.

.

Monday, February 3, 2014

Homemade Baked Potato

Assalamualaikum,

Astaga, dah masuk Februari. Cepat kan masa berlalu! Januari 2014 dah tinggalkan aku. Ntah apa yang dah siap pun belum untuk Januari. Tanpa ku sedar dia berlalu dengan cepat.

Selamat tahun baru cina semua yang menyambutnya. Sempena cuti CNY ni aku nak kemas skit blog yang ku tinggal sepi selama sebulan. Bukan takder cerita, tapi tiada kesempatan untuk ku coret. Sumpah rindu dengan blog ni.

Entry 3rd Feb ini aku nak share resepi buat baked potato yang aku buat kat rumah sil aku semalam. Senang jer sebenarnya. Ok jom kita tgk resepinya;

Bahan-bahan
1. Ubi kentang (aku pilih Russell Potato, sebab besar)
2. Daging cincang (aku beli daging cincang Ramli)
3. Sosej
4. Sos Spaghetti
5. Mix herb
6. Cheddar Cheese
7. Mozzarella Cheese

Cara Membuatnya
1. Cuci ubi kentang sehingga bersih. Pastikan tiada kotoran atau tanah pada ubi tersebut.

2. Gaulkan ubi kentang tersebut dengan garam dan olive oil (kalau takder olive oil guna minyak masak biasa pun bole

3. Kemudian bakar ubi kentang tersebut dalam oven dalam suhu 250 selama 30 minit (depend kepada oven, dan masa) Aku takder la ikut sangat masa 30 minit tu sebab setiap 15 minit aku akan check ubi kentang tersebut dengan menggunakan garpu. Kalau cucuk dengan garpu, senang ditarik garpu tersebut dari ubi kentang, maka empuk la ubi tersebut. Kalau susah nak tarik, maka perlu baked lagi ubi tersebut.

4. Sementara nak tunggu ubi kentang masak, daging cincang di goreng tanpa minyak. Panaskan nonstick pan, kemudian masukkan daging cincang tersebut. Then masukkan sedikit mix herb dan goreng sampai air daging kering.

5. Sosej pun sama dengan daging, goreng tanpa minyak.

6. Bila ubi kentang dah empuk, sejukkan sebelum kita membuat topping. Bila dah sejuk, belah ketang tersebut untuk buat topping.

7. Cara nak buat topping sebenarnya lebih kurang topping pizza jer. Sapukan sos spaghetti atas ubi tersebut, kemudian letakkan daging, sosej, mix herb sikit, cheddar cheese dan kemudian paling atas, parutkan mozzarella cheese.

8. Apabila topping dah siap masukkan dalam oven, dan pastikan oven tersebut on kan api atas jer (korang fahamkan on kan api atas). Lebih kurang 7 minit @ bila dah nampak cheese makin cair dan kekuningan boleh keluarkan dari oven.

9. Hidangkan dan boleh makan. Aku suka makan dan tambahkan sour cream dan mayonis kat atas kentang tersebut sebelum makan.




10. Selamat mencuba =)


Senang kan. Kalau tak faham boleh tanya k. Semoga baked potato uolls menjadi.


1 comment:

noramiza ahmad said...

Wow nmpk sedap la...nti blh la try.cam buat pizza jer kan...cuma basenya tukarkan ke potato..
salam perkenalan dari miza.

www.noramizaahmad.blogspot.com