Ramai pulak yang minta buat yang Glamorous pulak. So tidak mahu menghampakan costumer, maka aku mula buat sesuatu yang baru.

Sehingga la hari ini, aku sudah mula mengembangkan bakat dalam mencipta sesuatu yang baru untuk Brooch. Saban hari aku menjadi suka dan cintakan seni craft ini. Sehinggakan aku boleh membuat brooch sendiri mengikut citarasa dan outfit yang aku nak pakai.

I love that evendo aku terpaksa keluar mencari barang, stone and etc. Once aku start and aku akan mula jatuh cinta and aku akan terus mencipta. Melainkan masa sahaja yang boleh membuatkan aku terbatas dalam mengembangkan bakatku…ceeewaaaahhh.

Tapi sangat fun bila buat benda ni. Rasa release jer stress kat tempat kerja, rasa happy bila boleh ber fashion, rasa seronok and enjoy dengan apa yang aku buat ni dan hasilnya cantik dan mendapat sambutan dari costumer. Sangat suka =). Aku harap aku akan senantiasa mendapat sokongan sang suami, family, kawan2 dan costumer ku.

123

Taaadaaa… my latest design Glamcandy Brooch

stone6

Ini pun antara latest collection aku , Glamnista Flower Brooch

 

Monday, March 11, 2013

Lambakkan!

Mesti uolls semua kenal kan tudung Fareeda? Of coz la sebab tu sangat femes emes sampaikan siap ader klon2 lagi.

Sekarang ni ramai dah yang jual tudung ala-ala Fareeda. Sampaikan kat sekolah aku pun ader ejen nya! Opppss bukan ejen Fareeda tapi tudung ala2 fareeda la. Dan yang paling banyak ialah design 3 layer color paddle pop and brooch depan. Cantikkan kan!

Menurut wardrobe tudung aku, aku ader 9 helai tudung Fareeda ni. Opps aku tekankan kat sini ialah Original Fareeda. Hahahhah motif menunjukkan! Sebenarnya tudung Fareeda ni aku beli masa Fareeda baru buat design berlayer ni. So time tue tudung ni macam lain dari yang lain, kene plak dengan color yang gojes membuatkan aku memang tak nak ketinggalan memilikinya.

Boleh dikatakan setiap tudung tu aku pakai dalam sekali dua jer. Ada juga yang tak pernah pakai lagi. (tau kat laki aku sure bising). Hahahhah. Masa aku beli tue takder la beli terus 9 helai. Kalau trus beli 9 helai sure sayang nak abiskan duit almost RM2k kan…

Masa memula beli tue memang teruja nak pakai and bila dah pakai beberapa kali, tetiba sang suami tegur aku, ‘sayang ni tak sesuaila pakai tudung macam ni. Abang tengok macam pakai topi plak!’ Terus sentap sehingga ke lubuk hati. Selama ini kurasakan diriku ini jelita dengan Fareeda, tapi tidak dimata sang suami. Ahaaaaa…

So skang ni aku sangat jarang pakai tudung berawning ni. Kalau pakai pun ke sekolah je lah. Bila ke sekolah sang suami tak de la nampakkan so takder la nak komen aku tak cantik! ahahahhaha. Apapun sekarang ni aku sangat selesa dengan memakai tudung bawal dan shawl sahaja.

Tapi sejujurnya tudung2 Fareeda memang cantik and awesome! =)

Psssstttt : ada tak yang nak beli tudung Fareeda kalau saya buat preloved?

IMG_20130309_110711 Shawl ; Elyncreation

Brooch ; Stylista Talk

 

Tuesday, March 5, 2013

Brooch from Stylista Talk

Ramai yang bertanya, dari mana dapat brooch cantik-cantik ni. Jawapanku hanya Stylista Talk. Show off skit..hehehehehhe (motifkan)

Kalau uoll suka pakai bunga kat tudung coz nak lebih style boleh tiru macam saya. Aku ni suka letak bunga kat tudung supaya tudung aku nampak menyerlah skit =). Maklumlah aku ni tak la lawa so biar bunga sahaja yang mencantikkan aku..ecececece..hahah

 2 11 (3) 1 (4) 1 (5) this is latest from Stylista Talk , Metal Brooch Color. Will release soon!

Find out more colours, more pattern and more style of brooch at Stylista Talk

20130304_095727  20130304_100104 20130304_100645 20130304_101158

Friday, March 1, 2013

Harapan

Assalamualaikum…

Salam Jumaat & Happy Friday =)

Di hari jumaat ini, sebelum ke tempat kerja, tetiba termenung seketika apabila melihat gambar Excobar Family Day kat Melaka tahun lepas.

Tak dapat aku tipu dalam senyuman ada tangisan. Bukannya apa, bila bergambar family ni, semua bergambar dengan anak-anak, tapi aku jer yang masih belum punyai cahaya mata. Kalau dilihat gambar dibawah,terasa hati ini sayu sangat. Teringat saat-saat nak bergambar ni, bila si ibu terjerit memanggil anak-anak mereka supaya berada di atas riba ibunya untuk bergambar. Aku??? hanya senyum sambil melihat keletah mereka.

Sungguh tersentuh hati ini, bila aku hanya memeluk tanganku. Biarpun hati ini sedikit sayu, tapi aku yakin apa yang Allah SWT aturkan untuk aku adalah yang terbaik. Apapun, aku akan terus berusaha dan berusaha kemudian berdoa serta bertawakal kepada NYA.

313997_530360236983741_1266021966_n 6469_530360416983723_95699285_n  77036_530360320317066_701323388_n

74038_530360196983745_1500236992_n