.

.

Tuesday, December 31, 2013

Bila Artis Berkunjung ke Rumahku

Assalamualaikum...

Hari ini dah 31 Disember 2013, haish takut pulak rasa nak jejak kaki 2014 ni. Dengar sana sini naik! Apa yang naik? Harga tol kabarnya bakal naik menjelang 2014 ni, cukai pintu la, tarif elektrik la nak naik. Adussshhhh parah la macam ni. Kalau gaji naik melambung syok la juga kan!Hope 2014 ni akan memabwa rezeki yang melimpah ruah lah. Amin.

Entry di hari terakhir 2013 ni, aku nak story skit uoll pasal artis ni! Wah dah macam Kiah Propa plak kan... Bukan gossip tapi cerita kosong pasal artis baru AF2013 ni iaitu FAIZUL. Dia kan pemenang AF 2013. Haaaa korang kenal tak? Hehehehe...

Sebenarnya Faizul ni kawan kepada jiran aku. Ingat tak entry pasal AF 2013 yang aku pg konsert tu? Masa tu baru minggu kedua. itu jelah 1st time and last aku pergi. Konsert seterusnya tgk kat TV jer sebab dorg buat hari Ahad kan.

Malam ahad lepas Faizul ni datang lepak rumah jiran aku. Pastu jiran aku wassap Faizul ada kat rumah ni. Waaaahhhhhh tetiba teruja nak jumpa dia. Apa lagi jemput la aku ni datang ke rumah. So dorang semua lepak kat rumah aku sambil layan movie. Boleh? Hahahhaha.

Tapi Faizul ni pemalu skit, and aku lah slalu buli dia dengan soklan ntah paper, and yang lain asyik gelakkan dia jer. Ampun yer dik. Akak saja jer nak bergurau.

Personal pict ngan dia takder plak sebab aku plak malu rasanya. Hahahaha Lawak kot! So amik jer gambar candid and gambar reramai. =)








Eating pizza late at nite...giler kentang tak takut gemuk!



Friday, December 20, 2013

Hadiah Pusing Kuala Lumpur

'Sayang, hari ini abang hadiahkan sayang dengan bawa sayang keliling Kuala Lumpur'

Haaa... kan dah keliling satu kolumpo. Birthday aku yang lepas, we all lunch kat KL Tower. Ala sambut biasa-biasa jer coz on that day, sang suami keje half day. Aku tak kisah sangat pun kalau hanya lunch kat luar jer. Bab nak blow the candles and kek memang aku takder kisah sebab aku memang kurang dah nak makan benda manis ni.

Alhmadulillah, sang suami masih ingat birthday aku. Lunch kat Restoran Atmosphere 360 atau restoran berpusing KL Tower. Best juga kat sana. Makanan dia best and sedap. Sampai kembung la perut aku makan. Shushi, nasi minyak, mee rebus, and macam2 la aku makan! Tengah2 syok makan tetiba dengar lagu happy birthday! Wahhh terujanya. Walaupun aku sendiri tak tahu lagu tu tuju kat saper tapi aku tetap happy. Hahahah =)

Apa pun bersyukur sangat aku masih panjang umur hingga hari ni. Walaupun umur dah cecah 3 series tapi aku masih enjoy masa muda ku. Ahaks. Pengalaman 1st time makan sambil tgk view satu Kolumpo memang best. Memula aku ingat aku akan pening tapi, sebenarnya tak rasa pun ia berpusing. Alih2 cuma tgk tempat duduk dah ubah kedudukan. So masa makan kat sana kene ingat no meja kalau tak kita akan ke meja orang lain sebab seat akan berpusing. Ahahaha.

Package lunch ni, RM88 seorang termasuk lunch, observation deck dan Coral Blue Aquarium. Kira ok la kan! package ni beli kat Groupon. Rasa berbaloi sangat bila makanan best, hospitality bagus dan lokasinya cantik dan selesa sangat. So tak rugi rasa.

Next year mana pula aku nak pergi kan! 2014 will come and hope i can see u =)


Post wajib
Before lunch, we all jejalan kan Coral Blue Aquarium kat bawah KL Tower
Love is in the air

1st view

view betul2 bawah KL Tower

2nd View

3rd View


my lullaby

KLCC

Happy Birthday Masz



Thursday, December 19, 2013

Parameswara Ikan Bakar, Umbai, Melaka

Cakap pasal makan jer, aku lah manusia paling suka! Huh? Tak takut gemuk ke kak? Gemuk tu memang aku benci tapi makan tu adalah bff aku, so nak tak nak aku kene tabah mengharunginya. Cheeewwwaaah!

Last week, aku dan sang suami jejalan ke Melaka kan! So entry kali ni aku nak cerita aku pg makan kat Umbai. Ini 2nd time sebenarnya. 1st time dulu datang ngan kengkawan.

We all makan kat Parameswara Ikan Bakar, Umbai. Macam mana nak ke sana, kami guna gps jer. type Medan Ikan Bakar Umbai, maka dia akan bawa ke sana. Dari Bandaraya Melaka tu lebih kurang 25 minit jer.

Kedai ni ramai sangat orang. Masa dulu aku datang makan kat Medan Ikan Bakar, Umbai kat depan skit dari kedai ni. Luckily kitaorg pergi ke sana hari jumaat dan sesampai kat sana dapat tempat port baik punya! Alhmadulillah. Then masa we all sampai tu tak perlu berebut parking and beratur nak dapat tempat. 

Dengan senang hati we all order makan. Nak tau apa yg we all makan? Aku dan sang suami pilih and order Siakap Tiga Rasa, Butter Prawn, Sotong masak sambal, Ketam masak blackpaper dan Kerabu Mangga. Dasyat juga la kalau tengok we all makan! Hahahahhah...

Memula ingat tak bleh habis, tapi sang suami cakap less makan nasi and habiskan lauk k. Ok aku ikut kata sang suami then sampai kembung2 perut nak ngabiskan foods ni. Yang bestnya we all simpan perut dari KL lagi tau. Sebab tu boleh habis kot. Heheheheh. Puas hati juga sebab semua yang we all makan ni hanya RM99.80 shj. Kira murah la tu, kalau makan kat KL tak dapat kot!

Jom tengok Monsters over excited nak makan =)


Sukanya dapat makan!

Over excited




tak sabar ni!
Makannnnnn
Fuhhhh habis juga
ting...RM99.80

Tido jer la...sebab kenyang sangat!



Wednesday, December 18, 2013

Holiday dekat-dekat jelah ~

Nak bercuti ke Sarawak dah tak boleh dah tahun ni, maka sang suami ajak berjalan dekat2 jer la since cuti takder ni kan! Aku banyak cuti tapi sang suami tak dapat cuti. Alahai maka di rumah juga aku bertapa.

Last weekend, Jumaat sang suami bawa aku jejalan pi Melaka. Melaka jer? Har har har. Mak ok jer kalau bersama orang tersayang. Pi lah mana pun janji dia ada kan! We all bertolak dari KL around 4 ptg and dalam 5.30pm sampai la Melaka. Jejalan pusing bandar dan Jonker Walk jer. 

1st time kot aku jejak kaki ke Jonker Walk. memandangkan aku pg sana petang and almost malam so sempat la jumpa night market. Kat night market tu semua yg berniaga adalah Cina. So takder la yg banyak sangat yang aku beli. Jejalan jer la.

Lepas habis round Jonker Walk tu, kami ke Umbai, Melaka tuk makan seafood plak! Next entry will be makan kat Umbai, Melaka.













Add caption






Tuesday, December 17, 2013

Terpengaruh dengan The Heirs - Dream Catchers

Haish kalau diimbas kembali cerita The Heirs ni aku memang rasa nak kembali zaman bercinta. hahahhah... Paling melting bila tengok Kim Woo Bin atau Young Do jadi baik. Huishhh tak lena tido mak dibuatnya!

Drama ni best la since pelakon Korea dia semua cantik, handsome and cute sangat! Cerita ni memang best la. But I want more episode please! Rindu Kim Tan, Eun Sang and Young Do...

Oleh kerana tgk cerita ni la aku berhabis duit RM28 untuk beli dream catcher ni. Ahaks. Terpengaruh la tu tgk cerita Korea ni. =). Aku beli benda ni kat Jonker Walk. Masa jejalan ke Melaka then terjumpa benda alah ni terus jer beli. So sekarang aku pun rasa aku ni pelakon Korea. Ahaks, memang perasan!

Ok la cuti-cuti ni jiwang jer kan.


My dream Catcher
From wife for husband


From Eun Sang for Kim Tan

Mine





Monday, December 16, 2013