.

.

Thursday, August 29, 2013

Kisah Open House

Salam Khamis semua…

Sebelum aku menulis di sini, aku ader tengok2 diary kehidupan aku ni! Wah banyaknya jemputan rumah terbuka. Erm boleh ker nak attend semua ni.

Hari Sabtu ada 5 jemputan, hari Ahad ada 4 jemputan! Ikutkan hati memang nak attend semua. Tgk minggu2 lepas la, bukan main banyak jemputan, tapi yang sempat pergi 2 3 buah rumah jer. Minta maaf la kengkawan yg mana sy tak sempat datang tu =)

Memandangkan sekarang ni kita di Bulan Syawal, mak jemah (aku) taku bebenor nak timbang berat! alahai bukan per, mak jemah makan mengalahkan orang mengandung! Hadoiii

Semalam aku timbang berat, sambil tutup mata! Ya ampun, ku buka sikit jer jari jemari aku yg menutup muka nak nengok nyer angka pada penimbang tu! (dah rupa tengok citer hantu mak jemah ni kan!)

Aiseeehhh men! berat dah naik 2 kg. Like a Yo Yo la. turun 5kg now naik 2 kg. OMG omg omg! Tapi mak jemah tak gelabah sangat coz mak jemah ni bukan Angelina Jolie! Kalau la Angelina Jolie berat badan naik 2 kilo agak2 la apa dia buat? Hahahha mak jemah rasa la kan mesti dia dah muntahkan balik apa yang dia makan 5 hari 5 malam! tak pun dia puasa kan! Hissssshhh entah la, tak tau aku!

Ok solution yang aku buat ialah makan bila perlu! Wah perlu la kan amik bekfast, lunch and diner! Tapi, tapi tapi sepanjang bulan syawal ni aku tak amalkan lansung eat cleans uollsss…(apa kebenda eat cleans tu?…haaaa sila selak blog aku ni yg lepas2 k)…Patut la naik berat aku ni! Takper, relax lagi…

dah2 kisah berat badan…STOP WISHING AND START DOING. camtu la nak semangat balik tuk turunkan berat badan!

Sekarang aku teringin nak bercerita kisah makanan open house raya ni. Setakat ni, mana2 aku pergi open house, makanan wajib ada ialah ayam masak merah, laksa, nasi himpit, rendang dan kuih raya. Dan semua tu makanan fav mak jemah pulak! Apa lagi geleng kepala la rakan tidur mak jemah tengok mak jemah makan!

Rakan tidur mak jemah ni slalu cakap bila tgk mak jemah makan ‘lupa la tu nak kurus’… Oppssss mak jemah bila bulan Syawal memang tak Allergic lansung perkataan tu…kata2 itu bagaikan angin sepoi2 bahasa yang menyapa pipiku yg gebu lalu pergi membawa habuk2 make upku! hahahhahahah…Amboihhh

So bulan Syawal memang bulan MAKAN lah untuk aku! No DIET, No STRESS and No EAT CLEANS…hahahhaha lepas bulan Syawal jadual makan seperti sedia kala. (nak tau jadual sedia kala sila selak entry sebelum ni)

Opppssss mak jemah ada amik gambar mak jemah yg STYLO MYLO and VOGUE the VASS gitew (arhhh perasan cantik pulaaakkkk) hahahha..

IMG_20130817_125806  Ni nak kuar beraya dengan baju raya yang ke berapa ntah!

DSC_0343

Theme color block katanya!

IMG-20130827-WA0006    Thanks Liza, jemput datang beraya. Ini open house keduaku! Makanan yg disajikan sangat sedap. Pssssttt mak jemah baru jer kenal kawan mak jemah ni. Rupanya ada history! Hissshhh dah kata cikgu sejarah, mestilah setiap saat itu bersejarah!

IMG-20130827-WA0007 Ini minggu lepas hari Sabtu. Sabtu minggu lepas sebenarnya aku ni kene kerja, tapi ku gaghi utk mohon cuti sebab nak attend wedding sepupuku! Wahhhhh sepupu kesayangan Mak Jemah ni!

DSC_0373  Ini kakak pengantin! Maaf pengantin, gambarmu semua dalam phone rakan tidurku. Maka ini je yg hadoo dalam my Experiazku!

Wednesday, August 28, 2013

Lama tak jenguk Oven!

Salam uoll! Bersemangat nak update blog since dah update theme baru!

Lama juga tak update blog ni dan lama juga tak update kek aku! Blog cupie cupie cake dah berhabuk 8 inch and dah bersawang tebal giler rasanya!

Ok last 2 week aku ingat nak buat makan2 tuk bff jer dulu. Then planning nak masak macam2 and bake cake. So apa lagi, memandangkan oven baru dan besar kan yang masih belum puas panas, maka aku pun try la buat choc moist cake masmerah!

Saja nak test power, sedap lagi tak? hehehhehe

Tapi raya party kat rumah aku tak jadi! So cake tu aku bagi kat kengkawan terdekat jer la. Alhamdulillah feedback baik dan macam dulu juga! So i knew my cake still got POWER…hahahhaha

Ok la jom jamu mata ngan cake aku.

DSC_0327DSC_0326 

 

image

Thursday, August 22, 2013

Anugerah Syawal Kami

Alhamdulillah laptop aku dah ok and now nak update entry raya! Fuhhh dah beberapa entry sebelum ni aku taip guna iPad and phone jer.  Tapi malangnya menaip kat laptop lagi best dan feeling dia tu lain skit kan!

Ok, sebelum ni asyik baca entry orang jer pasal hari raya, aku plak masih belum update lagi. Sementara masih ada kelapangan sebelum aku sibuk nak siapkan kerja sekolah, ni nak cerita lah pengalaman raya aku kat kampung!

Sememangnya sangat seronok bila beraya di kampung bila semua adik beradik aku balik  beraya bersama. Yang paling best bila kami mendapat Anugerah Syawal iaitu adanya anak buah aku raya kali ni. Dah besar pun! Umor si kecik tu sekarang dah setahun lebih…

Ya Allah rumah jadi meriah sangat dengan gelak tawa anak buah aku ni. Walaupun dalam hati terdetik mesti lagi meriah rumah aku andai anak buah aku ni ada sepupunya iaitu anak aku, tapi keletahnya buat aku mula lupakan kesedihan hati ini.

Alhamdulillah, raya kali ni dah tak ramai nak sibuk tepi kain aku yang stylo milo dengan sequin ini. Hahahhaha! mungkin ramai yang mendoakan agar aku cepat dikurniakan cahaya mata dari bertanyakan dengan aku.

Selain itu juga, keluarga besar kami makin besar, bila sepupu sepapat aku yang dah berkahwin masing2 balik beraya kat kampung tahun ni. Maka lagi meriah la kat kampung.. =)

Ok kat sini ada a few moment pict raya pertama. Untuk raya kedua, ketiga dan seterusnya akan aku update k.

IMG_0132

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Suami Isteri….Hope next year, pict bertiga plak la! Doakan yer

mmexport1376065156350

Setiap tahun, pelita akan dipasang dihalaman rumah aku and nenda!

DSC_0138

rutin setiap tahun! Tak pernah miss buat ketupat

DSC_0126

Chef of the day! So rendang untuk raya di masak oleh sang suami.

DSC_0165

Mula berkumpul sepupu sepapat aku!

DSC_0168

Jemput makan yer.

Menu of the day

Red Valvet (aku baked), Nasi Beriani by Chef Bugs, Ketupat, Rendang, Kuih Raya

DSC_0161

Rumah aku ni rumah tempat saudara mara berkumpul, malah tempat org kampung jua bramai yang suka datang…maklumlah bapak aku ni PENGHULU kampung…hahahha joking pasal penghulu! So kat luar juga ada dihidangkan ketupat rendang n kuih raya

DSC_0156 Ini la buah hati pengarang jantung

IMG_0140

Alahai…

DSC_0213

Mama, Papa and Arrisa

IMG_0089IMG_0133 2 beradik yang dah berkahwin

IMG_0119 Sibling

IMG_0122   DSC_0186

Mak bonda, Mak ngah and sepupu sepapat!

IMG_0063          Sepupu sepapat…semua pipi telurrrrr!

DSC_0190

Ini sepupu sepapt lelaki and ayanda and pakngah!

DSC_0205  Bersama nenda

DSC_0226 Bergambar bersama jiran sebelah

DSC_0234 DSC_0251

Ok pict terakhir 1st day raya, bunga api malam raya pertama!

 

Wednesday, August 21, 2013

I Hate Wednesday

Aduhaiii dari pukul 11.30am.kat sekolah, and now baru aku rasa relax skit.
Tapi masa relax aku hanya 2 3 minit jer, jap g 5.35pm start kelas sampai 6.45pm. 

Ini la kejer pendidik. Mendidik anak2 sampai pandai. Kalau tak pandai, kurang ajar, tak masuk universiti kang cikgu juga disalahkan! 

Hari ini aku sangat bz sebab mcm2 nak kene buat n settlekan. Cikgu sekarang bukan mengajar jer, tapi semua benda kene buat!

Haaaa ingat cikgu ni makan gaji buta? Anak2 plak bukan 10 org jer nak kene jaga..mcm aku ni ajar 9 kelas..kalau dah 1 kelas 30 org bayangkan 9 x 30 = ??? Jawab la.. Hehhehe stress plak dah!

Cikgu bukan lecturer yer, masuk kelas pastu pom pang pom pang then kuar! Aduhai alangkah bahagianya kalau mcm tu.. Tapi cikgu kene pastikan anak2 buat kerja, salin nota, siapkan latihan, tanda buku, pastikan anak2 faham and paling penting jgn biarkan dorg masuk telinga kiri kuar telinga kanan. 

Haishhh 5.35pm running fast and I have to go now. Entry emosi di petang rabu yg sibuk. Sedikit update workstation aku hari ini. Bye

Thursday, August 15, 2013

Online Shopper

Korang mesti dah tau pasal Zalora kan! Ini aku nak war2 yang Zalora ngah bagi coupon discount ni. Aku dapat email pasal ni and nak share kat sini la.

BAP-Voucher-_Data Set 838

Wednesday, August 14, 2013

Tesco Delivery

Salam Rabu uolls…

Ok ini entry fresh from oven kot! Aku nak share yang sekarang ni Tesco ada buat delivery groceries. Senang bukan!

Alkisahnya begini ~

Semalam, aku dok belek dapur and terfikir nak masak, godek punya godek dapur aku ni rupanya banyak barang yang dah habis. Maklumlah balik dari kampung kan! So barang dapur pun last kopek sebelum raya kan!

Tetiba aku terfikir masa kat kampung dulu aku ader ternampak iklan TESCO DELIVERY untuk sekitar Lembah Klang! So trus aku capai iPad and terus buka Tesco Website! Bila check jer website TESCO ni kawasan rumah aku adalah kawasan yang dorang buat delivery! Wahhhhhh, senang nya hidup.

So apa lagi aku pun pilih la barang apa yang aku nak then purchase! Ok payment bayar masa dorang hantar barang. Bukan bayar online la. Lepas tu cara pembayarannya, mereka hanya terima kad sahaja. Mean credit card, debit card. So easy kan!

Lagi satu kita bole pilih waktu bila nak TESCO hantar barang tu kat kita. Macam aku aku beli semalam, hantar hari ini dan aku pilih pukul 10 am- 12 pm. So tepat pukul 10 tadi trus rumah aku di din dng bell! hehehehehe punctual kan?

Alhamdulillah semua barang yang aku nak, aku dapat! Kena check dulu la masa dorang hantar tu! Bila dah check barang tu, maka boleh buat payment.

 DSC_0314 Cenggini la lori TESCO yang datang hantar barang

DSC_0315 Ini barang yang aku beli

DSC_0316 Pisang yang aku order pun cantik jer…takder la masak ranum sangat and aku masih bole simpan untuk 2 3 hari lagi la kan!

DSC_0317 even buah yang dihantar pun masih fresh n cantik. Tak ader la busuk ker or almost busuk ke kan! Sangat puas hati la..

DSC_0320

Paling puas hati ikan kembung ni! Saje la try order ikan coz nak tgk ikan yang dihantar segar ke tak! Tapi Alhamdulillah puas hati giler when tgk ikan ni mata dia masih segar bugar !

So far, good job TESCO and keep it up!

Jangan susahkan diri nak keluar rumah, cari parking and habiskan duit minyak! Just click at home and pay at your door!

http://www.tesco.com.my/

 

Monday, August 12, 2013

Untung juga ada Kad Kredit

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua… entry ni masih belum pasal raya, tapi kisah bulan Ramadhan yang lepas!

Hahhahah..orang lain dah sibuk dok cerita pasal raya, aku ni terlepas boat la dok cerita pasal Ramadhan! Okek mak tak kisah uolls, ni blog mak hokeyyyy …hehehe

Last 3rd August 2013 aku ni baik hanti sangat la belanja sang suami n family kawan sang suami berbuka puasa kat Swiss Garden Hotel & Residence!. Wah dapat durian runtuh ke uoll?

Bila orang berbudi, kita berbahasa kan! Haaaa ini memang sesuai la untuk aku and sang suami. Bukan per sebelum ni we all berbuka puasa kat Concord, kawan sang suami ni belanja we all so ini kalilah  we all plak belanja dorang.

Alkisah aku yang belanja dorang semua ni sebab aku adalah pemilik Maybank Credit Card. Memandangkan Maybank offer utk pemilik card nya berbuka kat Swiss Garden Hotel untuk 3 orang and hanya perlu bayar utk 2 orang sahaja. Maka aku pun terus call untuk booking.

    DSC_0072

over tak?

DSC_0080

Ini makanan berlima..biasa lah buffet kan mesti semua nak ambil! Tetapi yang aku ambil hanya depan aku tu jer…

DSC_0084

Ini lah kawan sang suami tu!

DSC_0069

Bila nak bayar untuk kami berlima 4 dewasa + 1 kanak-kanak, aku hanya perlu bayar untuk 3 dewasa sahaja! Korang rasa berbaloi tak? Bagi aku memang berbaloi baloi la…Untung juga bila difikir balik kalau kita pandai guna benefit credit card ni.

Kadang-kadang sesuatu benda tu banyak yang positif, cuma kekadang kita yang buat dia jadi lebih banyak negetif. Macam aku la, kalau selalu sangat swipe credit card tu, pastu bila nak bayar mula la menggagau cari sang suami soh bayarkan! hehehehe

Apapun sebenarnya untung juga ada credit card ni. Cuma tepuk dada tanya selera jer. Pastu nafsu juga perlu kawal yer jangan jadi cam aku ni, bila credit limit berpuluh ribu, maka mata pun binau la nak shopping….nauzubillah!

  DSC_0092

Bila dah kenyang, ini lah gayanya!

DSC_0058

last but not least

Outfit;

Jubah : Rina Salleh Collection

Shawl : Radiusite

Handbag : Coach

 

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan 2013 Review

Sedih dan rasa ingin bersama Ramadhan lagi. Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita akan meninggalkan Ramadhan ini. Oh Syawal, datang lagi!

Indahnya Ramadhan kali ini. Ada ujian dari Allah untuk aku Ramadhan ini. Aku hanya merancang dan Allah tentukan semuanya! Ku pegang kata2 ini yang ku dengar dari seorang ustaz ‘ org yang beriman, pasti akan diuji olah Allah’. Aku redha dan terima ujianNYA, dan bersyukur sangat sebab aku masih dibawah lindunganNya.

Ramadhan yang penuh dengan ujian untuk ku dan sesungguhnya aku bersyukur sangat atas ujian ini kerana sekarang aku rasa aku lebih kuat dan tabah! Apa ujiannya hanya Dia yang tahu. Cukuplah aku berkongsi sekadar ujian. Ujian yang aku terima pada mulanya aku rasa kenapa aku? Why me? Tetapi kata2 di atas buat aku redha dan terima ujian ini dengan hati yang ikhlas. Keadaan ini juga buat aku lebih dekat denganNya. Alhamdulillah, ku rasa kasih sayangNya. Syukur Alhamdulillah!

Disebalik ujian Allah, rezeki Allah juga mencurah2 untuk aku dan sang suami. Alhamdulillah. Semua yang berlaku dirancang dengan begitu indah dan baik sekali untuk hambanya. Aku belajar sesuatu dalam Ramdhan kali ini. Janganlah sentiasa mengeluh andai apa yang dihajati dan dirancang tidak menjadi, sebaliknya bersabar dan terima dengan hati yang penuh redha sebab rancangan kita tak sehebat rancangan Allah S.W.T. Aturannya sangat indah buat hambanya! Yess aku belajar semua ini! Syukur sangat.

Kini aku hanya mengharap ini bukan Ramadhan terakhir buatku. Di kesematan ini aku ingin mohon ampun dan maaf atas segala ketidak sengaja aku menyakiti atau membuat pembaca blog aku ni terasa hati secara lansung ataupun tidak lansung. Memang tiada niat lansung tau nak sakitkan hati orang ni. Di sini juga aku ingin nyatakan aku maafkan semua kesalahan dan kesilapan korang semua kat aku samada secara lansung atau tak. Tapi be honest aku rasa korang semua takder salah lansung dengan aku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin =)

 

Love

Thursday, August 1, 2013

Salah Size

Salam Khamis….

Wah hari raya dah nak tiba. Uolls dah beli baju raya? Aku ni tak payah tanya la..heheheh bila dikumpulkan dah over the raya plak rasa.. ehehehe

Ok dah2..sekarang ni aku nak cerita pasal size baju. Last sunday aku and SIL aku shopping tudung raya la konon. Destinasi kami ialah Jalan Plumbum, Shah Alam. Korang penah pergi? Haaaaa kalau korang pergi sana, korang akan jumpa semua butik2 online yang femes ames kat sana seperti Radiusite, Ammara Kuala Lumpur, Dreemika, Sugarscarf, Old Blossom Box, CalaQisya, Habibi Kenali, Rina Salleh Clothing, Qish Qish Butik, Fareeda, Dewi Sofea, Allya Maisara, and banyak lagi la. Tak tersenarai dah coz banyak sangat kat sana.

Aku dah macam rambang mata yang amat sangat la coz macam2 rasa nak beli.  Sesampai kat Rina Salleh Clothing aku ada berkenan satu jubah ni. So try la fitting kan! Amik size biasa yg aku pakai, and so suprise aku rasa besar sangat. Pastu dapat komen dari SIL yg cakap baju tu nampak besar la ngan aku! Huh???????

So as suggested my SIL aku try size M…dalam hati aku tertanya2 muat tak ni! Aku try la juga kan. Surprise sangat bila pakai baju size M ni elok jer terletak kat badan aku and nice sangat! SIL aku pun cakap aku ni sesuai pakai size M.

Macam tak percaya aku dah muat sarung size M. yer la sebelum ni M bukan pilihan aku coz selepas tahun 2010 size badan aku naik dari M ke L. So M memang aku tak pandang lah. Akhirnya sekarang M adalah size badan aku.

Lepas muka happy giler keluar Butik Rina Salleh Clothing tu, aku ke Ammara Kuala Lumpur pula. Kat sana ada a few collection yang aku berkenan. Tgk dengan mata kasar tengok semua size M and S. So aku tanya size L. Malangnya size L dah abis. So my friend Sara (Ammara founder)suggest try size M. Aku rasa macam tak muat jer coz nampak kecik sangat!

Last2 try juga. Satu lagi keajaiban berlaku. Size M memang muat dengan aku! Waweeeeeeee lompat bintang dalam fitting room! Hahahhaha. Now aku percaya yang badan aku dah makin kecil (statement tak bleh blah)… So hati sudah berbunga-bunga.

Sekarang target berat badan nak turunkan lagi 5kg. Boleh ker???? Hahhahahahha…

 DSC_0032 Amacam nampak kurus tak aku? hhehehehe

Ini la Sarah, Co-founder of Ammara Kuala Lumpur

DSC_0034

Balik rumah plak, jiran sebelah hulur seplastik coklat! Hah! makan sampai puas kan! Hissshhh hilang diet aku, tapi takper i like it and pasti aku boleh manage coklat ni…heheheh

Thanks jiran yang cantik!