.

.

Monday, March 10, 2014

Membelah Awan

Assalamualaikum,

Entry kali ini, Cik Masz nak buat sajak tentang perasaan dan apa yang Cik Masz rasa pasal MH370. Cik Masz sangat sedih dengan berita ini dan Cik Masz hanya mampu berdoa agar MH370 pulang dengan selamat.



Pulanglah Sayang


Hati riang gembira ingin terbang tinggi,
Ingin sekali mencari udara baru,
Kelaurga, sanak saudara dan rakan taulan menjadi pengiring
Untuk tiba di pintu pengimbas,

Lambaian syahdu diberikan,
Dengan harapan akan bawa pulang cenderahati nanti,
Hati tidak keruan dan terharu,
Kepingin jejak negeri orang,

Cantiknya perempuan berbaju kebaya,
Tampan sungguh lelaki bersut kelabu,
Merekah dibibir senyuman sambutan,
Masuk ke perut besi gagah perkasa,

Empuknya kerusi menggamit lena,
Harum nasi goreng dan satay mula menusuk hidung,
Pembuka selera di tengah malam,
Perut berbunyi terasa tak sabar,

Kenyang perut suka hati,
Tiba masanya untuk beradu,
Mengharap bila saat mata dibuka,
Sudah selamat tiba di destinasi,

Satu dunia terasa tergempar,
Besi yang besar dan penuh muatan,
Hilang tanpa dikesan,
Dimanakah dikau,

Bumi Tuhan itu luas,
Tidak terjangkau oleh manusia
Segala jentera dan tentera telah dikerah
Mencari jejak dan nyawa,

Yang mampu hanya berdoa,
Solat hajat dan doa mohon dimakbulkan
Kembalikan MH370 dengan selamat,

Air mata tak terkira butirnya,
Harapan masih menggunung tinggi,
Kepercayaan tidak berbelah bahagi,
MH370 masih selamat,

Pulanglah wahai sayangku,
Ibu, ayah, kakak, adik sangat rindukan mu,
Sanak saudara, rakan taulan tak putus berdoa,
Ingin bertemu dan bersua muka,

Mampu ku panjatkan doa,
Berserah kepada yang Esa,
Dia Maha Mengetahui,
Apa yang kita tidak ketahui,

Kami nanti, kami tunggu,
Engkau balik dengan selamat,
Keranamu, kami bersatu,
Berusaha, berdoa dan bertawakal.

Nukilan hati Cik Masz 
Pray for MH370


No comments: