.

.

Tuesday, April 15, 2014

Rooftop Party

Selasa dah?

Uiii cepatnya masa berlalu.. banyak lagi kerja sekolah Cik Masz tak siap ni. Kelas tambahan ngan anak2 pun tak sempat nak running. Sian dorang dapat mommy bz ni. 

Takper anak2, mommy will try my best for u k. Dont worry! Dalam sibuk2 dok buat kerja sekolah, kerja rumah, Cik Masz masih luangkan masa untuk release skit stress dengan berblog ni. 

Cik Masz kan suka bercerita, so cara begini dapat ringan skit apa yang ada dalam fikiran ni. Tenang sekejap. Haaaaa, entry kali ni kisah rooftop birthday party!

Wah, bunyinya macam kat kelas jer kan! harus lah walaupun rooftop rumah sendiri. Hahhahah sebenarnya we all celebrates birthday jiran Cik Masz kat balkoni rumah kitorang.

Ingat tak, Cik Masz pernah berkompromi dengan jiran cantik Cik Masz nak buat surprise party kat suami Cik Masz dulu? Haaaa kali ni giliran CIk Masz balas budi pulak. 

Planning nak buat birthday party kat balkoni, konsepnya. Hehehhehe. Si birthday boy tu kebetulan kerja pulak pada hari lahirnya 24 Mac lepas. Maklumlah keje flight attendance so mana bleh sesuka hati cuti kan. So senang bangat sama si isterinya dan konco2 yang lain nak buat surprise party.

Hubby Cik Masz offered diri nak buat burger bakar memandangkan si birthday boy memang kepingin nak makan burger bakar. Maka Chef Bugs memulakan operasi membuat burger bakar bila dia balik kerja. Kebetulan masa tu aku cuti sekolah, maka akulah helper yang setia disisi Chef Bugs.

Si isteri dan konco2 yang lain busy bee dengan set up tempat kat rooftop. Ahaks...meriah sangat rasa. So agak meriah la rootop we all malam tu.

Tepat jam 11 malam birthday boy sampai rumah setelah dijemput oleh si isterinya kat KLIA. So we all jerit dari atas and dia betul2 surprised. Yeay....planning we all menjadi! Hahahhahahahha dia terperanjat gitewww.

Ok lepas tu, upacara blow the candles and makan burger. Paling best dapat lepak and celebrated bersama. Wonderfull person at wonderfull night. Hope ukhwah ini akan kekal hingga ke Syurga. Aminnnn.

Jom la we all tgk gambar yang aku snap tuk party ni. Layanzzzz pict preparation for the party and party life.


Bakar daging dalam periuk magic jer... hehehehhe

Ini memang kerja aku la, memotong roti dan sapukan butter

Kemudian daging dimasukkan dalam oven untuk proses pembakaran.
Sebelum masuk oven, letak cheese kat atas daging macam gambar dibawah.

Letak cheese dan pastikan cheese almost cair, then keluarkan dari oven.

Get ready the bread with sos and salad

Tadaaaaaaa.... daging disalut dengan homemade black paper sauce  

Terliur tak?

Sumpah aku mengidam ni...nak makan burger bakar by Chef Bugs

Birthday Boy baru sampai rumah and we olls dah jerit dari atas...
Hahhahahhahah, terkejut dia!

OK...kek tuk AG. Baru 25 tahun kot...Adik2 ni..

While waiting for NGAP the burger. Burger bakar by him Chef Bugs

Table setting by Ayu & Nana

Happy Birthday AG. 

My Kesayangan. Hope we will together forever. Love uolls!
Cik Masz, Ayu, Nana, Ag, Faizul & Chef Bugs




No comments: