.

.

Wednesday, November 12, 2014

Surprise tak jadi!

Morning lovelies

Dah breakfast ker pagi Rabu ni? 

Cik Masz harini bangun pagi and sediakan breakfast tuk sang suami pastu makan skali la. Apa menu breakfast Cik Masz hari ni? Haruslah oat + ESP Soy (1 scoop) and susu. Wahhhhh healthy tak? Ahaaaa. Ini lah breakfast laki bini setiap pagi. Tapi Cik Masz kekadang skip juga breakfast ni sebab makanan yang sedap tak selalunya sedap. Hahahahhaha. Cik Masz salute la husband Cik Masz ni dia memang amalkan betul setiap pagi telan oat ko! Haaaaa mampu?

Ok lah berbalik kepada entry semenggah kat atas, Cik Masz nak habaq mai skit cerita last October. Ada la birthday seseorang iaitu jiran Cik Masz. Dulu weolls buat surprise tuk hubby dia, la ni Cik Masz plak nak buat surprise tuk wife dia. Namanya Nana a.k.a best buddy juga la ngan CIk Masz ni. Orangnya simple, cantik and paling penting tak berkira dalam berkawan ni. 

Birthday dia 17th Oct. So Cik Masz ni plan baeeeekkkk punya dengan husband Cik Masz. Siap husband Cik Masz ni bagi idea itu ini nak buat dengan balloon semua. Wahhh teruja. A week before the date, weolls dah pi beli balloon, beli barang nak buat cake fave dia Lemon Cheese Cake. 

Sampai la on 16th (if not mistaken)  weolls dapat tau dia balik KK umah inlaw dia sebab ada hal. Sah!

Memang sah surprise tak menjadi. Hahahhahaha....tapi Cik Masz tak kisah sebab kita hanya merancang, dan Tuhan yang menentukannya. Redha dengan ketentuan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. 

So apa lagi, cake tu Cik Masz oter skit buat topping chocolate. Haaaa, pastu bawa ke sekolah tuk jamuan potlucks. Ada hikmahnya kan. Hehehehehe =). Balloon yang ditiup dibiarkan beterbangan dalam rumah. Hahahhahahah...Apa pun happy birthday my dear Nana. May Allah bless u and ur family and ur coming baby. Love.



Ini cake yang Cik Masz baked tuk dia. Walaupun dia tak dapat makan, tgk pun jadilah kan.
Ini bukan gambar google k. Puas la kejar balloon n stay kan dia sebelah cake ni sebab nak tunjuk effort kami nak buat surprise. hahahhhahahah

No comments: