.

.

Saturday, February 8, 2014

Tetamu

Happy Saturday,

Hati ni meronta-ronta nak update blog, tapi masa pulak asyik tak cukup jer nak duduk depan lappy lelama. Takder smartphone ke kak nak update blog? Smartphone bukan takder tapi dah ada 3 dah skrg, puas hati! Hehehhehe tapi aku lebih suka menaip kat keyboard ni coz i want feel it! Chewwaaah.

Ini kisah tahun baru 2014. Orang kata, tetamu yang datang membawa rezeki. Yes, agreed. Kekadang kita tak sedar tetamu yang datang membawa rezeki. Rezeki ni banyak cabangnya. Bukan sekadar duit, tapi macam2 bole dikategorikan sebagai rezeki. So jangan la kita rasa tetamu yg datang itu menyusahkan.=)

Cerita kisah tetamu dalam Januari lepas, rumah aku agak meriah dikunjungi rakan dan jiran. Alhamdulillah, walaupun rumah tak secantik dan semewah mana, tapi masih ada yang sudi datang. Rumahku sentiasa terbuka untuk tetamu yang ku kenali, tapi please go away from my house if u r not my guest.

Kawan sang suami teringin nak makan Nasi Beriani, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah. Permintaan mereka bukan sahaja nak makan, tapi nak juga hasil air tangan sang suami! Ahaks...lega la si isteri tak payah masak kan. So sang suami memang dengan hati terbuka masak untuk kawan2. Aku hanya membantu jer apa yang patut.

Malam AJL 2013, jiran sebelah datang dinner kat rumah. Termasuklah Faizul AF2013. Wah meriah la malam tu. Riuh juga rumah aku bila penyanyi yang disukai menang AJL. Terasa keseronokkan berganda sebab sebelum ni aku tgk berdua jer. Tapi bila reramai lepak bersama, best pulak kan!

Apapun, kawan2ku, seandainya sudi bertandang ke rumahku, jemput la. Saya boleh masakan apa2 yang patut. Saya ni tak pandai sangat masak. Sekadar masak campak2 jer.

Hasil air tangan sang suami.



Baby Queensya yang kuat menangis =)

Tetamu yang datang, wife Iman Yau.
A day before AJL 2013, Sang suami with Mr. Ben
Malam AJL 2013





No comments: