.

.

Monday, April 7, 2014

Fefeeling Mom to be

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Cik Masz rasa makin ok sekarang. Dengar macam tak ok jer kan CIk Masz ni? YESSS I was totally down before.

Last weekend Cik Masz dapat ujian Allah. Cik Masz manusia yang tak akan lari dengan ujianNYA. Ujian susah ke senang ker, Dia maha mengetahui hambanya. Cik Masz redha. Alhamdulillah sekarang dah makin baik dan boleh berblog ni.

Ok, sapa2 yang dah kahwen tak mo anak? Sila angkat tangan tinggi2 k. Hahahha sapa yang tak nak anak kan! Bila tgk baby comel2 ya Allah, meronta nak tengok zuriat and baka sendiri. Relax Cik Masz. Hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.

Ikutkan kalenda bendera merah Cik Masz sudah hampir 2 bulan tak naik ni. Wahhhhh hati mula berputik riang gembira. Ntah kenapa mulut asyik nak cari benda masam. Psiko!. Hahhahah. Fikirkan mula nak pergi cari pregnancy test ni. Sabar dulu. Baik pergi check ngan doctor jer terus.

Tetiba emosi tak stabil, hati berkata orang preggy memang macam ni kot. Rasa nak marah, menangis dan nak makan memanjang. Yang paling best mengidam ya amat nak makan burger. Kalau bole setiap hari nak makan burger. Dah hilang akal ke nak makan burger setiap hari. Yessss i feel i am mom to be! Bahagia. Kekadang bangun pagi pengang perut and talk to my belly. Psiko tahap kedua.

Bila sang suami takder dekat ngan CIk Masz jer rasa rindu teramat. Ntah pergi kerja pun rindu. Macam tak jumpa setahun. tapi ntah perasaan tu mana datang ntah! pastu kekadang sebelum tido buat sang suami macam my baby boo. Sampai sang suami cakap naper buat dia macam kucing? Hahahhahahah...kucing baq hang! I really love the moment and hope i will get the feeling again.

Sabtu malam, after met up my old friends kat Shah Alam, my hubby sent me home. He got lepak session with his besties. Me? at home layan TV alone. Before slept, i got the bathroom and macam biasa berus gigi, buang apa yang patut and cuci apa yang patut. And i saw something!

I am bleeding? In my mind. It's just a small blood which is all mom to be have to be face. Ahaks andaian tak masuk akal lansung. Ok. So i've tried my best to be positive. When i woke up on Sunday, nahaiiiii amik ko! ini bukan small blood but bendera Merah datang. Ya Allah, hanya tuhan jer tahu perasaan waktu itu. Semua harapan musnah dan aku meraung tak ingat dunia. Ya Allah tidak redha kan aku dengan ketentuanMU?

Aku cuba positif. Cuba kuat. Cuba untuk tidak fikirkan. Tapi semuanya mengalir bersama air mata yang keluar tanpa aku sedari. Aku masak sambil menagis. Aku laundry sambil menangis. Aku menyapu sambil menangis. Sunday was my rainy day! Masa tu aku rasa sangat sugul dan kemurungan melampau. Sampai the whole day tak makan! Ya Allah, aku pasrah dan redha atas ketentuanMu.

Bersyukur bila ada peneman jiwa. Sang suami cuba bagi kata2 semangat. Dia mula rancang sesuatu utk hiburkan aku. Alhamdulillah dia memahami Cik Masz, walaupun kekadang aku rasa dia tak penah nak faham aku. Sorry! hahahhaha

Dear Orked or Ahmad, mommy masih menunggu kamu. Nanti kita jumpa k. InshaAllah :)




5 comments:

Elyn Sani said...

Jangan sedih masz.... Insyaallah ade rezeki u nanti. Itu janji allah utk org yang bersabar! "Hugs"

Maira Razak said...

Assalamualaikum sis masz..

believe me sis..i've been there
but i kept reminding myself with this quotes...Kita semua ada harapan sendiri..
tapi tak semua yg kita nak dlm dunia ni kita dapat...sesetengahnya tu memang kita tak dapat sebab tak dapat itu lebih baik untuk kita, untuk dunia kita dan akhirat kita...
Allah simpan apa yg kita nak sebab Dia tahu segala-galanya berbanding kita..be strong sis :)

Reflisia said...

Elyn Sani, Thanks babe..now I am happy girl..hehehhe InshaAllah mana tau kan pas ni ada rezeki.


Maira Razak,
Thanks dear for the words. Appreciate sangat. Alhamdulillah getting better skrg. Hope Allah limpahkan kita dengan nikmatnya di dunia dan diakhirat.. Aminnn

ieda said...

Mas...sama mcm situasi akak ..dh 4 thn menunggu....now tgh treatment...harap ada bahagian kita kan mas......

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Me too... Bertabahlah kita ye Masz... ::.