.

.

Tuesday, December 9, 2014

7 Dec 2014

Alhamdulillah,

7 Dec 2014 genaplah usia Cik Masz mencecah 23 tahun (diterbalikkan). Ahaaaa nampak tak dah 30an disitu. Bersyukur sangat dengan limpah nikmatNYA, masih bernyawa dan hidup dalam keadaan yang baik.

Walaupun usia saban tahun berganjak angkanya, tapi jiwa Cik Masz tetap rasa muda remaja. Rasa diri ni macam zaman universiti lagi. Hahahhaha. Serious Cik Masz rasa macam zaman anak dara lagi tapi cuma dah bersuami jer. Mungkin sebab belum ada anak kot kan!

Terima kasih jugalah pada monster Cik Masz (hubby ku), family members and kengkawan yang ingat birthday Cik Masz dengan ucapan yang sweet manis gitewww. Segala ucapan dan doa hanya ucapan terima kasih jer Cik Masz bole balas dan Cik Masz juga doakan agar kita semua sentiasa dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dan dilimpahan rezeki yang melimpah ruah.

Kek? Haaaa... sekadar cupcakes jer Cik Masz baked tuk diri sendiri. Kalau tahun lepas lunch kat Atmosphere Restaurant tapi tahun ni aku sendiri pun tak tau kat mana sang suami nak bawa. Tapi aku rasa macam celebrate sekali ngan anniversary aku jer on 19th Dec ni. Hrmmmmm....

Banana Caremel Cupcake without cream 




No comments: