.

.

Monday, October 28, 2013

Buku Program Untuk Masquerade Party

Salam semua.

Dah lama aku tak jenguk blog! Rindu bukan kepalang nak update kat blog sebab dah banyak sangat kisah aku dah captured tapi tak sempat nak cerita jer.

Memula aku nak cerita tentang kisah kerja aku lagi. Aku realize kerja cikgu memang tidak mudah yang disangka oleh orang yang bukan menjadi guru. Macam-macam kerja cikgu kene buat. Bukan dari segi akademik jer malah kerja non-akademik pun banyak juga. Tapi yang pastinya cikgu ni pasti boleh buat sebab aku rasa cikgu adalah superhuman. hehehehe

Ok kerja yang paling latest aku buat yang non-akademik iaitu buat buku program untuk Majlis Makan Malam Tahunan sekolah aku. Tema sekolah aku kali ni Masquerade Pop Glam Nite (Color Block)! Hambik kau...kene perah

Puas aku perah otak nak fikir macam mana nak buat buku program yang Vogue the Vass gitew bersempena tema yang Intrend ni. Fuhhhh berpeluh juga aku nak pikul tanggungjawab ni. Yang lebih berat aku rasa bila memikul sebagai ketua AJK buku program.

Fikir dan fikir dan juga berkongsi idea dengan sang suami serta ahli AJK yang lain, maka aku dapat idea nak buat buku program ala2 kad jemputan kahwin gitew...hahahhaa

Jom tengok

Hasil kerja saya semasa di meja pendaftaran =)
Bangga tau!

Cantik tak?

Color Block kan?

Lipat jer macam ni



Kreatif tak aku?


Alhamdulillah, akhirnya setelah aku berhempas pulas menacari kertas, decoration and all the things nak siapkan buku program, maka terhasil lah 140 keping buku program untuk party cikgu-cikgu ni.   

Terima kasih buat sang suami yang banyak membantu dan juga kawan2 cikgu ahli ajk buku program yang banyak membantu juga. Tanpa korang takkan siap buku program ni.



Monday, October 21, 2013

Minggu Baru, Hari Baru

Salam Isnin semua...

Kalau kat sekolah ni, hari Isnin adalah hari di mana akan ada perhimpunan rasmi. So bila masuk Isnin, aku akan expect bebudak mesti pakai baju putih berseri, kemas, kasut pun bersih lagi kan.

Tapi harini aku pelik sikit la sebab budak dtg ke sekolah ada juga yg kasut putih yg dah jadi hitam kotor seolah- olah harini ialah hari jumaat.

Dorg ni tak cuci kasut ker cuti 2 hari lepas? Persoalan bermain difikiran aku.

Seingat aku, masa aku sekolah dulu, hari Isnin jer mesti semua putih berseri apatah lagi kasut. Kalau ada kawan terpijak skit jer kasut aku, mulalah emo...Hahahahha

Mak aku plak kalau weekend tak basuh kasut, sure bebel satahun tak habis, bukan tu jer, malah aku juga pernah kene kejar ngan rotan akibat malas nak cuci kasut. Teringat kembali memori kene kejar dengan rotan, sangatlah kelakar.

Betapa tegasnya dorang ajar aku supaya jaga kebersihan dan kekemasan diri. Tapi kini ku lihat, seolah2 biasa jer pakai kasut putih yg kotor ke sekolah... Belemuih sungguh kasut Tu.

Zaman dah berubah. Dulu lain sekarang pun lain.

Thursday, October 17, 2013

Stop Wishing & Start Doing

Salam blogger,

Wahhh kita dah sampai pertengahan Oktober 2013 kan! Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Esoknya dah masuk 2014.

Sekarang ni kat sekolah aku tengah final exam. PMR baru jer habis minggu lepas. So cikgu2 kat sekolah aku masing2 busy dengan marking exam paper and marking PBS paper. bukan marking jer kerja kitorang ni, malah kene berebut nak masukkan markah budak dalam sistem. Rutin setiap tahun (padahal baru 2 tahun kan). Sekarang pun aku sambil key in markah budak dan sambil menulis blog.

Tetiba malam ni rasa perut sangat la sendat coz makan nasi goreng pukul 8.30 malam bersama sang suami. Malam  ni aku masak nasi goreng jer. Nasi pun amik nasi semalam yang tak habis aku simpan jer dalam fridge pastu hari ni panaskan dan goreng. Simple kan makan laki bini ni.

Ok, aku terasa diriku dah makin berat semula. Sejak lepas raya Aidilfitri ni, aku ni asyik makan nasi jer. Dulu masa dok rancak diet tu nasi ni ku pandang sepi jer. Smoothie la peneman perutku. Tapi sekarang, smoothie dah jadi kadang kala pulak. Hadoiiiiii

Sekarang berat aku masih maintain, tapi badan aku dah rasa ada 2 3 4 lapis kot! Dah macam kek lapis dah ni. Sudah! ini dah rasa kes berat ni. Dah kene kuatkan azam kurus balik ni. Mungkin pemakanan aku yang buat perut berlapis kot. Walaupun berat maintain tapi makan banyak karbo dan protein ni buat perut jadi kek lapis kan!

So how to start again?Stop wishing and start doing babeh. Kalau dok berangan jer badan cantik tapi tak der effort nak kuruskan badan, mana dapat badan cantik dik oi! Maka dengan niat nak mula, bermula esok Jumaat 18 Oct 2013 akan ku mulakan misi menurunkan berat badan sehingga menjadi 55kg sahaja berat aku. Skit jer lagi nak capai target ni. Go baby go!

Perasan tak perut dah jadi kek lapis? Euwwwwwww




Thursday, October 3, 2013

Kawan

Hishhh apa peel ntah malam ni mata tak nak tido lagi. Esok banyak keje menanti.

Bila tak bole tido fikiran mula melayang sampai ke Paris. Hahahha. Teringat pada seorang kawan.Aku rindu dia. 

Dulu we all Sgt rapat. Every single things we all akan bercerita Dan kongsi bersama. Masa hidup dengan dia (dah mcm laki bini plak bunyi) takder kamus sedih lansung.

Walaupun badai Yg dtg, we all tetap happy. Hebatkan penangan seorg kawan. Susah senang bersama. Kekadang Tu Bill telefon melambung sebab call dia. Dasyat tak?

Tapi kini hanya tinggal kenangan. Masing2 ada life sendiri Dan keakraban tak sama macam dulu. Apa yg pasti setiap pertemuan ada perpisahannya. Really miss u my dear.